omniture

Databeyond Melangkah Ke Arah Globalisasi: Mencipta Semula Nilai Sisa dengan Kuasa Teknologi

GuangDong DataBeyond Technology Co., Ltd
2023-04-26 08:55 79

SHENZHEN, China, 26 April 2023 /PRNewswire/ -- ChatGPT sekali lagi membawa topik AI kepada puncak perhatian orang ramai. Databeyond memperkenalkan pelbagai pengisih optik berprestasi tinggi yang memanfaatkan kombinasi antara MSWDataBase dan teknologi rangkaian neural mendalam, berserta pelbagai jenis teknologi pengisihan optik seperti NIR, IR, hiperspektral, pendarfluor dan sinar-X. Teknologi berkuasa AI ini mencetuskan kegemparan dalam industri kitar semula dengan meningkatkan kecekapan dan ketepatan pengisihan sisa dengan signifikan.

Baru-baru ini, DataBeyond menyediakan "tong sampah isih kendiri" kepada Saudi Basic Industries Corporation (SABIC). Berdasarkan kepada kolaborasi pintar "Tangan-Mata-Otak Robotik AI", "tong sampah isih kendiri" tersebut berupaya mengenal pasti jenis-jenis sampah yang berbeza dengan tepat. Tambahan pula, imej setiap sisa yang diterima dan dikenal pasti oleh tong sampah akan dimuat naik ke Databeyond Cloud bagi menyediakan data pembelajaran dan latihan kendiri. Justeru itu, pengelasan sampah tidak akan lagi menjadi isu yang sukar memandangkan tong sampah menjadi semakin pintar dengan setiap sisa baharu yang diterima.


Databeyond telahpun membangunkan RVM Botol Plastik Pintar bersama Unilever yang diperkenalkan di "Ekspo Import Antarabangsa China Ketiga" dan dimasukkan ke dalam Perpustakaan Kes Amalan Cemerlang Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Sustainable Development Excellent Practice Case Library).


Databeyond menubuhkan "Kilang Gelap Pemulihan Plastik" ("Dark Factory Of Plastic Recovery") pertama di China yang berupaya untuk memproses 60 tan botol PET buangan dalam satu syif. Seluruh kilang hanya memerlukan 6 orang pekerja pengisihan dan bendasing defektif adalah di bawah 5ppm.


Databeyond membangunkan penyelesaian siap guna barisan pengisihan MSW untuk Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Hong Kong. Projek berkenaan mewujudkan sistem pengurusan digital untuk kerajaan bagi menjalankan tinjauan sisa dengan mengklasifikasikan sisa kepada 19 jenis.

 

Databeyond membangunkan penyelesaian siap guna untuk sisa aliran tunggal di Wilayah Saitama, Jepun. Databeyond menyediakan reka bentuk cadangan 3D, penyelidikan dan pembangunan peralatan teras, pemasangan di lapangan dan sistem pengurusan digital seluruh kilang kepada pelanggan. Databeyond bukan sahaja memenuhi semua keperluan pelanggan, tetapi turut menaik taraf mod operasi mereka kepada automasi 100%.

 

Dengan pengalaman selama lebih 16 tahun dalam peralatan pintar, Databeyond telahpun menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada 400 syarikat kitar semula di seluruh dunia dan memperoleh lebih 280 hak harta intelek teknologi berpaten. Pengisih optik berasaskan AI ini bukan sahaja menerajui pasaran domestik tetapi turut dieksport ke pelbagai wilayah luar negara, termasuk Jepun, Rusia, Indonesia dan Malaysia.

Maklumat lanjut: www.databeyond.cn

 

Source: GuangDong DataBeyond Technology Co., Ltd
Keywords: