omniture

TrinaTracker peroleh laporan penilaian teknikal SuperTrack bebas

TrinaTracker
2023-04-26 22:16 73

CHANGZHOU, China, 26 April 2023 /PRNewswire/ -- TrinaTracker, penyedia penyelesaian penjejak pintar di bawah Trina Solar Co., Ltd. (SHA: 688599), mengumumkan bahawa ia menerima laporan analisis teknikal bebas daripada pihak ketiga yang terkenal di peringkat antarabangsa untuk teknologi SuperTrack. Laporan berkenaan menyemak teknologi SuperTrack dan menganggarkan impak berpotensinya ke atas penjanaan projek. Laporan berkenaan menyatakan bahawa TrinaTracker SuperTrack berpotensi untuk meningkatkan pengeluaran loji janakuasa solar sebanyak 3.06%.

TrinaTracker SuperTrack Technology
TrinaTracker SuperTrack Technology

Menurut laporan berkenaan metodologi penjejakan pintar SuperTrack telahpun disemak dan anggaran pengeluaran untuk projek hipotesis 100MW di Campina, Sepanyol telahpun dijalankan. Laporan berkenaan menyatakan bahawa teknologi SuperTrack berupaya untuk meningkatkan penjanaan kuasa loji solar dengan menangkap cahaya resap semasa keadaan mendung dan mengurangkan teduhan baris-demi-baris di tapak-tapak projek dengan rupa bumi beralun.

SuperTrack ialah sistem kawalan penjejak pintar laras kendiri pintar yang direka bentuk oleh TrinaTracker, yang mengaplikasikan algoritma SBA dan STA untuk membetulkan teduhan yang disebabkan oleh rupa bumi bercerun dan menangkap cahaya resap di bawah keadaan mendung. Memandangkan semakin banyak projek dibina di kawasan rupa bumi yang kompleks, menggunakan SuperTrack pada projek penjejakan solar standard akan meningkatkan penjanaan kuasa dengan ketara. Di samping itu, laporan berkenaan menyatakan bahawa metodologi SuperTrack disahkan sebagai logik dan konsisten dengan algoritma penjejakan termaju lain yang digunakan dalam industri ini.

Analisis berkenaan menggunakan PVsyst untuk memodelkan impak SuperTrack ke atas penjanaan. Memandangkan pemprosesan penjejak paksi tunggal PVsyst sebahagian besarnya adalah berasaskan kepada tapak rata tanpa mengambil kira secukupnya kehilangan kuasa yang disebabkan oleh teduhan baris-demi-baris, pihak ketiga menghitung kesan cerun pada setiap arah menggunakan pemprosesan PVsyst yang berasingan. Menggunakan metodologi ini, laporan berkenaan menganggarkkan bahawa perolehan penjanaan berpotensi menggunakan teknologi SuperTrack adalah kira-kira 3.06%. Keputusannya serupa dengan data TrinaTracker sendiri iaitu 3.28% yang disimulasikan oleh perisian yang dibangunkan sendiri SEB.

Laporan berkenaan turut menghitung perbezaan LCOE antara sistem PV penjejakan paksi tunggal tipikal dan sistem PV dengan SuperTrack berasaskan kepada 100MW Campina, projek demonstrasi Sepanyol. Hasilnya, laporan tersebut menyatakan bahawa teknologi SuperTrack, LCOE projek berpotensi menurun sebanyak $1.25/MWj, yang bersamaan dengan 2.79%.

Dr. Sun Kai, Ketua Sistem Kawalan Penjejak Pintar berkata, "TrinaTracker gembira melihat teknologi SuperTrack disahkan oleh analisis bebas sebagai logik, amat andal dan canggih dalam industri ini. Kami akan terus berusaha sedaya upaya untuk menginovasi teknologi penjejakan pintar dan menyediakan penyelesaian yang paling andal dan amat bernilai tambah kepada pelanggan kami di seluruh dunia."

Source: TrinaTracker
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Survey, Polls & Research