KUALA LUMPUR, Malaysia, 24 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Pusat Endoskopi Pusat Perubatan UKM (UKMMC) melakar sejarah dengan kejayaan menggunakan, buat kali pertama di Asia, stent terbiodegradasi pada pesakit berusia 56 tahun yang menghidap kolangitis akut.
Stent terbiodegradasi baharu untuk duktus hempedu dan pankreas ialah idea revolusioner baharu dan disediakan oleh QualiMed Innovative Medizinprodukte GmbH, syarikat subsidiari Q3 Medical Devices Ltd, syarikat peranti perubatan inovatif yang terkenal dari Jerman.
Stent itu dibuat daripada polimer dikenali, yang sama seperti polimer yang digunakan dalam jahitan perubatan. Ia akan kekal di dalam duktus hempedu sehinggalah kolangitis itu reda, dan selepas itu ia akan mengalami hidrolisis secara perlahan-lahan di dalam badan. Menurut Dr. Hairol Othman, perunding hepatobiliari dan pakar bedah pankreas di UKMMC, seseorang pesakit perlu menjalani satu lagi prosedur untuk mengeluarkan stent jika menggunakan stent konvensional.
Peranti Archimedes ini didatangkan dengan tiga tempoh masa degradasi bagi disesuaikan dengan pelbagai keadaan penyakit yang memerlukan masa penggunaan dalam badan yang berbeza untuk tujuan rawatan. [Resapan pantas (berminggu-minggu), resapan sederhana (berbulan-bulan), dan juga yang tahan lama (menghampiri setengah tahun)]. Tidak seperti stent biliari plastik tradisional yang digunakan ratusan ribu kali setiap tahun serta perlu dikeluarkan dan/atau sentiasa digantikan, peranti Archimedes boleh digunakan dan ditanam menggunakan teknik sama yang digunakan untuk teknologi sedia ada dengan manfaat tambahan membenarkan hempedu mengalir di luar peranti itu di samping mengalir menerusi pusatnya bagi membantu meminimumkan potensi untuk penyumbatan berlaku selepas penanaman sambil menyingkirkan kos dan risiko yang dikaitkan dengan prosedur pengeluaran. Penyingkiran proses pengeluaran dijangka dapat mengurangkan secara signifikan jumlah kos prosedur untuk pesakit yang dirawat dengan peranti Archimedes. Peranti ini adalah untuk tujuan penyiasatan sahaja dan belum diperakui CE atau FDA setakat ini.
Ketika Dr. Hairol bercakap selepas pembedahan yang berjaya itu, beliau berkata: "Stent terbiodegradasi Archimedes ialah konsep revolusioner baharu dalam penyaliran duktus hempedu dan pankreas. Ia mudah dipasang serta sangat sesuai untuk pesakit. Stent ini turut menyingkirkan keperluan untuk prosedur ERCP berulang, lalu meredakan kerisauan dan kurang menyusahkan pesakit. Tambahan lagi ia hanya memakan sekali kos sahaja berbanding stent konvensional."
Pusat Endoskopi UKMMC telah dipilih bagi menyertai percubaan klinikal fasa 1 berbilang pusat untuk stent terbiodegradasi ini di Asia.
Apabila Eric K Mangiardi, Ketua Pegawai Eksekutif Q3 Medical bercakap bagi pihak Q3 Medical dan QualiMed, beliau memberi komen: "Inilah tanda aras yang signifikan bagi syarikat kami sambil kami terus menerokai kemajuan dalam bidang implan terbiodegradasi, yang akan meningkatkan keberkesanan dan turut menyingkirkan kos untuk para pesakit dan penjaga kesihatan yang merawat mereka. Kami sedang meneruskan kemajuan kami dalam bidang peranti esofagus terbiodegradasi tertutup sepenuhnya serta peranti belon boleh kembang terbiodegradasi, peranti vaskular periferi dan juga biliari terbiodegradasi tertutup dan tidak tertutup yang akan terus menggalakkan kemajuan dan menambah lagi pilihan rawatan untuk para pesakit dan doktor seluruh dunia."
Latar belakang Q3 Medical Devices Limited
Q3 Medical Devices Limited ialah syarikat pegangan berpusat di Ireland dengan berbilang pengendalian di Jerman dan juga perkongsian yang utuh di seluruh Asia melalui bilangan pelabur asasnya yang semakin meningkat, termasuk China Pioneer Pharma Holdings Limited yang disenaraikan pada Bursa Saham Hong Kong (1345). Syarikat pegangan itu dan syarikat bersekutunya sedang menumpukan perhatian terhadap pembangunan, pengeluaran serta pengedaran peranti kurang invasif bagi merawat pesakit dengan penyakit kardiologi, vaskular dan bukan vaskular periferi.
