Terbang Dari Awan ke Bumi Dengan Kempen Amal
TAIPEI, 4 Mei 2023 /PRNewswire/ -- CloudMile, penyedia perkhidmatan awan dan AI yang terkemuka di Asia dan Tempat Hebat untuk Bekerja (Great Place to Work) yang diperakui, menyebarkan semangat kasih sayang dan keprihatinannya kepada masyarakat melalui penubuhan cabang bukan untung "Mile of Love".
CloudMile prihatin terhadap masyarakat. Misi syarikat ini adalah untuk mengekalkan nilai-nilai kemanusiaan dan menyumbang kepada penambahbaikannya – memberi harapan baharu kepada mereka yang tidak bernasib baik dan mereka yang tersingkir serta mempercepatkan tindakan iklim menggunakan teknologi Google bagi memupuk kelestarian secara meluas.
Acara Amal Kumpul Dana
Pasukan CloudMile Malaysia menjadi peneraju dan menjemput rakan-rakan industri untuk menyertai acara amal pertama syarikat ini, termasuk lelongan senyap yang dikuasakan oleh Google AppSheet untuk membantu mereka yang tidak bernasib baik dan kutipan amal untuk IQ70 Plus, sebuah badan bukan untung tidak bersekutu yang memfokuskan kepada kebajikan kanak-kanak yang mengalami masalah mental. Acara berkenaan mendapat sokongan dan respons yang tinggi daripada semua orang dalam semua lapisan masyarakat dan menunjukkan semangat "Mile of Love" CloudMile.
Wang yang dikumpul daripada Hari Apresiasi Pelanggan CloudMile dan lelongan senyap digunakan untuk menyediakan keperluan harian kepada IQ70 Plus dan pasukan Malaysia CloudMile juga bekerjasama untuk mengecat semula dan membersihkan kemudahan IQ70 Plus semasa acara tersebut. Mereka turut meluangkan masa untuk bermain dan mendidik kanak-kanak yang mengalami masalah mental.
CloudMile Komited kepada Awan dan Dunia
CloudMile bukan sahaja komited kepada awan tetapi juga prihatin tentang dunia. Purata darjah kecerdasan (IQ) manusia adalah kira-kira 100. Namun begitu, sesetengah anggota masyarakat mempunyai IQ di bawah 70, secara tipikalnya disebabkan oleh gangguan kongenital atau masalah yang berkaitan dengan pelbagai keadaan psikologi dan pertumbuhan.
IQ70 Plus ialah sebuah pertubuhan bukan untung yang memberi tumpuannya kepada "Angels with Broken Wings" ini, individu-individu yang tercabar dengan IQ lebih rendah daripada 70. Tanda "+" mencerminkan misi mereka untuk memimpin kanak-kanak ke hadapan dengan mencipta penemuan baharu dan harapan baharu dalam lingkungan keupayaan mereka. CloudMile benar-benar tersentuh dengan idea-idea ini, menyeru perusahaan untuk melaburkan sumber dan mengatur sebuah pasukan untuk membersihkan dan menambah baik kemudahan IQ70 Plus, termasuk mengelap kipas siling, memotong rumput serta catan dalaman dan luaran.
"Kami di CloudMile percaya untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan memainkan peranan kami untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik. Jadilah perubahan yang anda ingin lihat di dunia!" kata Lester Leong, Pengurus Negara Malaysa CloudMile.
Tiada Sempadan dalam Awan, atau dalam Khidmat Awam
Perkhidmatan awan bukan sahaja menyediakan pengurusan sumber yang lebih cekap dan keupayaan pengkomputeran yang lebih fleksibel, tetapi turut memecahkan batasan ruang fizikal tradisional. Dalam dunia awan yang penuh dengan kemungkinan ini, CloudMile memiliki semangat tanpa had terhadap perkhidmatan kebajikan awam. Pada masa akan datang, CloudMile akan menubuhkan laman web untuk "Mile of Love" bagi menyokong selanjutnya bantuan komuniti ini.
Perjalanan "Mile of Love" bermula di Malaysia. Pada Krismas yang lalu, pasukan Taiwan membuat susulan dan menempah kotak hadiah Madeleine Christmas daripada Children Are Us Foundation sebagai hadiah hujung tahun untuk rakan-rakan sekerja. Pasukan yang akan menyertai seterusnya ialah pasukan Hong Kong, menyebarkan kasih sayang CloudMile merentas ribuan batu. Perkhidmatan awan tidak memiliki sempadan, sama seperti kepercayaan CloudMile terhadap perkhidmatan kebajikan awam yang tidak terhad.