omniture

WIZ.AI Lancar Model Bahasa Besar perintis untuk vertikal perniagaan

WIZ.AI
2023-05-08 09:10 43

SINGAPURA, 4 Mei 2023 /PRNewswire/ -- WIZ.AI, peneraju natif-AI berpangkalan di Singapura dalam penglibatan pelanggan omnisaluran, hari ini mengumumkan pelancaran Model Bahasa Besar (Large Language Model, LLM) pertamanya yang boleh disesuaikan untuk vertikal perniagaan. Ini merupakan inovasi terkini dalam pertumbuhan berterusan WIZ.AI sebagai sebuah syarikat natif-AI sejak penubuhannya pada tahun 2019. Penyelesaian WIZ.AI mengautomasikan ratusan juta interaksi pelanggan setiap hari, menawarkan perkhidmatan kepada lebih 200 perniagaan merentas pelbagai industri seperti perbankan dan kewangan, insurans, FMCG, e-dagang, telekomunikasi dan penjagaan kesihatan di lebih 15 negara.

LLM Khusus-Domain WIZ.AI
LLM Khusus-Domain WIZ.AI

Pelancaran WIZ.AI untuk LLM khusus-domain perintis mereka mentakrifkan semula AI lebih daripada sekadar alatan kecekapan dan penjimatan kos, memberi kedudukan kepadanya sebagai penasihat perniagaan yang merapatkan jurang antara manusia dan teknologi. Dengan menggunakan LLM tersuai bertumpukan perniagaan, syarikat-syarikat boleh membuka kunci pustaka baharu aliran kerja berkuasa AI yang saling terhubung. Hal ini menjanjikan untuk membentuk masa depan kerja, dengan AI turut berada di samping manusia sebagai pembantu pemandu. Dengan adanya LLM yang ditempah khas, perniagaan boleh menerima sepenuhnya AI dan menggunakannya untuk merevolusikan operasi mereka, mendorong industri-industri ke tahap baharu.

LLM Perusahaan Pertama Seumpamanya (LLM)

LLM WIZ.AI, tidak seperti model-model tujuan am, direka bentuk untuk vertikal perniagaan tertentu. LLM buatan khas cemerlang dalam dialog automatik, tugasan, bantuan pintar dan menyediakan pandangan daripada data proprietari. Ia menukarkan data mentah, khusus-industri kepada maklumat berharga, membolehkan AI berfungsi dengan berkesan di samping manusia. Bot boleh mengenal pasti tugas berkaitan peranan kritikal, memberi bantuan profesional dan mengautomasikan proses khusus-perniagaan.

LLM khusus-domain oleh WIZ.AI menyediakan kepada perusahaan dengan banyak faedah penting yang tidak disediakan oleh LLM tujuan am, iaitu:

1. Keandalan: WIZ.AI LLM menawarkan kepada perusahaan dengan LLM khusus-syarikat yang profesional dan tepat, mengemas kini dengan pantas maklumat yang kerap diminta dan maklumat proprietari atau berasaskan jenama demi ketepatan dan kekinian yang optimum.

2. Fokus Domain: Data yang berada dalam LLM disesuaikan mengikut industri atau perniagaan tertentu. Dengan adanya LLM ditempah khas, perniagaan boleh menggunakan penyelesaian AI dengan pantas dalam pelbagai senario, bermula daripada suai tugas pekerja dalaman hingga menjawab pertanyaan pelanggan.

3. Sekuriti Data: LLM dalaman unik WIZ.AI adalah eksklusif untuk setiap pelanggan tertentu, menyediakan kerahsiaan dan sekuriti data yang dipertingkat. Pendekatan ini melindungi maklumat sensitif pelanggan korporat dan rahsia perniagaan, mengelakkan kebocoran maklumat serta risiko sekuriti.

