omniture

Geoforce (Australia) PTY. Ltd. Melebarkan Sayap dalam Pasaran Minyak dan Gas APAC yang Bertumbuh Pesat

Geoforce, Inc.
2014-03-26 08:37 165

-- Berpusat di Perth, subsidiari antarabangsa kedua meletakkan Geoforce dalam hab industri pesisir luar Australia yang rancak berkembang

DALLAS dan PERTH, Australia, 26 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Geoforce, Inc. (www.geoforce.com), penyedia antarabangsa untuk penyelesaian Penjejakan & Pengesanan dan Pengurusan Aset untuk syarikat, penyedia perkhidmatan, dan pembekal peralatan sewaan yang beroperasi dalam bidang minyak dan gas, hari ini mengumumkan semasa Persidangan OTC Asia di Kuala Lumpur, Malaysia yang ia telah mewujudkan subsidiari antarabangsa kedua mereka: Geoforce (Australia) PTY. Ltd. – berpusat di Perth, hab industri minyak & gas Australia yang rancak bertumbuh. Pat Williams telah dilantik sebagai Pengurus Perniagaan Australia.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20131216/DA33437

Secara amnya, rantau APAC – dan khususnya Australia – adalah pasaran yang semakin berkembang untuk Geoforce," kata James MacLean, III, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Geoforce. "Kami sudah ada urusan perniagaan Penjejakan dan Pengesanan dalam rantau ini bersama beberapa nama paling terkemuka dalam bidang minyak dan gas. Dengan peluang pemasaran yang hebat di Australia dan kemampuan untuk berkhidmat kepada pelanggan kami dengan lebih baik dengan kehadiran tempatan, ia memang keputusan yang mudah untuk dibuat bagi mewujudkan entiti Australia kami, yang terletak di pusat semua urusan, Perth. Kini kami boleh sentiasa mengemas kini inventori, memproses pesanan dengan lebih pantas, membantu dalam pengaturan penggunaan, dan menjadi semakin rapat dengan para pelanggan kami apabila mereka memerlukan sokongan. Kami sangat bernasib baik kerana memiliki eksekutif bidang minyak & gas yang berpengalaman, Pat Williams, sebagai orang yang membina kehadiran kami di Australia ini."

 "Ini adalah peluang yang hebat apabila dapat membantu melancarkan Geoforce Australia," kata Pat Williams, Pengurus Perniagaan Australia Geoforce. "Saya mula-mula menyedari kewujudan Geoforce sebagai pelanggan prospektif, dan saya sangat kagum dengan produk syarikat itu, komitmen perkhidmatan mereka, serta budaya mereka.  Geoforce sudah pun melakar nama dalam rantau ini dan kami ingin mempergunakan reputasi itu untuk berkembang lagi. Kami sudah pun mempunyai produk penjejakan GPS yang terbaik, paling selamat dan paling lasak di dunia, perisian dan laporan yang direka khas untuk minyak dan gas, serta komitmen kepada perkhidmatan pelanggan. Kini kami boleh bertapak dengan kukuh juga."

Geoforce PTY. Ltd. akan menawarkan rangkaian penyelesaian standard Geoforce yang memfokus kepada minyak dan gas luar pesisir. Semua produk ini termasuklah peranti penjejakan GT1 yang revolusioner, peranti penjejakan GPS Zon 0 diperakui IECEx yang merupakan satu-satunya di dunia. GT1 telah dibina khas untuk kelasakan pasaran minyak dan gas, dan rata-rata diterima sebagai peranti penjejakan yang paling selamat dan paling tahan lasak seluruh dunia. GT1 telah menerima semua kelulusan kawal selia serta keselamatan agar dapat digunakan di Australia.

Tentang Geoforce, Inc.

Peralatan "menjejak dan mengesan" Geoforce serta penyelesaian penggunaan aset dibina untuk keperluan unik industri minyak dan gas. Syarikat itu menyediakan perkhidmatan sokongan pengendalian dalam semua lembangan syal Amerika Utara yang utama, Teluk Mexico, dan banyak lagi rantau penghasilan antarabangsa. Produk Geoforce digunakan di enam benua dengan lebih daripada 300 syarikat. Pelanggannya termasuklah kebanyakan syarikat operasi besar utama antarabangsa, kebanyakan daripada syarikat perkhidmatan lombong minyak antarabangsa utama, serta ratusan pengendali Minyak & Gas bersaiz pertengahan dan tertumpu rantau, penyedia perkhidmatan, dan syarikat peralatan sewa.

Penyelesaian Geoforce yang intuitif, andal dan boleh skala – dibangunkan melalui pengalaman industri minyak dan gas yang menyeluruh – termasuklah: pencarian dan dapatan lokasi yang cekap, pengauditan invois peralatan sewa, pengesahan pemberian perkhidmatan, pematuhan pemeriksaan, pemberitahuan penyelenggaraan peralatan, dan banyak lagi. Banyak syarikat Minyak & Gas menganggap Geoforce sebagai rakan kongsi pengendalian yang penting, kerana kepakaran yang mendalam penyelesaian yang terfokus industri mereka, lalu membuatkan Geoforce mempunyai pengaturan penggunaan penjejakan aset satelit yang terbesar dalam lombong minyak.

Geoforce beribu pejabat dekat Lapangan Antarabangsa Dallas/Fort Worth, dengan cawangan penyelidikan dan pembangunan di Bozeman, Montana. Geoforce do Brasil terletak di Macae, Brazil. Geoforce Australia terletak di Perth, Australia.

Hubungan media: 
Chelsea Nivens
+1-972-546-4176
cnivens@geoforce.com

Hubungan media/Australia: 
Pat Williams 
+61-427-855-010
pwilliams@geoforce.com

 

Source: Geoforce, Inc.
Related Links:
Keywords: Oil/Energy Utilities