omniture

Chromalloy Selesaikan Penghantaran Pertama Komponen Baharu untuk Pengeluaran Enjin Pesawat Trent XWB Rolls-Royce

Chromalloy
2014-03-25 03:16 85

-- Keupayaan Kelengkapan Chromalloy Termasuk Komponen Penuangan dan Pemesinan

PALM BEACH GARDENS, Florida, 25 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Chromalloy mengumumkan pada hari ini bahawa syarikat ini telah menghantar komponen kapal pengangkutsegmen kedap pertamanya kepada Rolls-Royce untuk enjin pesawat Trent XWB baharu.

"Sebagai pembekal untuk enjin Trent XWB baharu ini, Chromalloy telah menghantarkan komponen kapal pengangkut segmen kedap pertama kami kepada barisan tertib pengeluaran para pengilang," kata Carlo Luzzatto, Presidennya. "Komponen ini telah dihasilkan di tempat peleburan kaedah penuangan lilin Chromalloy dan pemesinan telah dijalankan di pusat pengeluarannya di rangkaian global milik syarikat."

Chromalloy menghasilkan komponen-komponen tersebut mengikut jadual sebagaimana kontrak untuk beberapa tahun bagi rantai bekalan enjin Trent XWB baharu –sistem kuasa bahan api cekap generasi baru yang dijadualkan memulakan perkhidmatan pada pertengahan tahun 2014.

"Chromalloy merupakan pembekal penyelesaian sepenuhnya bagi komponen penting untuk sistem tenaga, menyediakan alat ganti kelengkapan untuk perkhidmatan reka bentuk dan kejuruteraan menerusi penuangan dan pemesinan," kata Luzzatto.

Syarikat ini juga telah menjadi pembekal untuk Rolls-Royce bagi tempoh yang lama, menyediakan pembaikan dan perkhidmatan untuk komponen-komponen yang terdapat pada laluan gas atau bahagian panas bagi enjin pesawat komersial dan juga tentera. Kontrak melibatkan perkhidmatan untuk siri enjin Trent, RB dan sebagainya.

Chromalloy merupakan pembekal utama bagi pembaikan lanjutan berteknologi, penyalutan, pelaburan dalam penuangan serta perkhidmatan untuk aerofoil turbin dan komponen-komponen enjin penting yang lain. Syarikat ini juga turut menyediakan perkhidmatan untuk pengeluar dan pengendali enjin bagi industri aeroangkasa komersial, pertahanan, dan juga tenaga. Kemudahan Chromalloy termasuklah operasi, ruang tambahan serta pejabat jualan di 17 buah negara di serata dunia.

Layari www.chromalloy.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Chromalloy telah berkembang daripada sebuah perniagaan membaiki alat ganti turbin gas kepada pembekal OEM bagi alat ganti pengeluaran serta membaiki dan menyediakan perkhidmatan lanjutan untuk turbin gas dalam aplikasi penerbangan serta darat. Chromalloy menyediakan perkhidmatan kepada segmen-segmen syarikat penerbangan, ketenteraan, marin dan tenaga dengan pelbagai perkhidmatan di lokasi-lokasi seluruh dunia. Chromalloy juga mendapat pengiktirafan daripada FAA, EASA serta pelbagai NAA lain dan turut mendapat pengiktirafan daripada ISO dan NADCAP. Chromalloy merupakan sebuah anak syarikat milik Sequa Corporation.

Sequa Corporation ialah sebuah syarikat perindustrian pelbagai dengan operasinya dalam industri aeroangkasa, tenaga dan juga penyalutan logam. Sequa juga merupakan sebuah syarikat milik Carlyle Group. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari www.sequa.com.

Maklumat Perhubungan Media:
Cathy Gedvilas
+1-718-974-9595
cathy_gedvilas@sequa.com

Source: Chromalloy
Keywords: Airlines/Aviation Machinery Transportation Contracts