omniture

FOTON Umumkan Strategi Tenaga Baharu 2.0

Foton International
2023-04-26 20:46 24

BEIJING, 26 April 2023 /PRNewswire/ -- FOTON mengadakan Persidangan Kenderaan Tenaga Baharu pada 13 April di Beijing, mengumumkan penaiktarafan strategi kenderaan tenaga baharunya kepada 2.0 mulai tahun 2023. Dengan strategi perniagaan 30•50 Tenaga Baharu, FOTON menyasarkan kenderaan tenaga baharu menyumbang sebanyak lebih 50% daripada jualan keseluruhannya menjelang tahun 2030 dan menjadi sebuah perusahaan kenderaan komersial tenaga baharu yang bertaraf dunia. FOTON turut menyasarkan untuk mencapai keneutralan karbon menjelang tahun 2050 dan menjadi peneraju global dalam ekologi pengangkutan hijau.

Trak Tugas Berat Tenaga Baharu FOTON
Trak Tugas Berat Tenaga Baharu FOTON

Pada tahun 2022, jualan keseluruhan FOTON mencecah 460,000 kenderaan, dengan jualan kenderaan tenaga baharu mencapai 21,761, menunjukkan peningkatan sebanyak 154.81% berbanding tahun sebelumnya. Chang Rui, pengerusi FOTON menyatakan bahawa syarikat ini menganggap strategi tenaga baharu sebagai strategi pembangunan utamanya dan ia melabur dalam landasan utama tenaga baharu, mempercepatkan pembangunan berkisarkan rantaian nilai penuh, termasuk pelaburan, penyelidikan dan pembangunan, rantaian bekalan, model perniagaan dan ekologi pemasaran.

FOTON memulakan penyelidikan dan pembangunan teknologi kenderaan tenaga baharu seawal tahun 2003, menjadi syarikat Cina pertama mengkomersialkan kenderaan sel bahan api hidrogen dan produk elektrik tulen. Ia berjaya menawarkan perkhidmatan untuk acara termaju bertaraf antarabangsa seperti Sukan Olimpik 2008 dan 2022. FOTON membangunkan teknologi elektrik tulen, hibrid dan sel bahan api hidrogen dan produk tenaga baharunya secara bebas, termasuk trak ringan elektrik, van dan bas telah lulus pensijilan WVTA EU dan kini memasuki sepenuhnya Itali, Poland, Sepanyol dan negara-negara Eropah lain dan dalam masa yang sama bekerjasama dengan syarikat-syarikat kenderaan komersial ringan Eropah.

Difahamkan bahawa laluan pelaksanaan spesifik Strategi Tenaga Baharu Foton 2.0 merupakan seni bina "1-2-3-X". "1" merujuk kepada matlamat untuk menjadi perusahaan kenderaan komersial tenaga baharu bertaraf dunia. "2" merujuk kepada dua pasaran, China dan luar negara. "3" merujuk kepada pendekatan tiga serampang tiga mata iaitu kepimpinan produk, kepimpinan teknologi dan integrasi rantaian ekologi. "X" melibatkan platform eksklusif, teknologi bebas, modul teras, rantaian industri karbon rendah, ekologi perniagaan, kecerdasan, teknologi tenaga, teknologi ekologi dan lain-lain.

Dengan sasaran jualan 150,000 kenderaan tenaga baharu menjelang tahun 2025, FOTON pada mulanya akan mewujudkan sistem gelung tertutup ekologi tenaga baharu "kenderaan + cerucuk pengecas + tenaga solar + storan + kargo + kecerdasan". Menjelang tahun 2030, dengan kerjasama rakan-rakan ekologi, ekologi baharu tenaga baharu FOTON akan menjadi pengeluar kenderaan komersial elektrik terbesar dan penyedia tenaga bersih yang terbesar dalam pasaran kenderaan komersial tenaga baharu.

Maklumat Perhubungan Perniagaan:
https://www.foton-global.com/contact-us/ 

 

Source: Foton International
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Transportation