4. Kecerdasan dan Analitik: LLM tersuai, setempat boleh memanfaatkan pandangan yang lebih bernuansa daripada data tidak berstruktur termasuk ujian dan suara kerana ia memahami konteks perniagaan tertentu anda dengan lebih baik. Anda memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang keperluan pelanggan, dinamik pasaran dan peluang berpotensi untuk pertumbuhan.

Bagaimana LLM WIZ.AI memberi impak kepada industri-industri: Satu kes penggunaan FMCG

LLM WIZ.AI dapat memberi impak ke atas industri-industri pada beberapa peringkat di luar penglibatan pelanggan yang diautomatikkannya. Lihat industri FMCG sebagai contoh, dengan menerima pakai pendekatan bantuan yang lebih proaktif untuk pelanggan, WIZ.AI Talkbots membantu kenaikan penjualan lebih banyak unit penyimpanan stok (SKU). LLM meningkatkan ketepatan dalam perbualan mengambil-pesanan sambil memastikannya berciri seakan-akan manusia, yang mengurangkan dengan ketara waktu bekerja yang dihabiskan untuk mengunjungi pelanggan bagi mengambil pesanan.

Proses menyemak-pesanan juga mendapat manfaat daripada LLM WIZ.AI kerana ia menyemak maklum balas pelanggan secara automatik semasa dialog dan mencetuskan pengesahan semula bagi menjamin penghantaran yang tepat. Di samping itu, pandangan lebih mendalam yang diperoleh daripada data dialog tidak berstruktur membolehkan pelanggan FMCG meningkatkan produk dan proses perolehan mereka. Penyelesaian yang komprehensif ini bukan sahaja membantu mengelakkan kehabisan stok SKU, tetapi juga meningkatkan nilai barangan kasar (GMV).

Memperkasa transformasi AI

WIZ.AI menyasarkan untuk mengalihkan perniagaan daripada transformasi digital kepada transformasi kecerdasan, memfokuskan untuk memanfaatkan AI bagi mengautomasikan tugas rumit, menambah baik proses pembuatan keputusan dan mengintegrasikan analitik dan pandangan berpandukan AI untuk perancangan strategik dan kecekapan operasi. Dengan menyediakan penyelesaian dalam format Model-sebagai-satu-Perkhidmatan, WIZ.AI menjadikan produk berasaskan AInya lebih mudah diakses untuk perniagaan daripada semua saiz.

"Masa depan kerja ialah masa depan yang melaluinya AI bertindak sebagai pembantu pemandu, berfungsi lancar di samping manusia. Dengan LLM ditempah khas kami, perniagaan dapat menerima sepenuhnya potensi AI, merevolusikan prosesnya dan mendorong industri-industri ke hadapan. Visi kami adalah untuk mencipta dunia di mana penyelesaian AI tersuai memperkasa perniagaan untuk membuat keputusan lebih pintar, mengautomasikan tugas rumit dan memacu pandangan bermakna," kongsi Jennifer Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama WIZ.AI.

Masa depan ini boleh dicapai dan berpotensi untuk benar-benar mentransformasikan Asia Tenggara – satu transformasi perintis yang dipacu oleh kecerdasan buatan.

Maklumat lanjut tentang WIZ.AI

WIZ.AI, peneraju global berpangkalan di Singapura dalam AI suara perbualan, merevolusikan komunikasi B2C dengan penyelesaian penglibatan pelanggan termaju, hiper-diperibadikan, omnisalurannya. Didorong oleh pasukan teknologi tempatan yang berbakat, platform pintar WIZ.AI memudahkan lebih seratus juta interaksi pelanggan automatik setiap jam, mengupayakan khidmat pelanggan yang luar biasa dan ROI perniagaan yang kukuh. Dengan kehadiran antarabangsa yang semakin berkembang, syarikat ini memenuhi keperluan lebih 200 pelanggan daripada pelbagai jenis industri, merentas 15 negara, dengan syarikat-syarikat Fortune 500 dan syarikat-syarikat pemula unikorn menyumbang sebanyak 60% daripada kumpulan pelanggannya.

Source: WIZ.AI
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services