omniture

David Breashears Kemuncak Persidangan Global STAR 2014 Terlaris

CD-adapco
2014-03-27 22:00 109

- Persidangan Global STAR CD-adapco tahun ini telah berlangsung di Vienna, Austria

NEW YORK dan LONDON, 27 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Tema Persidangan Global STAR CD-adapco 2014 ialah "Sistem Simulasi". Ketika memberi ucapan alu-aluan, Presiden CD-adapco, Steve MacDonald berkata, "Beberapa tahun yang lalu, kami bertungkus-lumus untuk memenuhkan ruang tunggal sahaja dan kesemua pembentangan merupakan pembentangan kakitangan CD-adapco. Pada tahun ini, kami berjaya mengadakan persidangan selama tiga hari, dengan keluasan enam trek yang selari berserta lebih 130 pembentangan daripada seluruh pelosok industri ini."

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20110623/MM25604LOGO

Perkembangan persidangan ini turut mencerminkan pertumbuhan CD-adapco itu sendiri. MacDonald menjangka CD-adapco akan menjadi syarikat yang bernilai $200 juta menjelang akhir tahun fiskal 2014. Walaupun CD-adapco terus menjana keuntungan secara konsisten, strategi yang digunakan setakat ini ialah menggunakan wang yang diperoleh itu untuk pembangunan produk perisian, terutamanya alat simulasi utama kami, STAR-CCM+. MacDonald mendedahkan dalam tempoh 12 bulan akan datang, sebahagian penting daripada sumber pembangunan ini akan digunakan khusus untuk menambahkan keupayaan Finite Element kepada penyelesai Finite Volume sedia ada menerusi STAR-CCM+. "Ini akan membolehkan CD-adapco untuk mengatur penggunaan perisian kami dalam sesuatu organisasi secara keseluruhannya, tanpa mengira betapa besarnya sesuatu organisasi itu, lalu memenuhi semua keperluan simulasi mereka hanya dengan menggunakan alat tunggal sahaja," kata MacDonald.

David Breashears, pendaki, pengembara dan juga pembikin filem, merupakan Pembentang Ucap Dasar di persidangan tersebut. Pembentangan beliau yang mempesonakan berkisar tentang usaha memacu kejayaan menerusi kerja berpasukan dan kepentingan kepimpinan, pengurusan sumber serta pilihan peralatan bagi mengatasi pelbagai cabaran yang paling sukar. Para hadirin diberi kefahaman tentang kepentingan untuk mengenal pasti kepelbagaian "kesilapan" dalam menyusun atur sesuatu misi yang kritikal.

Persidangan Global STAR juga merupakan acara rasmi bagi pelancaran STAR-CCM+ v9 yang merupakan versi terkini yang paling hebat bagi alat simulasi utama CD-adapco. Jean-Claude Ercolanelli, Naib Presiden Kanan Pengurusan Produk, mengakhiri ucapan beliau dengan perancangan masa depan bagi pembangunan produk CD-adapco pada tahun seterusnya dan ini termasuklah paparan ringkas tentang keupayaan Finite Element seperti yang telah diumumkan oleh MacDonald sebelumnya.

Para hadirin telah mempelajari secara terus daripada para pakar menerusi beberapa kursus latihan STAR-CCM+ dan turut dilengkapi dengan pelbagai petua dan cara untuk menjadikan proses CAE masing-masing lebih berkesan.

Pembentangan persidangan yang diluluskan boleh didapati menerusi laman web CD-adapco (http://www.cd-adapco.com/conference_video) tidak lama lagi.

Persidangan Global STAR 2015 dijangka akan berlangsung pada bulan Mac depan di San Diego, California.

Maklumat Perhubungan Akhbar

Lauren Gautier, CD-adapco
lauren.gautier@cd-adapco.com
+1-248-277-4600

Source: CD-adapco
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Trade show news