omniture

BENY bakal Dedahkan Penyelesaian Penutupan Pantas Terkini di SNEC

BENY
2023-05-06 02:44 39

WENZHOU, China, 6 Mei 2023 /PRNewswire/ -- BENY, pengeluar komponen keselamatan fotovolta yang terkemuka, bersedia untuk mempamerkan penyelesaian penutupan pantas peringkat modulnya yang terkini, BFS-21/22, di pameran SNEC pada 25 Mei. Aksesori penyongsang berprestasi tinggi ini meningkatkan kecekapan dan keselamatan sistem panel solar dan membawakan teknologi canggih untuk mencapai pensuisan pantas, keandalan tinggi, penggunaan kuasa yang rendah dan kos rendah.


Direka bentuk untuk sistem PV, BFS-21/22 ialah peranti penutupan pantas tahap komponen berprestasi tinggi yang menggunakan teknologi komunikasi PLC bagi menjamin operasi sistem PV yang selamat. Siri BFS-21 menggunakan bekalan kuasa panel PV dan kawalan isyarat PLC yang menghapuskan keperluan terhadap pendawaian talian kuasa tambahan, lalu memberikan kesederhanaan dan kemudahan. Siri BFS-22, sebaliknya menggunakan bekalan kuasa luar, mencapai kelajuan pensuisan yang lebih pantas, lalu menjadikannya ideal untuk aplikasi yang memerlukan kelajuan

Produk siri BFS-21/22 boleh digunakan pada pelbagai sistem PV, termasuk loji janakuasa PV isi rumah, komersial dan berskala besar. Siri BFS-21 terutamanya menawarkan bekalan kuasa panel PV dan kawalan isyarat PLC yang memberi kemudahan penggunaan. Produk ini telah menjalani proses pensijilan UL dan pensijilan SunSpec, seraya menunjukkan produk yang berkualiti tinggi, andal dan boleh disesuaikan yang dapat digunakan pada pelbagai sistem PV.

Prestasi BFS-21/22 adalah luar biasa, dengan pensuisan pantas, keandalan tinggi, penggunaan kuasa yang rendah dan kos rendah. Khususnya, dari segi penutupan pantas, BFS-21/22 mencapai operasi penutupan beberapa milisaat, bagi memastikan operasi sistem yang selamat.

BENY turut menawarkan pelbagai produk dan penyelesaian keselamatan untuk sistem PV, seperti suis DC Isolator, pemutus DC Circuit dan pelindung pusuan DC, menyediakan pertahanan keselamatan yang komprehensif untuk sistem fotovolta, mengurangkan potensi bahaya keselamatan dan meningkatkan keandalan serta kestabilan. Tatkala sistem fotovolta menjadi semakin popular dan canggih dari segi teknologinya, perlindungan keselamatan untuk sistem sedemikian menjadi isu yang semakin mendesak.

Latar Belakang BENY

Ditubuhkan pada tahun 2011, BENY New Energy ialah pengeluar komponen pelindung terkemuka yang menyampaikan nilai pada setiap peringkat dalam rantai bekalan solar. Syarikat ini menawarkan produk dan penyelesaian keselamatan fotovolta yang dapat memenuhi keperluan pemilik rumah, perniagaan, pengeluar elektrik dan pelabur tenaga boleh baharu di peringkat global. Dengan rekod prestasi 30 tahunnya dalam teknologi elektronik kuasa, perniagaan pengecas EV BENY menampilkan keupayaan perlindungan tinggi, kecekapan premium dan teknologi inovatif mesra pengguna. BENY komited untuk menyediakan produk dan penyelesaian keselamatan fotovolta sofistikated, menyumbang kepada pembangunan sistem fotovolta yang mampan. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.beny.com

 

 

 

 

Source: BENY
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities New products/services