Limassol, Cyprus, 24 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Pada hari ini, MetaQuotes Software Corp. telah mengumumkan secara rasmi rancangannya untuk menyertai Pameran & Persidangan Teknologi Perbankan Arab (ABTEC) yang akan berlangsung pada 8 hingga 9 April 2014 di Pusat Pameran & Konvensyen Antarabangsa Bahrain (BIECC). Acara tersebut adalah khusus untuk inovasi dalam industri perkhidmatan kewangan, dengan pelancaran platform dagangan MetaTrader 5 oleh MetaQuotes serta pembentangan perkembangan terkini untuk para broker dan peniaga.
ABTEC merupakan acara penting untuk para pakar teknikal daripada pelbagai institusi kewangan, dengan penyertaan perwakilan daripada bank yang menerajui, kumpulan kewangan dan juga bursa dari rantau Timur Tengah serta Afrika Utara. MetaTrader 5 yang akan diperkenalkan oleh MetaQuotes di pameran tersebut telah dibangunkan dengan tumpuan tertentu terhadap perniagaan berkenaan. Ia memudahkan penyusunan, pengurusan dan turut menyediakan perkhidmatan pembrokeran dengan pantas dalam pelbagai pasaran kewangan.
Para pengunjung pameran akan tertarik untuk memahami dengan lebih lanjut bagaimana teknologi inovatif dapat memudahkan permulaan serta pengurusan perniagaan pembrokeran. Para pembangun juga berhasrat untuk menyediakan demonstrasi lengkap tentang platform tersebut berdasarkan situasi perdagangan sebenar.
MetaTrader 5 ialah platform dagangan kitaran penuh yang merangkumi komponen sokongan serta komponen bahagian depan. Platform tersebut juga amat dihargai oleh para broker kerana prestasinya yang mengagumkan, keanjalan tetapan serta kepelbagaian cirinya. Para peniaga memilih untuk berdagang menerusi MetaTrader 5 disebabkan oleh teknologi dagangan mudah alih, sosial dan automatik yang hebat. Di samping itu, platform ini turut menyediakan aplikasi oleh Market yang telah dilancarkan baru-baru ini yang membolehkan para peniaga mencari dan membeli robot dagangan serta menggunakannya dengan segera.
Ciri dan sifat teknikal yang tersendiri ini mengesahkan MetaTrader 5 sebagai salah satu platform paling terkenal di seluruh dunia. Platform ini juga telah mendapat pengiktirafan daripada beberapa bursa dunia seperti Bursa Perdagangan Chicago (CME), Bursa Perdagangan Singapura (SMX), BM&FBOVESPA (Bursa Saham Brazil), Bursa Мoscow dan banyak lagi. MetaTrader 5 juga merupakan platform pilihan bagi beratus-ratus syarikat pembrokeran dan bank yang menyediakan perkhidmatan kepada sejumlah besar peniaga di seluruh dunia.
Latar Belakang Syarikat
MetaQuotes Software Corp. yang telah ditubuhkan pada tahun 2000 telah mewujudkan platform dagangan untuk pasaran kewangan di bawah tanda dagangan MetaTrader. Ia turut dikenali pada peringkat antarabangsa sebagai peneraju pasaran perisian Forex. Kini, platform dagangan MetaTrader digunakan oleh lebih 600 syarikat pembrokeran dan juga bank di seluruh dunia. Platform baharunya, MetaTrader 5 telah dibangunkan oleh Syarikat ini dengan memberi tumpuan terhadap produk dagangan pertukaran dan kini dihubungkan dengan pelbagai bursa dunia.
MetaQuotes Software Corp.
press@metaquotes.net
SUMBER MetaQuotes Software Corp.