omniture

GAC Menuju Global: Minggu Reka Bentuk Milan & Pameran Auto Shanghai 2023

GAC MOTOR
2023-04-26 17:28 57

GUANGZHOU, China, 26 April 2023 /PRNewswire/ -- Tanggal 17 - 23 April 2023 menandakan penampilan sulung GAC Group di Minggu Reka Bentuk Milan, sebuah acara yang terkenal di peringkat global yang menghimpunkan pereka dan syarikat reka bentuk termaju daripada pelbagai industri dan negara di serata dunia.

 

Minggu Reka Bentuk merupakan platform hebat untuk mempamerkan kenderaan yang inovatif kepada dunia. Acara pada tahun ini turut berlangsung serentak dengan pembukaan pusat R&D GAC canggih di Milan.

GAC mempersembahkan kereta konsep "Vanlife" futuristiknya kepada acara tahun 2023 ini, konsep penumpang aras rendah menggamit perhatian dengan bahagian dalam amat versatil yang membolehkan penumpang tidur dengan selesa sepanjang perjalanan yang jauh.

Sebahagian daripada siri Car Culture 2.0 yang turut menampilkan BARCHETTA yang dilancarkan pada tahun 2022, konsep Vanlife adalah elektrik sepenuhnya dan direka bentuk berkisarkan konsep teras penggunaan tenaga minimum dan praktikaliti maksimum.

Walaupun ketika ini masih merupakan sebuah kereta konsep, reka bentuknya adalah baharu dan menarik serta mengundang penonton untuk membayangkan masa depan yang boleh tercapai yang mana kereta turut berfungsi sebagai bilik tidur.

Jenis reka bentuk futuristik yang amat imaginatif ini benar-benar menggambarkan Minggu Reka Bentuk Milan: diilhamkan dengan membayangkan apa yang boleh dicapai. Inilah semangat inovasi dan teknologi yang berada di teras nilai-nilai syarikat GAC MOTOR.

Pameran Auto Shanghai: Menerajui Teknologi Elektrik

Pameran Auto Shanghai turut bermula pada 18 April, salah satu acara automobil terbesar China.

Beberapa model berprestasi tinggi memaparkan teknologi elektrik utama GAC, termasuk E9 yang baru dilancarkan yang merupakan 2.0T PHEV yang pertama di China dengan gabungan jarak perjalanan lebih 1000 kilometer; kereta konsep tenaga hidrogen futuristik, SPACE; model yang dicipta semula, EmpowR·ABT; dan GS8 Traveler.

Pameran Auto Shanghai juga merupakan tempat untuk demonstrasi seni bina iGPMA.

i-GPMA merupakan bahagian penting dalam strategi "pengelektrikan + kecerdasan" GAC untuk reka bentuk kenderaan dan akan serasi dengan pelbagai hibrid HEV/PHEV/REEV, menyediakan tahap kuasa, kecerdasan dan keselesaan baharu serta pengalaman pemanduan keseluruhan.

Peluasan Global Di Hadapan

Memperluaskan operasi di luar negara merupakan matlamat utama untuk GAC dalam tahun 2023.

Inovasi yang berterusan dalam teknologi elektrik terlaksana oleh pusat-pusat R&D global di AS, Eropah dan China, manakala reka bentuk mengujakan yang dipamerkan pada platform-platform seperti Minggu Reka Bentuk Milan dan Pameran Auto Shanghai akan menyumbang selanjutnya kepada susun atur dan pengembangan luar negara GAC MOTOR.

Source: GAC MOTOR
Keywords: Auto Computer/Electronics Electronic Design Automation Transportation New products/services Trade show news