omniture

Heliatek Capai Rekod Kecekapan dengan Sel Solar Organik 40% Lutsinar

Heliatek GmbH
2014-03-25 20:55 144

DRESDEN, Jerman, 25 Mac 2014 /PRNewswire/ --

Sesuai untuk menjana tenaga daripada tingkap, muka bangunan dan bumbung kereta kaca

Heliatek GmbH, sebuah syarikat yang terkenal di dunia dalam penghasilan filem solar organik, telah mencatat rekod baharu dalam kecekapan sel solar lutsinar. Kemajuan terkini membolehkan kadar kelutsinaran mencecah sehingga 40% dengan kadar kecekapan melebihi 7%. Syarikat ini telah pun memegang rekod dunia menerusi 12% kecekapan sel untuk sel solar organik legap (tidak lutsinar).

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140324/677269-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140324/677269-b )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130929/642946-b )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130929/642946-c )

Perkembangan makmal ini menekankan strategi syarikat dalam membekalkan HeliaFilm lutsinar kepada para pengilang kaca untuk integrasi bangunan (BIPV) dan bumbung kereta. "Kelutsinaran produk kami adalah teras kepada pendekatan pasaran kami. HeliaFilm disesuaikan untuk memenuhi keperluan khusus rakan kongsi kami," tambah Thibaud Le Séguillon, Ketua Pegawai Eksekutif Heliatek. "Kami merupakan pembekal komponen dan komponen ini adalah filem yang dapat menggabungkan kelutsinaran dan penjanaan tenaga. Kombinasi yang menarik ini dapat memperluas potensi pasaran kami."

Kedua-dua bidang aplikasi ini menggunakan cermin gelap untuk mengurangkan silau yang boleh dilakukan dengan menggunakan filem. Oleh itu, penukaran daripada filem biasa kepada pilihan yang dapat menjana tenaga elektrik juga amat dinanti-nantikan oleh para pengeluar. Penggunaan HeliaFilm pada bumbung kereta kaca bukan sahaja dapat menjana tenaga, malah membolehkan pengeluar kereta untuk mendapatkan kredit Eko-inovasi ke arah mengurangkan pelepasan gas CO2 ke udara Panel kaca dan tingkap yang digunakan dalam seni bina turut menggunakan HeliaFilm bagi membolehkan penjanaan tenaga elektrik secara diskret di bahagian luar bangunan.

Generasi terbaharu bagi sel solar organik dengan 40% kadar kelutsinaran cahaya berjaya mencapai rekod kecekapan sebanyak 7.2%. Pengukuran ini adalah berdasarkan keadaan ujian piawaian menerusi latar putih. Heliatek berjaya menjana penukaran tenaga yang optimum untuk HeliaFilm lutsinar. Kini, sel legapnya telah berjaya mencapai kadar kecekapan sebanyak 12%. 7.2% sel pula mencerminkan kecekapan yang sama memandangkan kelutsinaran separa membolehkan penggunaan hanya 60% daripada cahaya bagi menghasilkan tenaga. Bergantung kepada aplikasi tertentu, keseimbangan antara cahaya yang menembusi filem dan tenaga elektrik yang dijanakan boleh diselaraskan. Penghasilan HeliaFilm lutsinar ini  tercapai hasil pengenalan  lapisan konduktif lutsinar di bahagian depan dan belakang sel solar berkenaan.

Penghasilan HeliaFilm adalah berasaskan molekul-molekul kecil (oligomer). Oligomer dibiarkan pada suhu rendah dalam proses vakum roll-to-roll. Penyerapan selektif spektrum solar menyasarkan warna dan kelutsinaran berbeza bagi mengubah tenaga cahaya kepada tenaga elektrik.

Bagi sebarang maklumat lanjut, layari http://www.heliatek.com

Cornelia Jahnel
Tel: +49-351213034421
cornelia.jahnel@heliatek.com

Nigel Robson
Tel: +44(0)1481233080
nigel@vortexpr.com

Sumber: Heliatek GmbH

Source: Heliatek GmbH
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities