omniture

Pembentangan Siar Web Metro Pacific Investments Corporation Kini Boleh Ditonton Atas Permintaan: dbVIC - Persidangan Pelabur Maya ADR Deutsche Bank

Metro Pacific Investments Corporation
2014-03-25 16:17 94

- Syarikat menjemput pelabur individu dan institusi untuk log masuk bagi menyaksikan pembentangan

NEW YORK, 25 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Metro Pacific Investments Corporation (MPIC), (PSE:MPI) hari ini mengumumkan bahawa pembentangan 20 Mac dbVIC - Persidangan Pelabur Maya ADR Deutsche Bank kini boleh ditonton mengikut permintaan.

PAUTAN:  www.adr.db.com/dbvic

Pembentangan MPIC ini boleh didapati sepanjang waktu selama 90 hari. Para pelabur boleh memuat turun bahan-bahan pemegang saham menerusi gerai pameran dagangan maya di bahagian Pameran.

Latar Belakang Metro Pacific Investments Corporation:

Metro Pacific Investments Corporation merupakan sebuah syarikat pelaburan dan pengurusan yang disenaraikan secara terbuka dan berpusat di Filipina, dengan pegangan dalam Maynilad Water Services, Inc., Manila Electric Company, Metro Pacific Tollways Corporation, Makati Medical Center, Cardinal Santos Medical Center, Asian Hospital, Davao Doctors Hospital, Riverside Medical Center, Lourdes Hospital, De Los Santos Medical Center dan juga Central Luzon Doctors Hospital.

Penafian:

Pembentangan ini mungkin mengandungi "kenyataan berpandangan ke hadapan" yang tertakluk kepada beberapa risiko dan ketidaktentuan yang boleh memberi kesan kepada perniagaan dan hasil operasi MPIC. Walaupun MPIC yakin bahawa jangkaan yang digambarkan pada mana-mana kenyataan berpandangan ke hadapan adalah munasabah, ia tidak memberi jaminan terhadap sebarang prestasi, tindakan atau peristiwa pada masa hadapan.

 

 

Source: Metro Pacific Investments Corporation
Related Stocks:
Manila:MPI OTC:MPCIY OtherOTC:MPCIY
Keywords: Banking/Financial Service Electrical Utilities Medical/Pharmaceuticals Asian-related news Conference call announcements Trade show news