omniture

Toshiba TV X9900L Gabungkan yang Terbaik daripada Dua Dunia

Toshiba TV
2023-04-28 16:57 80

HONG KONG, 28 April 2023 /PRNewswire/ -- Dalam dunia dengan teknologi berkembang pesat, Toshiba TV menonjol dengan keluarannya yang terkini: Toshiba TV X9900L.

Model canggih ini, yang menggamit perhatian dengan reka bentuknya yang indah, direkayasa untuk menyampaikan pengalaman hiburan yang sempurna.


Antara ciri-cirinya yang menonjol ialah REGZA Engine OLED untuk visual menakjubkan dan warna-warna terang. Selain daripada visual unggul, X9900L mempunyai pengalaman audio yang mengagumkan. Tru Bass Processor terbina dalam meningkatkan bunyi frekuensi rendah untuk prestasi bes yang lebih berkuasa manakala teknologi bunyi Tru Screen memastikan bunyi yang jelas terpancar terus daripada skrin, lalu menyediakan pengalaman mendengar yang lebih imersif dan realistik. 

Menonjolkan X9900L, Toshiba TV memperindah persona jenamanya — Takumi, Authentic dan Responsible — dalam kempen bertema 90-an yang baharu. Inisiatif ini, memberi tumpuan untuk mengembalikan rasa klasik era vintaj emas, berusaha untuk menghidupkan semula kenangan indah pada tahun 1990-an.

Melalui pendekatan ini, Toshiba TV mempelopori usaha yang luar biasa untuk menjadi nama sebutan ramai yang lebih besar di seluruh dunia dengan mendekati khalayak yang malah lebih luas.

Boleh diramalkan, unsur penting kepada jangkaan global terhadap kempen baharu Toshiba TV ialah kedualannya yang mengujakan. Dengan mengintegrasikan yang terbaik daripada 90-an vintaj dan 2020-an moden, Toshiba TV mengesahkan lagi komitmennya terhadap ketukangan yang sukar ditemui dan inovasi yang tiada tandingan.

Latar Belakang Toshiba TV

Toshiba TV mempunyai sejarah selama 71 tahun dalam pengeluaran TV. Dengan DNA yang kukuh dalam ciptaan dan idea yang inovatif, Toshiba TV telah menghasilkan banyak TV dengan ciri-ciri yang pertama di dunia. Toshiba TV menyediakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan gaya tontonan baharu kepada ramai orang di seluruh dunia melalui kualiti imejnya yang tinggi.

Untuk butiran lanjut, ikuti perkembangan Toshiba TV di Facebook, Instagram, Twitter, YouTube.

Source: Toshiba TV
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Television New products/services