omniture

Pereka GWM Buka Rahsia Di Sebalik "Estetika Kehidupan ORA EGG"

GWM
2023-05-06 11:03 41

BAODING, China, 6 Mei 2023 /PRNewswire/ -- GWM memperkenalkan beberapa kenderaan tenaga baharu yang amat dinanti-nantikan di Auto Shanghai 2023. Apakah sorotan daripada model-model ini dari segi reka bentuk? Selepas sidang media, Andrew Dyson, Naib Presiden Reka Bentuk GWM, berbicara tentang falsafah reka bentuk dan pembangunan masa depan model-model GWM generasi seterusnya, dengan mengambil GWM ORA sebagai contoh.

 

GWM mempercepatkan proses transformasi tenaga baharu dan pintar, yang melaluinya penting untuk mencari jalan bagi mencerminkan nilai jenama "Go With More" ("Mara Dengan Lebih Lagi") menerusi reka bentuknya. Andrew Dyson memperkenalkan bahawa "Life • Energy" ("Kehidupan • Tenaga"), falsafah reka bentuk generasi produk GWM semasa, menyuntik falsafah "abadi" dan emosi kehidupan yang kuat ke dalam industri automobil. Ia komited mengejar kesempurnaan dan kecantikan semula jadi pada reka bentuk untuk meningkatkan persepsi jenama ini.

Berdasarkan kepada hal ini, pasukan reka bentuk GWM ORA telah mengekstrak keindahan struktur yang abadi, keindahan kedamaian yang lembut dan keindahan kehidupan yang mulia dengan menggunakan metafora unik "telur", lantas membawa kepada penciptaan estetika kehidupan ORA EGG.

Reka bentuk merupakan perkara pertama yang pengguna sedari dan selami di dalam jiwa. Justeru itu, mencari jalan untuk memenuhi permintaan terhadap reka bentuk kenderaan tenaga baharu harus menjadi keutamaan tertinggi. Andrew Dyson mendedahkan bahawa rahsia GWM terletak pada menterjemahkan permintaan pengguna untuk pemperibadian kepada bahasa reka bentuk yang inovatif sambil tetap memberi tumpuan kepada pengalaman pengguna.

"Telur ialah struktur yang sempurna dan sangat cantik, berserta lengkung yang rapi sifatnya. Permukaan cembungnya mampu menahan daya 120 kali ganda daripada beratnya. Mengambil inspirasi daripada lengkung berbentuk telur yang unik dan prinsip daya yang tersebar pada kulit telur, pasukan reka bentuk kami menjelmakan struktur badan pepejal yang menyeluruh untuk keselamatan digabungkan dengan rupa yang elegan. Pasukan reka bentuk ORA mengintegrasikan konsep-konsep ini kepada bahasa reka bentuk unik model, menyampaikan daya kreativiti melalui ekspresi personaliti," jelas Dyson.

Susuk bentuk model-model ORA diilhamkan oleh bentuk telur. Estetika kehidupan ORA EGG menjadikan dapra depan yang jelas dan lampu utama berbentuk bulat berfungsi dengan harmoni. Bahagian belakang model jatuh ke bawah dengan lengkungan yang anggun. Bentuk bulat juga diaplikasikan pada panel instrumen, panel pintu bersepadu dan tempat duduk yang selesa. Terdapat banyak bahan yang mesra alam. Reka bentuk dalaman menyajikan rasa kebebasan dan kedamaian kepada pengguna.

Dyson berkata ORA komited untuk mencipta pengalaman yang tenang dan santai serta ruang yang selesa untuk pemilik kereta berehat dan bersantai.

GWM ialah jenama dengan sejarah yang kaya dalam pembuatan kereta dan langkah yang bersemangat menuju transformasi tenaga baharu. Selain mewarisi intipati reka bentuk terdahulu, ia terus menginovasi falsafah reka bentuk dengan pengalaman pengguna sebagai terasnya. Jenama ini akan memperkenalkan bahasa reka bentuk yang lebih pelbagai dalam model-model lain yang dikeluarkan secara besar-besaran pada masa akan datang.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Alternative Energies Auto Banking/Financial Service Environmental Products & Services Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation Utilities