omniture

CAMON 20 Series TECNO Akan Datang Rangkul MUSE Design Awards 2023 Berprestij

TECNO MOBILE
2023-05-05 11:20 66

CAMON 20 Series baharu akan dilancarkan pada Mei 2023 dengan reka bentuk dekonstruksionis tiga dimensi unik yang dipuji secara sebulat suara oleh para hakim MUSE Design Awards 2023.

HONG KONG, 5 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, CAMON 20 Series yang akan datang daripada jenama teknologi inovatif TECNO merangkul MUSE Design Awards 2023 yang berprestij sebagai pemenang emas dalam kategori Reka Bentuk Produk Telekomunikasi. CAMON 20 Series daripada TECNO, terkenal dengan reka bentuk bergaya perintisnya, sekali lagi dipuji secara sebulat suara oleh para hakim MUSE Design Awards 2023 hasil daripada reka bentuk dekonstruksionis CAMON PUZZLE yang pertama dalam industri ini. Kemenangan ini menggambarkan selanjutnya kekuatan TECNO dalam reka bentuk produk tatkala syarikat ini terus meraih pengiktirafan daripada pakar-pakar antarabangsa yang mantap kedudukannya. Peranti pemenang anugerah ini dijadualkan untuk dilancarkan pada Mei tahun ini.

Pemenang Emas MUSE Design Awards 2023 TECNO CAMON 20 Series
Pemenang Emas MUSE Design Awards 2023 TECNO CAMON 20 Series

Diadakan oleh International Awards Association (IAA), MUSE Design Awards ialah salah satu anugerah antarabangsa yang paling berpengaruh dalam bidang reka bentuk global, terkenal dengan sistem penghakimannya yang ketat dan kriteria berkualiti tinggi. Anugerah ini memberi tumpuan pada penerokaan keindahan artistik dan inovasi reka bentuk, dengan matlamat untuk memupuk "sumber inspirasi reka bentuk" dan menggalakkan inovasi global dan kecemerlangan reka bentuk. MUSE Design Awards pada tahun ini menerima lebih 6,300 penyertaan dari negara-negara seluruh dunia dan diadili oleh panel juri yang terdiri daripada 51 hakim berkepakaran daripada bidang-bidang kreatif dan diterajui reka bentuk dari seluruh dunia.

"Industri-industri telah melalui perubahan yang ketara selama bertahun-tahun, namun dengan adanya peserta-peserta ini yang menunjukkan keupayaan mereka untuk beradaptasi dan mengatasi, pastinya mengejutkan dan memberi galakan kepada pasukan kami di IAA," kata jurcakap IAA Thomas Brandt, "Kami meraikan reka bentuk yang bagus dalam semua bentuknya dan TECNO CAMON 20 Series menggamit perhatian kami dengan perhatiannya yang luar biasa pada perincian, ketukangan yang hebat dan kualiti reka bentuk inovatif, menjadikannya pemenang yang layak untuk Anugerah Emas kami."

Diinspirasikan oleh genre dekonstruksionisme seni bina pascamoden, TECNO menggabungkan konsep estetika jenama-jenama fesyen antarabangsa dan pereka-pereka perintis untuk mencipta reka bentuk CAMON PUZZLE yang unik. TECNO mencuba buat kali pertama untuk mengukir dengan 20 rusuk tidak sekata dengan bahan penutup belakang bercorak laici mewah tiga dimensi Magic Skin sementara seramik nanohabluran gred-nilam diintegrasikan ke dalam pembinaan penutup belakang peranti ini. Kombinasi antara bahan-bahan termaju dan falsafah reka bentuk yang berani ini mencabar bahasa reka bentuk telefon pintar tradisional dan membolehkan pengguna CAMON 20 untuk memberi kenyataan yang bergaya.

Pastinya, tumpuan bukanlah pada estetikanya sahaja, tetapi juga pada pengalaman pengguna. Material terbaru Magic Skin yang diaplikasikan pada CAMON 20 Series menonjolkan yang terbaik daripada reka bentuk dekonstruksionis, mencipta keselesaan yang luar biasa dengan tekstur taktil semula jadi yang tidak meninggalkan cap jari. Dengan penampilan yang unik dan bahan-bahan berkualiti tinggi, CAMON 20 Series membawakan standard reka bentuk industri ke era baharu dengan mendapat pujian tinggi daripada juri MUSE serta menonjolkan kedudukan TECNO sebagai perintis dalam reka bentuk telefon pintar.

Untuk sebarang pertanyaan media yang berkaitan, sila hubungi pr.tecno@tecno-mobile.com

Latar Belakang TECNO

TECNO ialah jenama teknologi inovatif dengan operasi di lebih 70 negara dan wilayah merentas lima benua. Sejak pelancarannya, TECNO telah merevolusikan pengalaman digital dalam pasaran global baru muncul, mendorong tanpa henti penyepaduan yang sempurna antara reka bentuk estetika kontemporari dengan teknologi terkini. Hari ini, TECNO membangun menjadi peneraju yang diiktiraf dalam pasaran sasarannya, menyampaikan inovasi termaju melalui pelbagai jenis telefon pintar, peranti boleh pakai pintar, komputer riba dan tablet, sistem operasi HiOS dan produk rumah pintar. Berpandukan intipati jenamanya "Stop At Nothing", TECNO komited untuk meneroka teknologi terbaik dan terbaru untuk individu-individu berpandangan jauh. Dengan mencipta produk pintar yang bergaya, TECNO memberi inspirasi kepada pengguna seluruh dunia agar tidak pernah berhenti menjadi diri mereka yang terbaik dan mengejar masa depan mereka yang terbaik. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang rasmi TECNO: www.tecno-mobile.com

 

Source: TECNO MOBILE
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Mobile Entertainment Retail Telecommunications Awards