omniture

Terokai Bakat Global Seluruh Dunia dalam Tapak Tangan Anda dengan Nokia MixRadio, Kini Boleh Didapati di China

Nokia MixRadio
2014-03-28 08:01 137

BEIJING, 28 Mac 2014 /PRNewswire/ --

Hari ini Nokia melancarkan perkhidmatan penstriman muzik percuma Nokia MixRadio dalam kempen agar dapat menarik perhatian peminat muzik di China. Nokia MixRadio akan memberikan pengalaman mendengarnya yang tersendiri dan tersuai khusus kepada populasi terbesar di dunia itu, lalu membolehkan para pendengar di China mendapatkan muzik yang paling popular dalam carta China termasuklah lagu serta penyanyi yang paling baharu dan diminati ramai dari seluruh dunia.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140328/677638 )

Nokia MixRadio menumpukan usaha untuk membawakan lebih banyak muzik kepada lebih ramai orang dengan menyasarkan untuk menyediakan penemuan muzik ke dalam dan ke luar China, berkongsi kegembiraan menikmati penerokaan muzik peribadi di seluruh dunia. Dengan ciri PlayMe, MixRadio memberikan saluran muzik peribadi tersendiri untuk setiap pendengar daripada portfolio global yang terdiri daripada lebih 30 juta lagu. Dengan hanya satu sentuhan butang, para pengguna boleh menstrimkan muzik berterusan yang disesuaikan mengikut cita rasa mereka dan boleh mendengar senarai lagu itu secara luar talian bagi cara yang mudah untuk menikmati muzik di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.

Para pengguna dapat menemui muzik baharu melalui ratusan gabungan yang dicipta oleh pakar muzik serta selebriti. Nokia MixRadio sedang bekerjasama dengan pemuzik tempatan yang berpengaruh termasuklah Khalil Fong, Tia Ray dan juga DJ Wordy bagi mengumpul senarai lagu muzik China yang terbaik, daripada artis ikonik sehinggalah bakat baharu terbaik. Semua senarai lagu ini boleh didapati di serata dunia agar peminat muzik boleh menemui dunia muzik yang serba baharu, melalui perkhidmatan yang bebas daripada iklan, pendaftaran atau langganan.

Jyrki Rosenberg, Naib Presiden, Hiburan, Nokia, berkata: "Hari ini kami mahu menjadikan misi kami jelas, untuk menyediakan yang terbaik dalam muzik global melalui perkhidmatan penstriman muzik peribadi yang paling ringkas. China ialah pasaran muzik yang besar dan sentiasa berubah-ubah serta memang tempat yang menguja bagi yang melibatkan diri dalam muzik."

"Nokia percaya muzik mestilah merentasi sempadan dan boleh saling bertukar pada peringkat global. Selain membawakan muzik Barat yang terbaik ke Timur, Nokia MixRadio akan bertindak sebagai platform antarabangsa bagi artis tempatan berkongsi muzik mereka dengan seluruh dunia. China mempunyai warisan yang begitu besar dalam muzik."

Khalil Fong menyertai Nokia MixRadio bagi acara pelancarannya di ruang seni MOMA di Beijing. Beliau bakal mempersembahkan lagu baharu kepada 200 peminat beliau yang paling setia, bersama-sama dua artis saranan beliau, Tia Ray dan juga Muma & Third Party.

Nokia MixRadio boleh didapati oleh pemilik Nokia Lumia di 31 negara, lalu menjadikannya perkhidmatan penstriman tersuai khusus yang paling global di dunia. Ia boleh dimuat turun hari ini di http://www.windowsphone.com/store

Latar belakang Nokia MixRadio

Nokia MixRadio memberikan saluran muzik peribadi tersendiri kepada para pengguna: gabungan tersendiri muzik strim yang disesuaikan mengikut cita rasa muzik mereka sendiri. Ada ratusan gabungan muzik yang dikumpulkan oleh pasukan pakar muzik merentasi pelbagai genre. Nokia MixRadio adalah percuma sepenuhnya tanpa sebarang iklan, tidak memerlukan sebarang pendaftaran atau langganan dan turut memberikan pilihan kepada para pengguna untuk memuat turun gabungan lagu bagi dinikmati secara luar talian. Nokia MixRadio turut menawarkan MixSharing (akan datang di China) yang membolehkan gabungan lagu dikongsi melalui media sosial atau melalui e-mel mahupun SMS, lalu membantu orang ramai menemui dan turut menikmati lebih banyak muzik hebat.

Nokia MixRadio boleh didapati di Australia, Austria, Brazil, Kanada, China, Finland, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Ireland, Itali, Malaysia, Mexico, Belanda, Norway, Poland, Portugal, Rusia, Arab Saudi, Afrika Selatan, Singapura, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Thailand, Turki, Emiriah Arab Bersatu, UK, AS serta Vietnam.

Bagi maklumat lanjut, sila lawati http://nokia.com/mixradio atau ikuti #nokiamixradio dan @nokiamixradio

Hubungi:

Katy Hall
+447912556226
Katyh@thisismission.com

Sumber: Nokia MixRadio

Source: Nokia MixRadio
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Music New products/services