omniture

Vantage memberi sumbangan AS$100,000 untuk program "Supporting Refugees in Australia" UNHCR

Vantage
2023-05-03 10:32 131

Dana untuk menyokong usaha perlindungan dan penempatan semula pelarian serta orang tak bernegara di Australia

PORT VILA, Vanuatu, 3 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Vantage, broker berbilang aset pemenang anugerah bagi Kontrak untuk Perbezaan (CFD), hari ini mengumumkan sumbangan sebanyak of $100,000 USD kepada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) untuk menyokong usaha perlindungan dan penempatan semula pelarian serta orang tak bernegara di Australia. Ketika ini, Australia menempatkan hampir 55,000 pelarian dan 90,000 pencari suaka (sebahagian besarnya dari Timur Tengah atau Asia) yang mana 8,000 tidak bernegara.

Jack Kelly (Head of Sales Australia, Vantage) met Nai Jit Lam, Deputy Representative for UNHCR Australia at UNHCR’s Canberra office.
Jack Kelly (Head of Sales Australia, Vantage) met Nai Jit Lam, Deputy Representative for UNHCR Australia at UNHCR’s Canberra office.

Nai Jit Lam, Timbalan Wakil untuk UNHCR Australia mengucapkan terima kasih kepada Vantage atas sumbangan mereka, dengan berkata, "Kami bersyukur atas sokongan yang berterusan daripada Vantage yang akan membantu kami mempermudah penyelesaian untuk pelarian yang berada dalam keadaan terawang-awang dan memerlukan penyelesaian yang bertahan lama selama bertahun-tahun."

Sumbangan tersebut akan diperuntukkan terhadap beberapa bidang keutamaan strategik UNHCR, termasuk pengenalan pelarian yang memerlukan penempatan semula, penyediaan sesi kaunseling dan maklumat untuk pelarian, pengurusan pendaftaran dan data, temu bual penempatan semula serta memastikan pemprosesan penempatan semula yang diperkemas bermula daripada pengenalan hingga rujukan kes.

Objektif-objektif utama program "Supporting Refugees in Australia" memfokuskan untuk memperoleh penyelesaian yang bertahan lama untuk pelarian yang layak yang tertakluk kepada pengaturan pemprosesan luar pesisir Australia, menyokong pihak kerajaan bagi meningkatkan perlindungan terhadap pelarian dan orang tak bernegara di Australia dan memberi sokongan kaunseling langsung kepada pelarian.

Jack Kelly, Ketua Jualan, Vantage, menunjukkan semangat beliau terhadap perkongsian syarikat ini bersama UNHCR: "Kami berbesar hati untuk menyokong usaha UNHCR — pasukan berkenaan melakukan usaha yang luar biasa penting dan kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka."

"Kami menyedari bahawa, sebagai sebuah perniagaan, kami berkedudukan kukuh untuk menyumbang kembali kepada masyarakat setempat dan prinsip utama yang memandu kami dalam perjalanan ESG korporat kami adalah berusaha untuk memastikan tiada sesiapapun yang tertinggal, termasuk pelarian yang mencari bantuan," tambah Kelly.

Sumbangan berkenaan merupakan langkah yang penting ke arah memberi sokongan dan perlindungan kepada pelarian di Australia dan mengikuti beberapa siri komitmen yang dibuat selaras dengan inisiatif ESG korporat Vantage yang dilancarkan secara rasmi pada Julai 2022 dan menjadi asas kepada tujuan syarikat.

Sejak pewujudan perjalanan ESGnya, Vantage telah berkolaborasi dengan pempengaruh popular Supercar Blondie dalam satu inisiatif untuk memulihkan ekosistem rumpai laut yang penting dan bagi meningkatkan kesedaran terhadap perubahan iklim, serta pemerkasaan Wanita semasa minggu perlumbaan Extreme E race di Sardinia, Itali. Lewat tahun itu, syarikat ini mengumumkan satu perkongsian bersama UNESCO untuk membantu meningkatkan akses kepada pendidikan yang berkualiti untuk mereka yang tidak bernasib baik.

Kapsyen foto: Jack Kelly (Ketua Jualan Australia, Vantage) bertemu Nai Jit Lam, Timbalan Wakil untuk UNHCR Australia di pejabat Canberra UNHCR.

Latar Belakang Vantage 

Vantage (atau Vantage Markets) ialah broker berbilang aset yang menawarkan kepada pelanggan akses kepada perkhidmatan yang pantas dan hebat untuk memperdagangkan CFD pada tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih daripada 13 tahun, kini entiti Vantage mempunyai lebih 1,000 pekerja merentas lebih daripada 30 pejabat global.

Vantage adalah lebih daripada sekadar broker. Ia menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih pemenang anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang membolehkan pelanggan mengambil manfaat daripada peluang dagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak @vantage. 

Latar Belakang UNHCR 

UNHCR, Agensi Pelarian PBB, ialah sebuah pertubuhan yang dikhususkan untuk menyelamatkan nyawa, melindungi hak dan membina masa depan yang lebih baik untuk orang yang terpaksa meninggalkan tempat kediaman mereka lantaran konflik dan penganiayaan.

Kami memimpin tindakan antarabangsa untuk melindungi pelarian, komuniti yang dipindahkan secara paksa dan orang tak bernegara.

Kami memberi bantuan yang menyelamatkan nyawa, membantu melindungi hak asasi manusia dan membangunkan penyelesaian yang dapat memastikan orang ramai mempunyai tempat selamat yang digelar tempat kediaman yang melaluinya mereka boleh membina masa depan yang lebih baik. Kami juga berusaha untuk memastikan agar orang tak bernegara diberi kerakyatan.

Kami berkhidmat di lebih 130 negara, memanfaatkan kepakaran kami untuk melindungi dan menjaga berjuta-juta orang.

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Corporate Social Responsibility Licensing/marketing agreements Not for profit Financial Technology