omniture

Eye Matters: Laman Facebook Terbit sebagai sebuah Buku

Mulamoottil Eye Hospital
2014-03-25 21:49 77

THIRUVANANTHAPURAM, India, 25 Mac 2014 /PRNewswire/ --

Dr.Ashley Mulamoottil, doktor mata paling "disukai" di Facebook terbitkan buku khidmat rundingan dalam talian secara percuma

Adakah media sosial hanya berkaitan pengumuman yang menarik, gambar-gambar yang melucukan dan kenangan yang menggembirakan? Atau, mungkin juga boleh digunakan dengan lebih efektif untuk berkongsi maklumat kesihatan bersama rakan-rakan di serata dunia?

Dr.Ashley Mulamoottil,seorang pakar mata yang bertugas di Moorefield Eye Hospital, London dan pulang ke kampung halamannya iaitu di

Kozhencherry, sebuah kampung kecil yang terletak di Kerala, India kira-kira 10 tahun lalu, mengemukakan soalan penting ini. Eye  Matters, satu himpunan tulisan Dr.Ashley Mulamoottil di laman Facebook akan terbit sebagai sebuah buku pada minggu hadapan, sebagai kepercayaan beliau terhadap keberkesanan dan impak yang dibawa oleh media sosial.

Sebagai cicit kepada seorang doktor mata Ayurveda, Mulamoottil Mathan Mathai Vaidyar (1855-1934) yang menyediakan rawatan percuma kepada para pesakit, Dr.Ashley, yang mempelajari perubatan allopathic menjelaskan bahawa media sosial dapat membantunya untuk meneruskan tradisi yang menawarkan perkhidmatan perubatan percuma sekurang-kurangnya dengan berkongsi fakta dan rawatan perubatan secara dalam talian.

Maklum balas terhadap catatan beliau adalah amat menggalakkan. Persoalan mengenai kesihatan mata dan rawatan yang berpotensi mula diajukan dari serata dunia. Dalam tempoh setahun, Dr. Ashley menjadi salah seorang doktor paling "disukai" di Facebook. Dalam tempoh dua tahun, beliau kini memberi penekanan terhadap pelbagai topik dan menyediakan maklumat serta penyelesaian untuk masalah berkaitan mata.

"Disebabkan permintaan daripada orang ramai, saya mula menyiarkan beberapa video perubatan. Satu hari, saya telah menyiarkan satu video berkenaan pembedahan luar biasa yang saya lakukan dengan mengeluarkan cacing panjang berukuran 20 cm (Loa Loa) daripada mata seorang pesakit. Dalam tempoh 48 jam kemudian, video tersebut telah dikongsikan lebih 20,000 kali. Tiada apa lagi yang dapat meyakinkan saya terhadap kuasa yang dibawakan oleh media sosial," kata Dr. Ashley. "Saya telah menerima maklum balas berkaitan catatan saya dari lebih 100 buah negara."

Minat yang luas terhadap maklumat kesihatan yang dikongsikan beliau telah mendorong Dr. Ashley untuk menerbitkan koleksi catatannya sebagai sebuah buku. Eye  Matters yang diterbitkan oleh Invis Multimedia menghimpunan catatan terpilih dari tempoh dua tahun lalu. Doktor ini merasakan bahawa buku ini adalah yang pertama berkaitan isu-isu kesihatan hasil daripada kompilasi catatan daripada FB.

Dr.Ashley Mulamoottil merupakan satu-satunya pakar bedah mata dan yang pertama dilatih untuk menjalankan Pembedahan Katarak Laser (pembedahan katarak tanpa Bilah) di Kerala, India. Malah, beliau dianggap sebagai perintis dalam pembedahan tanpa bilah di India.

Anitha
Invis Multimedia
+914712311832
anitha@invis.in
http://www.invismultimedia.com

Sumber: Mulamoottil Eye Hospital

Source: Mulamoottil Eye Hospital
Keywords: Health Care/Hospital New products/services