omniture

APR Energy tandatangani kontrak industri terbesar, menggunakan teknologi turbin mudah alih bagi memberi kuasa kepada operasi perlombongan di Pasifik Selatan

APR Energy
2014-03-27 21:08 101

-- Projek penjanaan kuasa berskala besar kedua telah diumumkan oleh APR Energy di rantau Asia Pasifik pada bulan lepas

JACKSONVILLE, Florida, 27 Mac 2014 /PRNewswire/ -- APR Energy, peneraju global dalam bidang penyelesaian kuasa pantas, hari ini mengumumkan ia telah menandatangani kontrak turbin gas mudah alih bagi menyediakan kuasa yang pantas kepada pelanggan perindustrian di Pasifik Selatan. Loji tersebut akan menempatkan turbin gas mudah alih yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 60MW dengan jaminan dan akan memberi kuasa kepada operasi perlombongan pelanggan.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120207/FL48583LOGO

Loji turbin mudah alih yang menjimatkan bahan api milik APR Energy ini merupakan penyelesaian pilihan pelanggan, serta menepati keperluan pelepasan Kesatuan Eropah (EU) yang ketat dan dapat disesuaikan menurut kekangan ruang yang mencabar di tapak perlombongan. Loji APR Energy akan dikuasakan oleh diesel dan turut menawarkan keanjalan pertukaran kepada gas asli dengan lancar, jika perlu.  

Projek ini turut merupakan pertambahan kepada rekod pencapaian APR Energy dalam sektor industri ekstraktif yang merangkumi kejayaan projek kuasa di Mozambique, Guatemala, dan juga Botswana. Ia juga merupakan kontrak turbin berskala besar kedua syarikat itu berikutan kerjasama strategiknya bersama GE dan pemerolehan perniagaan sewa kuasa GE pada bulan Oktober tahun lalu. Loji ini turut dijangka akan memulakan operasinya pada akhir suku kedua tahun 2014 dan berjalan sehingga akhir tahun 2015.

"Kami amat berbesar hati dapat menandatangani kontrak kami yang paling besar dalam sektor perindustrian," kata John Campion, Ketua Pegawai Eksekutif, APR Energy. "Ini merupakan kontrak kedua bagi kuasa berskala besar yang pernah kami tandatangani pada bulan lalu dan bersama-sama projek Myanmar yang telah diumumkan pada bulan Februari turut menambahkan pertumbuhan pantas yang sedang dicapai di rantau Asia Pasifik dalam tempoh beberapa bulan ini. Projek ini mencerminkan kepelbagaian yang ditawarkan oleh turbin gas mudah alih kepada para pelanggan kami dan turut menunjukkan teknologi ini boleh diaplikasikan bukan sahaja untuk kemudahan, malah juga untuk pelanggan perindustrian."

Clive Turton, Naib Presiden APR Energy Asia Pasifik berkata, "Teknologi turbin mudah alih kami menyediakan keseimbangan terbaik bagi kawalan pelepasan, jejak dan juga penjimatan bahan api untuk para pelanggan. Kesemua faktor tersebut merupakan faktor penting yang amat dititikberatkan oleh pelanggan tertentu ini. APR Energy mempunyai matlamat untuk menyediakan pilihan yang paling banyak daripada segi teknologi penjanaan dalam industri ini, manakala projek kami di rantau ini kini merangkumi loji turbin mudah alih yang dikuasakan sama ada oleh gas asli atau diesel, di samping loji enjin salingan gas dan juga loji enjin salingan diesel."

Latar Belakang APR Energy

APR Energy merupakan perniagaan kuasa turbin mudah alih pantas yang menerajui di dunia. Kami menyediakan kuasa yang berskala besar dan pantas dengan menyediakan akses pantas kepada tenaga elektrik yang andal untuk para pelanggan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja mereka memerlukannya. APR menggabungkan teknologi terkini yang menjimatkan bahan api dengan kepakaran yang menerajui industri bagi menyediakan loji kuasa siap guna yang berskala, boleh disesuaikan, dan juga diatur kedudukan dengan pantas. APR Energy berkhidmat untuk segmen kemudahan serta perindustrian, lalu menyediakan penyelesaian penjanaan kuasa kepada para pelanggan dan juga masyarakat di serata dunia, dengan keutamaan diberikan kepada Afrika, Amerika, Asia Pasifik dan juga Timur Tengah. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web syarikat di www.aprenergy.com.

Source: APR Energy
Related Links:
Keywords: Electrical Utilities Gas Oil/Energy Utilities Contracts