omniture

Pelancaran Baharu GAC MOTOR Cetuskan Gelombang di MIAS 2023

GAC MOTOR
2023-05-06 11:02 75

GUANGZHOU, China, 6 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Filipina telah menjadi pasaran terkini mengalu-alukan kenderaan GAC MOTOR serba baharu dengan pelancaran EMKOO, SUV terbaharu jenama ini dan EMPOW semasa hari pembukaan Pameran Auto Antarabangsa Manila (Manila International Auto Show, MIAS) 2023.

(PRNewsfoto/)
(PRNewsfoto/)

Negara berkenaan menyaksikan banyak jenama kereta mengambil bahagian dalam ruang berkeluasan 200K meter persegi di World Trade Centre Metro Manila, yang menarik minat lebih daripada 120,000 pelawat ke acara empat hari itu.

Bertemakan "Membentuk Mobiliti" ("Shaping Mobility"), pameran tersebut menekankan kepentingan teknologi yang inovatif dan pendirian berpandangan jauh terhadap kenderaan masa depan.

GAC MOTOR membawa lima model untuk mempamerkan rangkaian penuh kenderaannya yang padat dengan teknologi dan berkualiti tinggi ke pasaran Filipina.

Selain daripada EMKOO dan EMPOW yang baru dilancarkan, jenama ini mempamerkan SUV kompak GS4 yang serba boleh dan andal, MPV GN6 yang luas dan amat selesa serta SUV GS8 Serba-Baharu premium dan berkuasa yang dilancarkan baru-baru ini.

Pelancaran Baharu: EMKOO dan EMPOW

EMKOO ialah sebuah SUV kompak 5-tempat duduk ultra-moden. Menerusi bahagian depan tanpa sempadan dengan permukaan geriji berbentuk-V, reka bentuk kereta yang bergaya ini diserikan dengan lampu utama berkuasa-LED dan DRL yang boleh diprogramkan untuk menyala secara individu dan berurutan bagi memberi pengalaman visual.

Sementara itu, EMPOW dicirikan oleh garisan futuristik dan rupa bentuk bergaya seakan-akan kereta berotot yang memberi gaya yang agresif kepada EMPOW. Bentuk yang dipahat dan unsur-unsur reka bentuk menggamit perhatian mentakrifkan profil bergayanya, manakala bahagian dalamnya, prestasi dan teknologi pemanduan direkayasa untuk mengujakan deria.

"Pelancaran pada hari ini memulakan era baharu perjalanan moden melalui visi masa depan GAC MOTOR. Kami teruja untuk mengubah keadaan dalam segmen ini dengan penambahan terkini ini kepada barisan kenderaan kami yang semakin berkembang," kata Jun Cajayon, Ketua Jenama Astara Philippines, pengedar GAC MOTOR di negara tersebut.

Pasaran Filipina yang Semakin Berkembang

Filipina merupakan pasaran yang penting untuk GAC MOTOR di rantau Asia Tenggara.

Baru-baru ini, GAC MOTOR Philippines menamatkan suku pertama tahun 2023 dengan jualan mencatat rekod. Pertumbuhan ini dipacu oleh permintaan terhadap kenderaan dengan kualiti yang lebih tinggi dan ciri-ciri teknologi dipertingkatkan yang tersedia dalam barisan GAC MOTOR.

GAC MOTOR mewujudkan kehadiran yang mantap di negara ini, yang diperkukuhkan oleh kolaborasinya dengan Astara. Pada masa akan datang, jaringan bilik pameran dan pusat servis GAC yang semakin berkembang akan terus memenuhi komitmen GAC MOTOR untuk menyampaikan kenderaan yang bertaraf dunia ke pasaran tempatan.

 

Source: GAC MOTOR
Keywords: Auto Computer/Electronics Transportation New products/services Trade show news