omniture

Hisense Beri Tumpuan untuk Bawakan kepada Pelanggan Pengalaman Imersif melalui Produk TV Inovatif

Hisense
2023-05-01 23:07 44

QINGDAO, China, 1 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka Hisense hari ini menerbitkan keputusan daripada satu kajian tentang tabiat menonton pemilik TV UK sebagai sebahagian daripada usahanya untuk lebih memahami dan menawarkan perkhidmatan kepada pengguna dalam salah satu pasaran penting syarikat ini.

Hisense wujud untuk menyediakan kepada orang ramai dengan lebih banyak peluang bagi menikmati kehidupan yang berkualiti dan meluangkan masa bersama insan tersayang melalui minat dan keghairahan yang dikongsi bersama. Walaupun hobi dan keutamaan ini dikongsi oleh orang ramai di serata dunia, Hisense sedar bahawa mempunyai pemahaman bernuansa tentang setiap negara dan budaya TVnya yang unik merupakan pelopor penting untuk kejayaan antarabangsa. Berbuat demikian akan membolehkannya menawarkan perkhidmatan dan berkomunikasi dengan penonton tempatan dengan lebih berkesan dan autentik.

Hisense ULED X brings excellent experience to people's life
Hisense ULED X brings excellent experience to people's life

Catherine Fang, Naib Presiden Eksekutif Hisense International berkata: "Teknologi kami diwujudkan untuk menyediakan pengalaman audio dan video sebaik mungkin. Dengan komitmen terhadap inovasi dan teknologi canggih, Hisense akan terus memberi peluang kepada pengguna untuk menyajikan detik-detik gembira kepada orang ramai, sama ada bersama insan tersayang atau ketenangan bersendirian buat seketika."

Kajian tersebut memfokuskan kepada sikap rakyat Britain terhadap siri TV popular – dan lagu temanya – serta kesan tontonan tersebut ke atas keputusan pembelian TV. Separuh (49%) daripada mereka yang disoal selidik untuk kajian tersebut menonton rancangan kegemaran mereka untuk berehat manakala satu pertiga (30%) berbuat demikian sebagai cara untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Priorities of impact consumers purchase a TV
Priorities of impact consumers purchase a TV

Mengambil kira hal ini, tidak menghairankan apabila begitu banyak isi rumah UK didapati merancang untuk menaik taraf televisyen mereka (34%). Kualiti gambar (73%), saiz skrin (70%) dan kualiti bunyi (58%) didapati menjadi keutamaan terbesar dalam kalangan pengguna yang mempertimbangkan pembelian.

Televisyen diiktiraf secara meluas kerana memainkan peranan penting dalam budaya British, dengan hampir satu pertiga (29%) mengatakan ia merupakan "kegiatan masa lapang negara" dan jumlah yang sama mendakwa bahawa menonton televisyen yang bagus membuatkan mereka berasa lebih gembira.

Dengan ULED X yang telahpun diumumkan dan U8 akan datang ke UK dalam masa terdekat, Hisense berharap dapat menyediakan lebih banyak produk berkualiti tinggi untuk mencapai kedudukan yang jauh lebih kukuh di UK dan di peringkat antarabangsa serta membawakan pengalaman unggul kepada kehidupan pengguna.

Latar Belakang Hisense

Hisense ialah jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka. Perniagaan Hisense meliputi produk multimedia (dengan tumpuan pada TV Pintar), perkakas rumah dan maklumat pintar IT. Baru-baru ini, Hisense berkembang pesat dan kini beroperasi di lebih 160 negara.

 

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Retail Television Survey, Polls & Research