omniture

Kini Dibuka untuk Tempahan - NRF 2024: Retail's Big Show Asia Pacific

Comexposium Asia Pacific
2023-05-02 11:30 64

SINGAPURA, 2 Mei 2023 /PRNewswire/ -- NRF 2024: Retail's Big Show Asia Pacific, pameran perdagangan yang dianjurkan secara bersama oleh National Retail Federation dan Comexposium dan amat dinanti-nantikan, kini dibuka untuk peluang jualan dan penajaan. Acara ini akan berlangsung pada 11 – 13 Jun 2024 di Sands Expo and Convention Centre di Singapura. Dengan pameran perdagangan berkeluasan 14,560 meter persegi, acara ini dijangka menarik minat ribuan peruncit dan rakan niaga dari seluruh rantau ini.

"NRF meluaskan jejak Retail's Big Show ke Asia Pasifik, salah satu pasaran yang berkembang paling pantas di dunia," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif NRF Matthew Shay. "Retail's Big Show Asia Pacific ialah satu peluang untuk menampilkan inovasi yang mencakupi seluruh industri runcit bermula daripada pengalaman di kedai, rantaian bekalan, pencegahan kerugian dan perlindungan aset hinggalah pembarangan dan teknologi imersif."

"Kami gembira untuk mengumumkan bahawa rantau ini dibuka untuk berniaga dan bersedia menerima tenaga dan kedinamikan yang disediakan oleh sektor runcit di Asia Pasifik," kata Pengarah Projek NRF 2024: Retail's Big Show Asia Pacific Ryf Quail. "Lantai ekspo ini kini dibuka untuk penajaan dan tempahan pempamer. Syarikat-syarikat digalakkan untuk menjamin ruang mereka melalui borang tempahan pempamer khas di laman sesawang atau terus dengan ejen jualan."

NRF 2024: Retail's Big Show Asia Pacific mula diumumkan di NRF 2023: Retail's Big Show di Bandar Raya New York dan sejak itu menarik perhatian daripada persatuan-persatuan peruncit dari seluruh rantau ini iaitu Australia, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura dan Thailand.

"Sebagai hab runcit Asia Tenggara, Singapura menyediakan pintu masuk ke pasaran Asia di rantau ini," kata Presiden Singapore Retailers Association Ernie Koh. "Kami menjangkakan kehadiran yang signifikan daripada penjual dan pengunjung perdagangan antarabangsa dan serantau dari seluruh industri runcit di rantau Asia Pasifik. Kami berharap dapat menyediakan persekitaran optimum tatkala kami mengalu-alukan penjual perdagangan antarabangsa ke Singapura pada tahun 2024."

Syarikat-syarikat yang berminat untuk mendapatkan kelebihan penggerak-pertama dinasihatkan untuk menempah terus di sini atau hubungi ejen jualan paling hampir dalam lingkungan sekitar mereka.

Retail's Big Show Asia Pacific akan melengkapkan NRF Retail's Big Show, yang diadakan pada Januari setiap tahun di Pusat Konvensyen Javits di Bandar Raya New York.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Lampiran 1 (Helaian Fakta) atau kunjungi nrfbigshowapac.com

 

Source: Comexposium Asia Pacific
Related Stocks:
Singapore:CXPM
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Retail Trade show news