omniture

Laporan Tahunan 2022 XCMG Machinery Tonjolkan Kebingkasan dan Inovasi Teknologi Pascapandemik

XCMG Machinery
2023-05-09 08:16 32

XUZHOU, China, 9 Mei 2023 /PRNewswire/ -- XCMG Machinery ("XCMG", SHE:000425), peneraju global dalam jentera pembinaan, baru-baru ini menerbitkan Laporan Tahunan 2022nya, menunjukkan prestasi kukuh dengan hasil keseluruhan mencecah 93.817 bilion yuan dan keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham mencapai 4.307 bilion yuan. Pertumbuhan syarikat ini merupakan yang tertinggi antara pengeluar-pengeluar pembinaan Cina, menunjukkan kebingkasan dalam tempoh penyesuaian pascapandemik.

XCMG, terkenal dengan aset-aset jentera pengorekan dan perlombongan yang berkualiti tinggi, mencapai pulangan ekuiti domestik terbesar pada 8.13 peratus pada tahun 2022. "Sebagai penyedia penyelesaian jentera pembinaan dan pembangunan mampan yang terkemuka di peringkat global, XCMG berupaya mengukuhkan kelebihan strategik kami semasa kelembapan ekonomi yang menjejaskan industri ini, mengutamakan inovasi teknologi dan pengantarabangsaan dalam hala tuju strategik kami untuk berkembang dengan bingkas," kata Yang Dongsheng, Pengerusi XCMG.

Suku pertama tahun 2023 menyaksikan kejayaan yang berterusan, dengan hasil sebanyak 23.9 bilion yuan, antaranya hasil pengantarabangsaan melebihi 10.6 bilion yuan, mencipta rekod dalam sejarah suku tunggal dan menyumbang sebanyak 45% daripada hasil kendalian.

Inovasi Teknologi Memacu Pertumbuhan

XCMG melabur sebanyak 5.75 bilion yuan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) pada tahun 2022, satu peningkatan sebanyak 6.13 peratus berbanding tahun sebelumnya. Syarikat ini memiliki tenaga kerja R&D khusus seramai 5,767 orang pekerja, menyumbang sebanyak 21 peratus daripada jumlah kakitangannya.

Menjelang akhir tahun 2022, XCMG memegang 9,742 paten berlesen yang sah, termasuk 2,458 paten inovasi dan 183 paten luar negara. Syarikat ini telah mencapai lebih 20 anugerah paten China. Beberapa produk peralatan utama yang dibangunkan sendiri oleh XCMG telah mengisi jurang dalam pasaran Cina, lalu mengukuhkan kedudukan syarikat ini sebagai peneraju dalam pembuatan termaju.

Pertumbuhan Kukuh dalam Pasaran Luar Negara

Pada tahun 2022, hasil luar negara XCMG mencapai 27.838 bilion yuan, manakala pendapatan eksport berjumlah 21.63 bilion yuan, menunjukkan peningkatan 70.5 peratus. Margin keuntungan kasar antarabangsa syarikat ini mencecah 22.33 peratus, melepasi 19.32 peratus margin dalam pasaran domestik.

XCMG mengeksport ke 191 negara dan wilayah, dengan peningkatan bahagian pasaran sebanyak 2.42 peratus. Kesemua lapan rantau iaitu Asia-Pasifik, Asia Tengah, Afrika, Amerika Utara, Eropah, Asia Barat dan Afrika Utara, Oceania dan Amerika Selatan, di tempat syarikat ini beroperasi mengalami pertumbuhan signifikan pada tahun 2022. Subsidiari-subsidiari antarabangsa turut menunjukkan prestasi yang baik, dengan peningkatan hasil yang signifikan di Brazil (86.35 peratus) dan XCMG Schwing (30.33 peratus) serta peningkatan kapasiti pengeluaran di India dalam tahun pertama operasinya.

Bagi menyokong pembangunan teknologi dan strategi antarabangsanya, XCMG menubuhkan hab R&D global.

Source: XCMG Machinery
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Auto Banking/Financial Service Construction/Building Machinery Mining/Metals Transportation Earnings