omniture

LKKHPG Raih "Anugerah CSR Cemerlang" bagi Tahun ke-3 Berturut-turut

LKK Health Products Group
2014-03-28 17:33 151

HONG KONG, 28 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Pada 21 Mac, LKK Health Products Group (LKKHPG) telah diberi penghormatan menerusi "Anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat Cemerlang" yang diraih selama tiga tahun berturut-turut pada Majlis Penyampaian Anugerah anjuran The Mirror.

Sejak tahun 2012, The Mirror telah menganjurkan pemilihan bagi "Anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat Cemerlang" tahunan dan LKKHPG berjaya meraih anugerah tersebut pada setiap tahun. LKKHPG percaya Tanggungjawab Sosial Korporat (TSK) [Corporat Social Responsibility] merupakan kewajipan sesebuah syarikat. Syarikat tersebut memenuhi kewajipan ini berdasarkan enam aspek iaitu kesihatan, kualiti, pekerja, rakan kongsi, persekitaran dan juga masyarakat.

En. Harry Yeung selaku Naib Presiden Kanan LKKHPG dan jurucakap Infinitus berkata, "Kami amat berterima kasih kepada The Mirror atas penghormatan yang diberikan terhadap amalan TSK kami. Dengan mendukung nilai teras 'Si Li Ji Ren' yang bermaksud 'kepentingan semua pihak perlu diberi perhatian sebelum mengambil sebarang tindakan', LKKHPG tekal dalam melaksanakan langkah kreatif yang dapat memenuhi enam aspek TSK bagi menjamin kesinambungan perniagaan dan merealisasikan kehidupan sihat menerusi 'Tri-keseimbangan', 'Tri-kemakmuran', serta 'Tri-keharmonian'."

Pada tahun 2013, LKKHPG menghasilkan teori baharu sebagai ringkasan amalan TSK jangka panjang dan turut mencadangkan, demi kesejahteraan dan kesinambungan perniagaan, sesebuah syarikat perlu merangka serta melaksanakan inisiatif TSK dari perspektif ekologi dan bukannya dari perspektif sendiri.

Selain itu, LKKHPG turut memanfaatkan falsafah kesihatannya yang tersendiri dan menjadikan kesihatan sebagai aspek utama bagi memenuhi kewajipan TSK, berserta lima aspek yang lain. Selain menganjurkan Hari Berjalan Sedunia Infinitus selama empat tahun berturut-turut, LKKHPG turut menghasilkan panduan amalan yang ringkas dan boleh dilaksanakan yang terdiri daripada senaman, pemakanan, kehidupan serta corak pemikiran, iaitu "empat jenis peraturan" yang dicadangkan olehnya. Pada tahun 2013 juga, LKKHPG turut mempromosikan panduan amalan sebegitu dalam kalangan kakitangan dan rakan kongsi perniagaan demi "menggalakkan kehidupan yang sihat menerusi bimbingan kehidupan dan jaminan kecergasan".

Sementara itu, LKKHPG turut menitikberatkan nilai pembangunan masyarakat. Menerusi "Asas Si Li Ji Ren", LKKHPG melaksanakan beberapa siri program pada tahun 2013 bagi menyediakan sokongan kepada beberapa daerah miskin dan juga kumpulan yang mudah terjejas dari segi sosial. Salah satu daripadanya ialah "Program Sokongan Impian Pendidikan Si Li Ji Ren" yang memberi sokongan kepada para remaja dengan prestasi pembelajaran berkelayakan, daripada keluarga miskin di kawasan yang dilanda gempa bumi Ya'an, bagi memenuhi impian pendidikan mereka. Ahli korporat LKKHPG di Hong Kong, Taiwan serta Malaysia turut menganjurkan beberapa aktiviti amal pada tahun 2013 bagi membantu masyarakat.

http://www.infinitus-int.com/news-detaile-139590285060359.html?l=en

Samson Su
+86-20-3816-8859
samson.su@infinitus-int.com

SUMBER: LKK Health Products Group

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Awards Corporate Social Responsibility