Q3 Medical Devices Limited telah dibentuk oleh kumpulan global yang terdiri daripada usahawan, pengeluar, pengedar, doktor industri dan juga pelabur, yang menumpukan perhatian terhadap pembangunan dan pemerolehan perniagaan peranti perubatan dengan hasil tahunan antara 1 hingga 10 Juta. Pemerolehan ini disasarkan dalam bidang yang memperluas tapak pengeluaran serta kemampuan kumpulan itu, lalu menghasilkan pertumbuhan saluran pengedarannya dan turut memecut tawaran produknya, dengan tumpuan terhadap rawatan kurang invasif untuk para pesakit dengan penyakit kardiologi, vaskular dan bukan vaskular periferi.
Latar belakang QualiMed
QualiMed, syarikat subsidiari milikan sepenuhnya Q3 Medical, telah ditubuhkan pada tahun 1997 di Winsen, Jerman berhampiran Hamburg, tempat ia membangunkan, mengeluarkan dan turut menjual peranti perubatan boleh tanam dalam bidang Kardiologi, Vaskular dan Bukan Vaskular Periferi. Inovasi ini ditumpukan dalam bidang Produk Terbiodegradasi, Teknologi Kombinasi Peranti Ubat, Kateter serta bidang implan Mekanikal. Asalnya ditubuhkan sebagai OEM, produk syarikat itu kini telah dijual di lebih 50 negara seluruh dunia melalui Rangkaian OEM, Label Persendirian dan juga Jenama Sendiri mereka. Syarikat itu dan rakan kongsi pembangunannya telah mendapat perakuan CE dan FDA untuk lebih 70 produk berbeza termasuk 3 stent berbeza yang mengeluarkan ubat.
Kenyataan Pandang ke Hadapan
Pengumuman ini mengandungi "kenyataan pandang ke hadapan" yang menggabungkan semua kenyataan selain kenyataan fakta sejarah, termasuk, tanpa pengehadan, kenyataan berkenaan kedudukan kewangan Kumpulan itu, strategi perniagaan, pelan dan juga objektif pengurusan untuk pengendalian masa hadapan (termasuk pelan pembangunan serta objektif yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan Kumpulan), serta sebarang kenyataan yang dibuat sebelum, diikuti oleh atau yang mengandungi sebarang istilah pandang ke hadapan seperti perkataan "menyasarkan", "mempercayai", "menganggar", "menjangka", "bertujuan", "ingin", "akan", "boleh", "mungkin", "menduga", "patut" atau istilah yang sama maksud atau yang berlawanan maksud dengannya. Kenyataan pandang ke hadapan sebegitu melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan juga faktor penting lain yang tidak berada dalam kawalan Kumpulan itu yang boleh menyebabkan keputusan sebenar, prestasi atau pencapaian Kumpulan itu benar-benar berbeza daripada keputusan, prestasi atau pencapaian masa hadapan yang dinyatakan atau dibayangkan oleh kenyataan pandang ke hadapan sebegitu. Kenyataan pandang ke hadapan sebegitu adalah berdasarkan banyak andaian berkenaan strategi perniagaan semasa dan masa hadapan Kumpulan itu serta persekitaran tempat Kumpulan itu akan mengendalikan perniagaannya pada masa hadapan. Antara faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar Kumpulan itu benar-benar berbeza daripada yang dinyatakan dalam kenyataan pandang ke hadapan itu termasuklah yang berkaitan dengan keperluan pembiayaan QualiMed, kelulusan kawal selia, percubaan klinikal, kebergantungan terhadap pihak ketiga, harta intelek, kakitangan penting serta faktor lain. Kenyataan pandang ke hadapan ini sah setakat tarikh pengumuman ini. Kumpulan ini tidak menanggung tanggungjawab dan tidak akan melakukan sebarang kemas kini atau semakan terhadap apa-apa kenyataan pandang ke hadapan yang terkandung dalam pengumuman ini bagi mencerminkan sebarang perubahan dalam jangkaan Kumpulan itu yang berkaitan dengannya atau sebarang perubahan kejadian, keadaan atau situasi yang menjadi dasar kenyataan sebegitu dibuat. Sebagai hasil semua faktor ini, para pembaca diingatkan agar tidak bergantung terhadap apa-apa kenyataan pandang ke hadapan.
Bagi pertanyaan lanjut dan/atau foto acara itu, sila hubungi
Q3 Medical Devices Ltd
Hubungan Pelabur
Tel: +353867827296
http://www.q3medical.com
QualiMed Innovative Medizinprodukte GmbH
Hubungan Pelabur
Tel: +49(0)417165780 (cawangan utama)
http://www.qualimed.de
Pusat Perubatan UKM (UKMMC), Cheras
Cik Normahani Md. Ramdani
Pegawai Perhubungan Awam
(Tel) 03-91455053/6313
(Telefon Bimbit) 019-3220884
(Faks) 03-91456640
(E-mel) mahani.ramdani@ppukm.ukm.edu.my
ALIZA MANSOR
Ketua
Jabatan Perhubungan Awam
Pusat Perubatan UKM