omniture

My Guangdong Story | Kehidupan Kung Fu artis seni bela diri Denmark di Foshan

GDToday
2023-04-27 09:17 128

GUANGZHOU, China, 27 April 2023 /PRNewswire/ -- "Apakah yang terlintas di fikiran apabila anda memikirkan tentang Kung Fu Cina?" Jesper Lundqvist dari Copenhagen, Denmark, ditanyakan oleh GDToday daripada Nanfang Media Group semasa sesi penggambaran mikro-dokumentari "My Guangdong Story", "Orang ramai dari seluruh dunia berkongsi pendapat yang berbeza tentang Kung Fu. Bagi menangkis stereotaip dan mengejar impian Kung Fu sebenar, saya meninggalkan kehidupan yang selesa di Denmark untuk datang ke Foshan."

 

Lundqvist mengenali Wing Chun di pameran seni mempertahankan diri di kampung halaman beliau sekitar tahun 1992. "Saya rasa setakat ini, itulah demonstrasi seni mempertahankan diri yang terbaik dan paling memberi inspirasi yang pernah saya saksikan." Beliau terpesona dengannya dan mengikuti kursus Wing Chun. Sejak tahun 2008, Lundqvist telah berulang alik antara Eropah dan China, hanya untuk mempraktikkan Kung Fu Cina yang sebenar.

Pada tahun 2012, beliau mengambil keputusan untuk menetap di Foshan, tempat bermula yang terkemuka bagi gaya Selatan seni mempertahankan diri Cina dan menjadi murid seorang guru Wing Chun Foshan. Beliau mendapati bahawa banyak perkara yang dipelajari oleh orang Eropah tentang Wing Chun bukan berasal dari China, tetapi dihasilkan oleh mereka sendiri. Di China, beliau boleh mempraktikkan boneka kayu, yang mana di Eropah, dianggap sebagai "bahagian terakhir dalam sistem Wing Chun."

Lundqvist mendapati bahawa terdapat ramai guru Kung Fu yang ingin mengajar, sama ada perantis mereka orang Cina atau orang asing. "Namun begitu, pada masa kini di China, agar sukar untuk mereka mencari pengikut," kata Lundqvist. "Di Barat, terdapat ramai peminat seni mempertahankan diri China yang tidak mempunyai sebarang hubungan dengan guru tempatan."

Justeru itu, Lundqvist dan isteri beliau cuba untuk mewujudkan penghubung antara peminat Kung Fu luar negara dan guru di China. Mereka telah menemu bual lebih 100 guru dan menerbitkan artikel yang berkaitan dalam jurnal luar negara dan juga Facebook. Lundqvist turut menerima ramai pengunjung global yang datang ke Foshan dengan keinginan untuk mempelajari Kung Fu dan memperkenalkan kepada mereka guru Kung Fu tempatan. Sementara itu, beliau mengurus guru-guru untuk menjalankan seminar, syarahan dan kursus latihan di Eropah agar orang ramai di luar negara boleh mengalami sendiri Kung Fu.

"Bagi saya, Kung Fu adalah kehidupan," tegas Lundqvist. Seterusnya, beliau merancang untuk menghasilkan dokumentari yang menampilkan aspek-aspek Kung Fu yang berbeza. "Harapan saya adalah agar melalui hasil kerja ini, orang ramai dapat memahami dengan lebih baik seni mempertahankan diri tradisional Cina dan menghargai seni ini."

Source: GDToday
Keywords: Entertainment Sports