omniture

Di Sebalik Kejayaan Mitra Bukalapak dalam Memanfaatkan Kuasa Perniagaan Mikro Indonesia

Bukalapak
2023-05-04 10:21 33

JAKARTA, Indonesia, 4 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Mitra Bukalapak, pengusaha dalam-talian-ke-luar-talian (o2o) dan subsidiari syarikat teknologi Indonesia, Bukalapak ("IDX:BUKA") ialah platform yang menawarkan penyelesaian hujung-ke-hujung untuk kedai mama-dan-papa (warung).

As of March 2023, there were 16.8 million registered Mitra.
As of March 2023, there were 16.8 million registered Mitra.

Syarikat ini telah mengubah model perniagaan warung, yang seringkali dikekang oleh tawaran produk yang terhad dan kekurangan sumber yang diperlukan untuk berkembang. Selepas menggunakan aplikasi Mitra Bukalapak, pemilik warung telah dapat menikmati peningkatan pendapatan yang ketara sehingga 3 kali ganda.

Mitra Bukalapak meningkatkan dengan ketara hasil keseluruhan BUKA dalam dalam S1 2023, Mitra Bukalapak menyumbang sebanyak 46% daripada Jumlah Nilai Pemprosesan (TPV) Bukalapak. Trajektori menaik ini diiringi oleh peningkatan bilangan perniagaan kecil-kecilan yang berdaftar dalam Mitra Bukalapak, daripada 13.1 juta pada penghujung Mac 2022 kepada 16.8 juta pada penghujung Mac 2023.

Satu kajian yang dijalankan oleh Nielsen pada November 2022 melaporkan Mitra Bukalapak telah mencapai kadar penembusan 57% antara kedai-kedai mama-dan-papa menggunakan platform o2o, seterusnya menjadikannya peneraju dalam pasaran o2o.

Pertumbuhan tersebut dipacu oleh peningkatan dalam campuran produk dan tawaran perkhidmatan yang lebih pelbagai untuk Mitra. Mereka boleh menjual lebih 42 jenis produk maya dan perkhidmatan kewangan, bermula daripada tambah nilai kredit telefon dan pemindahan wang kepada baucar permainan dan tiket kereta api. Tawaran ini bukan sahaja membantu warung memperoleh keupayaan peruncit moden, tetapi turut memperkasa mereka untuk bertindak sebagai ejen rangkuman kewangan dalam komuniti mereka.

Melangkaui sekadar membantu pemilik warung mencapai kejayaan kewangan, Mitra Bukalapak turut menerapkan pola fikir pertumbuhan yang memberi inspirasi kepada mereka untuk terus berfikir ke hadapan sebagai usahawan.

"Pendekatan kami melangkaui penyediaan teknologi dan program promosi sekali sahaja untuk Mitra. Kami mewujudkan sesi pendidikan berkala yang dapat memupuk pola fikir pertumbuhan dan semangat keusahawanan dalam kalangan ahli komuniti Mitra kami. Komuniti ini mempunyai 130,000 ahli dari seluruh negara ini. Ahli-ahli ini berpeluang untuk menyertai acara perhimpunan kami yang melaluinya mereka dapat bertemu rakan pemilik warung, membina rangkaian mereka sendiri dan belajar daripada satu sama lain. Kami benar-benar percaya bahawa pembelajaran rakan setara akan menjadi cara yang paling berkesan untuk pengusaha perniagaan mikro ini mendapat inspirasi dan mencapai kejayaan," kata Howard Gani, Ketua Pegawai Eksekutif Mitra Bukalapak.

Susulan kejayaan mencetuskan impak ke atas warung, Mitra Bukalapak berusaha untuk memperluaskan penyelesaian tersebut ke vertikal-vertikal lain yang berkongsi masalah utama yang serupa dengan warung.

 

Source: Bukalapak
Related Stocks:
Jakarta:BUKA OTC:BKPTY
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics