omniture

Penghantaran terkumpul modul Trina Solar berjumlah 140GW manakala penghantaran modul 210mm melebihi 65GW menjelang S1 2023, menduduki kedudukan pertama secara global

Trina Solar Energy Development Pte. Ltd.
2023-05-01 22:38 38

SINGAPURA, 1 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Pada 24 dan 26 Mac, Trina Solar menerbitkan keputusan kewangan setahun penuh 2022 dan Suku Pertama 2023, menyatakan bahawa ia memperoleh hasil tahunan sebanyak $12.645 bilion (RMB 85.052 bilion), satu peningkatan sebanyak 83.41% pada tahun 2021. Perniagaan utama syarikat ini, termasuk produk PV, sistem PV dan tenaga pintar kesemuanya mencatatkan pertumbuhan yang kukuh.

Penghantaran modul terus maju ke hadapan

Penghantaran modul Trina Solar pada tahun 2022 berjumlah 43.09GW sementara penghantaran modul terkumpul melebihi 140GW menjelang akhir Mac 2023, menurut syarikat.


Bagi penghantaran terkumpul modul 210mm, agensi penyelidikan tenaga-baharu bebas TrendForce berkata angkanya telah melebihi 120GW menjelang suku pertama tahun ini, yang melaluinya Trina Solar menyumbang sebanyak 65GW+, menduduki kedudukan pertama bagi penghantaran modul 210mm di peringkat global, dengan bahagian pasaran mencecah lebih daripada 50%.

Modul Vertex 600W+ Trina Solar yang berprestasi tinggi yang berasaskan kepada platform teknologi produk 210mm telah menjadi pilihan utama di seluruh dunia. Hasil daripada teknologi sel i-TOPCon termaju dan teknologi 210mm, Trina Solar membina ekosistem jenis-n mantap yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai persekitaran, seterusnya membantu pelanggannya mendapat faedah yang besar.

Kapasiti modul mencecah 95GW, mempercepatkan pembangunan produk jenis-n

Mulai penghujung tahun lalu, jongkong, sel dan modul i-TOPCon jenis-n 210mm Trina Solar dikeluarkan secara besar-besaran. Menjelang penghujung tahun ini, kapasiti sel akan mencapai 75GW manakala kapasiti modul akan mencapai 95GW, termasuk 40GW sel jenis-n, menurut syarikat.

Teknologi utama: Menyampaikan lebih banyak faedah kepada pelanggan

Trina Solar terus melabur dengan banyak dalam inovasi teknologi. Ia memperoleh 173 paten baharu tahun lalu dan kini memiliki 1,159 paten. Trina Solar juga terus menjadi perentak global serta penetap rekod dan tahun lalu memecahkan rekod dunia sebanyak tiga kali dengan menetapkan kecekapan sel PERC serta kecekapan sel dan modul i-TOPCon jenis-n kawasan besar perindustrian.

Warga global contoh dalam mengurangkan emisi karbon

Trina Solar benar-benar komited untuk menyampaikan produk karbon rendah kepada pelanggan seluruh dunia dan mematuhi amalan karbon rendah dalam setiap aspek pembangunan, pengeluaran dan penggunaan produk. Dengan pengurangan emisi karbonnya yang utama dalam industri, modul Vertex Trina Solar telah menerima pensijilan LCA dan Sijil Jejak Karbon pada tahun 2022. Dalam bulan April ini, Ti Group menganugerahi kilang Trina Solar di Yiwu, wilayah Zhejiang dengan sijil Kilang Karbon Sifar, sijil pertama seumpamanya yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat fotovolta.

Kepercayaan daripada institusi-institusi berpengaruh global

Trina Solar telah mendapat kepercayaan daripada institusi-institusi antarabangsa yang disegani. Ia mendapat skor 100% dalam Tinjauan Keupayaan Menjana Keuntungan (Bankability) BNEF sejak tujuh tahun yang lalu dan diberi kedudukan tertinggi, AAA selama empat suku berturut-turut dalam laporan Penilaian Keupayaan Menjana Keuntungan (Bankability) Teknologi Modul PV Tech, setakat suku pertama tahun 2023.

Sejak Trina Solar ditubuhkan 25 tahun yang lalu ia membekalkan kepada dunia dengan lebih daripada 140GW modul solar dan berada di lebih 150 negara serta wilayah. Syarikat ini komited untuk memberi lebih banyak sumbangan dengan produknya yang cemerlang, inovasi teknologi serta prestasi kewangan yang stabil.

 

 

 

 

 

Source: Trina Solar Energy Development Pte. Ltd.
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities