KABUL, Afghanistan, 27 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Radio Free Europe /Afghan Service Radio Liberty Radio Azadi, telah memilih dermawan khusus, Pengasas Afghan Wireless Communication Company (AWCC), dan Ketua Pegawai Eksekutif Ariana Television & Radio Network (ATN), Ehsanollah Bayat sebagai Tokoh Terbaik Tahun ini pada 19 Mac 2014. Anugerah ini mengiktiraf usaha berterusan selama dua belas tahun oleh En. Bayat untuk menghubungkan rakyat Afghanistan merentasi negara itu serta seluruh dunia melalui perkhidmatan telefoni mudah alih, perkhidmatan jalur lebar, dan juga rancangan radio & televisyen seimbang serta sumbangan kemanusiaan signifikan beliau yang telah dilakukan menerusi badan bukan untung Yayasan Bayat.
Setelah mengetahui pemilihan beliau, En. Ehsan Bayat mengujar: "Saya berbesar hati dapat dipilih sebagai Tokoh Tahun Ini oleh Radio Azadi, organisasi hebat yang dikenali dengan objektifnya dan pemahamannya yang mendalam tentang budaya dan komuniti Afghanistan. Saya bernasib baik dapat melibatkan diri dalam pembangunan Afghanistan yang baharu dan moden dalam masa dua belas tahun lepas. Melalui Yayasan Bayat, AWCC, dan juga ATN, saya telah mencuba untuk membolehkan rakyat Afghanistan – tanpa mengira lokasi atau bahasa mereka – untuk belajar tentang isu yang melanda negara ini dan turut membincangkan cabaran, membangunkan penyelesaian serta meraikan kejayaan bersama-sama dalam cara yang berpusatkan Afghanistan."
En. Bayat berkata lagi: "Nowruz ialah masa untuk melawat sahabat-handai dan sanak-saudara, menjamu selera, saling bertukar hadiah dan juga saling memberi ucapan sejahtera kepada orang lain. Tindakan saling berhubung sesama sendiri ini ialah tumpuan utama legasi ini dan wawasan usaha saya setakat ini. Saya percaya perkhidmatan seperti telefoni mudah alih, Internet, dan juga media seimbang dapat membantu untuk membuka dialog dan perdebatan antara semua rakyat Afghanistan bagi menyokong lagi pertumbuhan dan kesejahteraan Afghanistan yang bersatu. Kami telah berjaya mengharungi banyak cabaran sepanjang sejarah negara kami, dan kami telah melihat kemampuan rakyat Afghanistan dari seluruh pelosok negara kami untuk bersatu, membina semula, memperkukuh dan turut menggerakkan negara kami ke hadapan. Oleh itu, saya dengan rendah hatinya menerima pengiktirafan Radio Azadi tahun ini."
Anugerah "Tokoh Terbaik Tahun Ini" telah dipilih dan disampaikan oleh Radio Azadi setiap tahun semasa Nowruz, sambutan Tahun Baharu Parsi, yang mengiktiraf sumbangan luar biasa seseorang individu terhadap keamanan, demokrasi dan juga budaya di Afghanistan. En. Bayat telah dipilih oleh jawatankuasa wartawan Radio Azadi daripada beberapa individu lain yang dicalonkan serta diusulkan oleh kumpulan masyarakat awam serta para pendengar.
Sebelum ini anugerah itu pernah dimenangi oleh Ahmad Sarmast, pengarah dan pengasas Institut Muzik Kebangsaan Afghanistan; bekas puteri Hindia d'Afghanistan; Pemuzik Afghanistan dan Duta Muhibah PBB Farhad Darya; penggubal undang-undang Ramzan Bashardost; doktor perubatan dan penggiat hak asasi manusia Anarkali Honaryar; serta gabenor daerah Nangarhar, Gul Agha Sherzai.
Latar belakang Ariana Television and Radio Network
Setelah diasaskan oleh En. Ehsanollah Bayat pada tahun 2005, Ariana Television and Radio (ATN) ialah saluran media swasta terbesar di Afghanistan, meliputi 33 daripada 34 daerah dan turut mencapai lebih 25,000,000 warga Afghanistan. ATN juga boleh didapati melalui satelit oleh penonton yang bertutur dialek Dari dan Pashto di serata Eropah, Asia, Timur Tengah, dan juga Amerika Utara. Menumpukan bidang penyampaian terhadap maklumat, kandungan dan hiburan, rancangan ATN memberi penekanan tertentu terhadap rancangan berunsurkan pendidikan, kesihatan, rancangan kanak-kanak, rancangan wanita dan juga isu dunia. Pasukan ATN berbangga kerana menyiarkan berita yang tepat dan tidak berat sebelah kepada para penonton secara mutakhir.
Matlamat ATN sejak pelancarannya adalah untuk melibatkan dan mendidik, dengan menyediakan "Jendela bagi Hari Esok yang Lebih Baik". Dengan pelengkap siaran yang terdiri daripada dua saluran televisyen kebangsaan dan dua saluran radio kebangsaan (ATN dan ATN News), matlamat kami adalah untuk mendedahkan kandungan terbaik daripada segi seni & budaya antarabangsa dari seluruh dunia kepada penonton televisyen dan pendengar radio kami, sambil membuka peluang yang lebih banyak untuk penulis, penerbit, pelakon serta pengarah tempatan dalam kalangan masyarakat Afghanistan. Semua rancangan boleh diakses melalui laman web ATN, www.arianatelevision.com atau melalui satelit HotBird dan GlobeCast.
Latar belakang Afghan Wireless
Afghan Wireless (AWCC) telah diasaskan oleh Ehsanollah Bayat dan beribu pejabat di Kabul. Ia merupakan usaha sama antara Telephone Systems International, Inc. (TSI) dengan Kementerian Telekomunikasi yang menyediakan perkhidmatan kepada lebih 4,000,000 pelanggan serata Afghanistan. Menggajikan lebih 5,500 pekerja secara langsung manakala 100,000 pekerja lagi secara tidak langsung, Afghan Wireless ialah salah satu majikan terbesar di seluruh Afghanistan, dan turut merupakan peneraju dalam menyediakan penyelesaian komunikasi wayarles dan jalur lebar kepada pelanggan kediaman serta perniagaan. Maklumat tambahan boleh didapati di www.afghan-wireless.com.
Latar belakang Yayasan Bayat
Sejak tahun 2005, Yayasan Bayat, organisasi amal 501 c(3), telah menggalakkan kesejahteraan rakyat Afghanistan. Setelah ditubuhkan dan dipimpin oleh Ehsan Bayat dan Fatema Bayat, Yayasan itu telah menyumbang kepada lebih 200 projek yang dikhususkan untuk menambah baik kualiti kehidupan bagi golongan belia, wanita, warga miskin dan juga warga emas Afghanistan. Antara projeknya termasuklah pembinaan kemudahan baharu dan infrastruktur mampan di daerah yang memerlukannya, serta usaha menggalakkan kesihatan, pendidikan, ekonomi serta program budaya. Bagi maklumat lanjut, sila hantar e-mel kepada info@bayatfoundation.org.
HUBUNGI: Montgomery Simus, m.simus@tsiglobe.com +1 702 809 6772