omniture

Perbukitan Teres Bunga Canola di Jiangling, Wuyuan - Destinasi Pilihan Bagi Menikmati Salah Satu Pemandangan Semula Jadi Musim Bunga Terbaik Di Dunia

Jiangxi Wuyuan Tourism Co., Ltd.
2014-03-28 19:20 129

WUYUAN, China, 28 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Masa terbaik pada tahun ini bagi menikmati keindahan bunga canola yang sedang berbunga di Wuyuan adalah ketika Ekuinoks Musim Bunga. Dengan flora yang kembang mekar pada musim bunga, bunga canola yang ringkas dan tidak berhias juga merupakan pemandangan indah yang menarik perhatian ramai peminat bunga dari serata dunia. Pada hujung minggu 22 dan 23 Mac, lebih 200,000 pengunjung telah hadir bagi menyaksikan keindahan pemandangan ini.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140327/CN92069

Wuyuan yang dikenali sebagai salah satu perkampungan paling indah di China, terkenal di seluruh dunia kerana bunga canola di situ dan turut merupakan salah satu daripada empat tempat di China yang terkenal kerana keindahan botaninya. Wuyuan menempatkan bunga canola tercantik di China dan Jiangling merupakan lokasi kegemaran di Wuyuan untuk menikmati keindahan bunga ini. Bunga canola Jiangling terletak di sekitar kawasan perbukitan dan sungai, menghasilkan landskap harmoni yang terdiri daripada dinding berwarna merah jambu dihiasi dengan jubin hijau. Pemandangan memukau ini seakan-akan membentuk lukisan yang mengagumkan.

Ladang teres menghiasi cerun di sepanjang perjalanan ke puncak gunung di Jiangling. Pokok tegap yang bertapak sejak bertahun-tahun lamanya, sungai, ladang teres dan juga rumah ladang zahir dengan harmoni, lalu menghasilkan keseimbangan yang sempurna antara alam sekitar dan manusia. Jiangling merupakan lokasi foto "Heaven and Earth", yang telah meraih anugerah emas antarabangsa. Ia juga merupakan lokasi siaran langsung bagi program Sinaran Matahari Pertama China pada tahun 2014 dan juga lokasi pilihan 330 warga Singapura untuk menghabiskan masa mereka sebaik sahaja kapal terbang sewa khas mereka mendarat di lapangan terbang berdekatan.

Jiangling turut memberi peluang kepada para pengunjung untuk menikmati bunga canola yang indah ini dengan lebih dekat, lalu memperhebat pengalaman interaktif mereka. Galeri "Paradise of Strawman" dan "Happiness Wedding" di Jiangling yang memaparkan hasil seni penduduk tempatan juga kian popular dalam kalangan pengunjung.

Jiangling, Wuyuan merupakan destinasi paling tepat untuk percutian yang santai serta bagi menikmati salah satu pemandangan musim bunga semula jadi paling indah di dunia.

Yan Junming, +86-158-7093-1729 dan 1154589039@qq.com

Source: Jiangxi Wuyuan Tourism Co., Ltd.
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel