omniture

Six Four Coffee dan Anchor Food Professionals Membawakan Kopi Keju Krim

Six Four Coffee
2023-05-09 08:24 13

SINGAPURA, 9 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Six Four Coffee, pemanggang kopi premium yang berpangkalan di Singapura, dengan bangganya mengumumkan kolaborasinya dengan Anchor Food Professionals, salah satu pakar produk tenusu yang terkemuka di dunia yang mencipta produk dan penyelesaian yang sesuai-dengan-tujuan buat golongan profesional perkhidmatan makanan di lebih 50 negara. Kolaborasi ini ditetapkan untuk menghasilkan resipi eksklusif dan baharu yang membawakan kopi dengan keju krim.


Six Four Coffee terkenal dengan komitmennya terhadap kopi berkualiti, diperoleh dengan teliti dan dipanggang setiap minggu dalam kelompok-kelompok kecil untuk mengeluarkan rasa unik daripada setiap biji kopi. Baru-baru ini, Six Four Coffee turut mengumumkan pengembangannya ke Malaysia. Sebaliknya pula, Anchor Food Professionals, yang mengkhusus dalam mencipta produk tenusu luar biasa yang disesuaikan untuk industri perkhidmatan makanan, diwujudkan untuk memenuhi permintaan tinggi prestasi dan kekonsistenan dari sehari ke sehari. Anchor Food Professionals menawarkan rangkaian luas produk tenusu premium dan turut menyediakan resipi yang disesuaikan dan program latihan. Cawangan Malaysia miliknya menawarkan pelbagai jenis produk tenusu yang berkualiti tinggi kepada pelanggan perkhidmatan makanan dan hospitaliti, termasuk mentega, keju, krim dan susu tepung yang digunakan secara meluas oleh cef untuk pelbagai aplikasi kulinari, bermula daripada membakar dan pastri kepada hidangan savouri dan pencuci mulut.

Kedua-dua jenama ini bersama-sama membawa kepakaran dan minat mereka untuk mencipta pengalaman kopi baharu yang pastinya akan menggembirakan peminat kopi mahupun penggemar makanan. Resipi baharu ini akan membawakan campuran kedai kopi khas Six Four Coffee, digandingkan dengan keju krim dekaden Anchor Food Professionals yang lemak rasanya.

"Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Anchor Food Professionals bagi mencipta resipi baharu yang menarik ini dan akan berusaha untuk membawa resipi ini kepada rakan-rakan kongsi runcit kami yang berminat untuk menambah latte keju krim kepada menu mereka," kata James Kee, pengasas Six Four Coffee. "Kami percaya kopi dan keju krim merupakan kombinasi yang sempurna dan kami tidak sabar-sabar untuk berkongsi resipi ini bersama lebih ramai penggemar kopi."

Bagi meraikan pelancaran resipi latte keju krim baharu dan kolaborasi, Six Four Coffee dan Anchor Food Professionals dengan gembiranya menganjurkan pemberian hadiah di Facebook dan Instagram. Promosi ini akan memberi peluang kepada 12 pemenang bertuah untuk mencuba sendiri resipi kopi dan krim keju baharu.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Six Four Coffee, termasuk produk dan perkhidmatan mereka, sila klik di sini. Ikuti halaman Facebook dan Instagram mereka untuk seleksi kopi dan petua memanggang serta tawaran produk terkini!

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Anchor Food Professionals, termasuk produk dan perkhidmatan mereka, sila klik di sini.

Latar Belakang Six Four Coffee

Six Four menandakan ketajaman penglihatan juruterbang dan pandangan jauh syarikat. Bermula dari Singapura dan berkembang ke luar negara menuju seluruh pelosok Asia dan selanjutnya, pengasas Six Four Coffee James Kee memulakan kerjaya beliau sebagai juruterbang helikopter tentera. Sepanjang 15 tahun melakukan penerbangan, James berpeluang mengembara ke pelosok dunia yang berbeza dan diperkenalkan kepada pelbagai budaya kopi. Selepas mempelajari seni membru dan memanggang kopi, James mengambil keputusan untuk menceburi industri makanan dan minuman (F&B) dengan semata-mata minat murni beliau terhadap kopi.

Hari ini, Six Four Coffee ialah pemanggang kopi yang bertapak kukuh dengan rakan-rakan kongsi di Tanah Besar China, Malaysia, Myanmar, Sepanyol dan Taiwan membawa jenama-jenama bereputasi baik mesin espreso, pengisar kopi, alatan dan aksesori.

Source: Six Four Coffee
Keywords: Beverages Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages Licensing/marketing agreements New products/services