-- Rakan Kongsi Teknologi Baharu Menyertai Program untuk Menyediakan Projek Pengoptimuman
LONDON, 24 Mac 2014 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini mengumumkan penyempurnaan projek Pengoptimuman Kecekapan Tenaga Mudah Alih (MEE) keduanya, yang terletak di Pakistan dan bekerja bersama-sama pengendali mudah alih Warid Telecom dan juga penyepadu sistem Cascadiant. Projek itu menguji teknologi menjimatkan tenaga yang inovatif dalam rangkaian Warid dan turut menunjukkan penjimatan tenaga signifikan antara 30 hingga 60 peratus. Apabila penyelesaian ini dijalankan secara besar-besaran merentasi rangkaian Warid di Pakistan kelak, penjimatan tahunannya dijangka akan menjadi lebih US$6 juta serta 19,700 tan pembebasan gas karbon dioksida.
GSMA turut mengumumkan Eltek, Enertika, PowerOasis dan juga Purcell Systems telah menyertai program MEE GSMA sebagai rakan kongsi teknologi. Syarikat tersebut bekerja bersama GSMA bagi menyediakan projek Pengoptimuman MEE untuk para pengendali rangkaian mudah alih (MNO) yang ingin mengurangkan kos dan penggunaan tenaga rangkaian mereka, serta pembebasan karbon.
"Memang hebat kerana projek Pengoptimuman MEE di Pakistan ini sudah pun berjaya menunjukkan penjimatan kos serta pengurangan pembebasan gas yang signifikan, dan dengan jelasnya menunjukkan faedah perkhidmatan itu kepada para ahli kami," kata Tom Phillips, Ketua Pegawai Kawal Selia GSMA. "GSMA juga berbesar hati untuk mengalu-alukan keempat-empat syarikat ini sebagai rakan kongsi teknologi Pengoptimuman MEE bagi menyampaikan penjimatan kos sebenar serta faedah alam sekitar untuk para pengendali."
Projek ini telah dikendalikan di sepuluh tapak sel di pelbagai muka bumi Pakistan, manakala penyelesaian teknikalnya pula telah diuji di empat tapak sel. Ini termasuklah penyaman udara telekom berkecekapan tinggi Coolsure, bateri Natrium Nikel Klorida Durathon* GE, serta sistem kuasa sokongan sel bahan api metanol Ballard. Pengaturan penggunaan penyelesaian merentasi rangkaian Warid sudah pun dimulakan dengan 200 penyaman udara DC (arus terus) dipasangkan.
"Kecekapan tenaga dan kualiti rangkaian merupakan antara bidang tumpuan utama untuk Warid Telecom bagi mengurangkan kos tenaga dan turut menjadi mesra alam, dengan tambahan keandalan dan juga ketersediaan kuasa sokongan. Kami gembira dapat menjalankan projek Pengoptimuman MEE ini, memanfaatkan penyelesaian inovatif daripada rakan kongsi dan kepakaran GSMA. Kini kami sudah melihat dengan jelas potensi signifikan daripada projek Pengoptimuman MEE ini dan kami berharap dapat melaksanakan apa yang kami telah pelajari ini serta penyelesaiannya ke seluruh rangkaian, bukan sahaja untuk mempertingkat kecekapan kos dan tenaga, tetapi juga ketersediaan dan kualiti rangkaian," kata Muhammad Irfan Chaudhry, Ketua Pegawai Teknologi, Warid Telecom.
"Cascadiant berbesar hati kerana dipilih untuk mengetuai projek ini bagi menyokong inisiatif Pengoptimuman MEE GSMA untuk menjadikan rangkaian lebih mesra alam secara berkesan kos. Cascadiant turut berkongsi pandangan yang sama seperti pandangan rakan kongsi kami iaitu teknologi yang wujud hari ini akan membenarkan para pengendali mengurangkan secara signifikan pelbagai pembebasan gas serta jejak karbon mereka, dan pada masa yang sama dapat mengurangkan kos tenaga mereka serta benar-benar meningkatkan keandalan rangkaian mereka," menurut Marshall Towe, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Cascadiant.
Setelah dilancarkan pada tahun 2010, perkhidmatan Penanda Aras MEE GSMA ialah alat pengurusan yang membantu MNO mengukur dan turut memantau kecekapan relatif rangkaian mereka. Ia mengenal pasti rangkaian berprestasi rendah serta mengkuantitikan keuntungan kecekapan berpotensi sedia ada, biasanya sekitar 10 hingga 25 peratus merentasi portfolio MNO. Lebih 35 MNO, yang mengendalikan lebih 200 rangkaian merentasi 145 negara, kini sedang menyertai Penanda Aras MEE. Pengoptimuman MEE ialah perkhidmatan tambahan yang dijalankan berdasarkan keputusan yang didapati daripada alat Penanda Aras MEE GSMA. Perkhidmatan itu menggunakan audit tapak bagi membolehkan analisis kos dan faedah tindakan tertentu untuk mengurangkan tenaga dan pembebasan gas, serta percubaan peralatan bagi menyampaikan data prestasi sebenar, yang akan bersama-sama membantu MNO memilih penyelesaian terbaik yang akan menangani keperluan mereka.
"Penggunaan mudah alih terus meningkat secara dramatik, begitu juga dengan permintaan untuk tenaga, terutamanya bagi menyokong infrastruktur rangkaian. GSMA menjangkakan tenaga elektrik dan diesel yang digunakan oleh rangkaian mudah alih seluruh dunia bertanggungjawab untuk kira-kira 70 juta tan pembebasan gas karbon dioksida setiap tahun manakala MNO pula membelanjakan sehingga US$15 bilion untuk penggunaan tenaga setiap tahun," Phillips berkata pula. "Melihatkan ini, kecekapan tenaga telah menjadi keutamaan strategik untuk para pengendali seluruh dunia, sambil industri kami mencari jalan untuk menyampaikan perkhidmatan dalam cara yang mampan, berkesan kos dan juga mesra alam. Program Kecekapan Tenaga Mudah Alih kami bertumpu secara khusus untuk menangani semua isu penting ini."
Bagi maklumat lanjut tentang program Kecekapan Tenaga Mudah Alih GSMA, sila lawati www.gsma.com/mee.
Nota kepada Editor:
*Durathon ialah tanda dagangan General Electric Company
Latar belakang GSMA
GSMA mewakili kepentingan para pengendali mudah alih seluruh dunia. Merentasi lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 daripada pengendali mudah alih dunia dengan lebih 230 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit, syarikat perisian, penyedia peralatan dan syarikat Internet, serta organisasi dalam sektor industri seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan juga kemudahan awam. GSMA turut menganjurkan acara yang menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah Alih.
Bagi maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com atau Mobile World Live, gerbang dalam talian untuk industri komunikasi mudah alih di www.mobileworldlive.com.