omniture

Coway Memenangi Anugerah iF Design 2023

Coway Co., Ltd.
2023-05-02 08:56 25

- Syarikat dinamakan pemenang anugerah untuk tahun ke-16 berturut-turut di iF Design Awards

SEOUL, Korea Selatan, 1 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Coway, "Best Life Solution Company," mengumumkan pada hari ini bahawa ia telah memenangi 3 anugerah dalam kategori Produk di International Forum (iF) Design Award, menandakan tahun ke-16 berturut-turut syarikat memenangi anugerah yang berprestij ini.

Icon Ice Water Purifier Coway (CHPI-7400N)
Icon Ice Water Purifier Coway (CHPI-7400N)

iF Design Award, diasaskan pada tahun 1953 sebagai Die Gute Industrieform e.V., menilai produk berdasarkan kepada impak, pembezaan dan sifat-sifat yang lain.

Icon Ice Water Purifier (CHPI-7400N), Skin Plus Water Softener (BB-17) dan Air Purifier (AP-3522E/F) Coway diiktiraf untuk reka bentuknya yang menekankan nilai-nilai asal produk dan dalam masa yang sama meminimumkan elemen-elemen yang tidak diperlukan, lalu menghasilkan rupa yang bergaya dan sofistikated.

Icon Ice Water Purifier (CHPI-7400N) ialah penulen air ais terkecil yang dihasilkan di Korea Selatan, menampilkan teknologi membuat Ais Dwi Kelajuan proprietari Coway dan sistem pensterilan UV untuk kebersihan produk. Saiznya yang kompak, reka bentuk bergaya dan unsur visual ringkas menjadikannya produk yang menonjol.

Skin Plus Water Softener (BB-17) membolehkan pengguna mencipta kombinasi air yang berbeza dengan air lebih bersih dwi-tapis sebagai asas, dicampurkan dengan air dilembutkan lagi serta infusi vitamin agar sesuai dengan keperluan mereka. Reka bentuknya yang nipis dan berbentuk segiempat tepat tidak sama seperti pelembut air besar, tipikal. Paparan cermin sofistikated menyediakan pemberitahuan waktu sebenar mengenai suhu air, kadar penggunaan penapis dan banyak lagi.

Air Purifier (AP-3522E/F), turut dikenali sebagai Airmega ProX di AS, direka bentuk khas untuk ruang awam yang besar seperti bangunan pejabat dan sekolah. Reka bentuk geometrinya menggabungkan struktur diinspirasikan oleh seni bina khas NOBLE Air Care Solution Series, yang mana kedua-duanya bergaya dan tidak menonjol. Produk ini menyembunyikan inlet, outlet dan pemegang dengan garisan bertekstur untuk memaksimumkan minimalis dengan lancar.

"Kami menyasarkan untuk mencipta reka bentuk yang merangkumkan kemewahan dengan meminimumkan unsur dekoratif, maka produk kami bercampur secara semula jadi ke mana-mana ruang," kata Jin Sang Hwang, ketua Pusat Reka Bentuk di Coway. "Kami akan terus meningkatkan reka bentuk yang membelai rasa dan kemudahan penggunaan produk kami bagi menyediakan gaya hidup premium kepada pengguna kami."

Latar Belakang Coway Co., Ltd.

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini telah membuktikan dedikasi terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.

 

 

 

 

 

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics