omniture

UOB dan Lazada jalin kerjasama strategik, kembangkan ekosistem digital di Asia Tenggara menerusi tingkatan khidmat pembayaran dan kewangan

UOB
2023-05-09 09:29 36

Singapura, 9 Mei 2023 PRNewswire/ -- UOB dan Lazada Group telah memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) untuk bekerjasama dalam menawarkan produk runcit dan penyelesaian perbankan bagi gabungan pelanggan mereka dalam lima pasaran utama Asia Tenggara iaitu Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Kerjasama strategik serantau ini juga akan menyaksikan dua peneraju industri berganding bahu dalam meningkatkan akses kepada pinjaman kewangan bagi penjual e-dagang di platform Lazada.

Frederick Chin, Ketua Perbankan Borong dan Pasaran Kumpulan, UOB (kiri) dan James Dong, Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Group (kanan) di majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) di antara UOB dan Lazada untuk bekerjasama dalam menawarkan produk runcit dan penyelesaian perbankan bagi gabungan pelanggan mereka di lima pasaran utama di Asia Tenggara.
Frederick Chin, Ketua Perbankan Borong dan Pasaran Kumpulan, UOB (kiri) dan James Dong, Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Group (kanan) di majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) di antara UOB dan Lazada untuk bekerjasama dalam menawarkan produk runcit dan penyelesaian perbankan bagi gabungan pelanggan mereka di lima pasaran utama di Asia Tenggara.

Ini merupakan usahasama serantau pertama kali buat Lazada bersama sebuah bank dalam menawarkan pelbagai perkhidmatan pembayaran dan kewangan di Asia Tenggara dan di masa sama juga, bagi UOB dengan sebuah platform e-dagang. Kerjasama ini akan memanfaatkan teknologi dan kedudukan Lazada sebagai platform e-dagang Asia Tenggara yang terkemuka serta kepakaran UOB dalam produk kewangan, perkhidmatan perbankan digital terbaik serta kepercayaan yang telah lama terbina bersama pelanggan. Ini akan membolehkan kedua-dua pihak iaitu pelanggan dan penjual menikmati akses lebih baik dan faedah-faedah yang dipertingkatkan menerusi perkhidmatan pembayaran dan kewangan yang dapat memenuhi keperluan mereka.

Encik Frederick Chin, Ketua Perbankan dan Pasaran Borong Kumpulan, UOB berkata, "ASEAN memainkan peranan strategik sebagai kuasa ekonomi kepada pasaran di seluruh dunia. Sebagai sebuah bank berkedudukan kukuh di ASEAN, kami berhasrat untuk menyediakan lebih banyak peluang perniagaan merentasi rantau ini. Kerjasama dengan rakan kongsi e-dagang seperti Lazada mampu melengkapi usaha berterusan kami dalam menawarkan penyelesaian yang inovatif dan disesuaikan untuk pasaran ASEAN yang semakin membangun. Menerusi kerjasama ­ini, konsumer dan perniagaan boleh mendapat manfaat daripada perkhidmatan kewangan yang memberikan akses kepada pengalaman yang lebih memberangsangkan dalam landskap digital ASEAN yang dinamik."

Encik James Dong, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Group berkata, "Lazada komited untuk membina ekosistem yang terbuka dan mudah diakses untuk pasaran Asia Tenggara. Kami berbesar hati berkongsi visi ini bersama UOB. Untuk para pengguna, kami akan menawarkan pilihan pembayaran dan pembiayaan yang mudah digunakan, senang diakses dan selamat bagi memenuhi keperluan gaya hidup mereka. Manakala bagi jenama dan para penjual, kami bersedia untuk membantu meningkatkan dan merangsang pertumbuhan perniagaan mereka. Kami berada di sini untuk jangka masa panjang, bagi mencapai pertumbuhan yang mampan bersama semua rakan kongsi dalam ekosistem kami."

 Kelebihan dipertingkat untuk pelanggan

Para pelanggan UOB dan Lazada boleh menikmati pengalaman yang lebih memberangsangkan apabila membeli-belah di platform e-dagang tersebut  menggunakan perkhidmatan perbankan gaya hidup untuk pembelian mereka. Para pelanggan Singapura merupakan yang pertama menikmati faedah-faedah ini. Malahan, di Singapura, UOB akan menawarkan baucar pulangan tunai Lazada bernilai sehingga S$200 kepada pelanggan baharu sebagai hadiah alu-aluan.

Dengan pemerolehan perniagaan perbankan pengguna Citigroup oleh UOB di empat pasaran ASEAN, UOB akan meneruskan kerjasama dengan Citi-Lazada di Thailand, Malaysia dan Vietnam. Dalam ketiga-tiga pasaran ini, kad tersebut akan diperbaharui sebagai kad kredit penjenamaan-bersama UOB-Lazada baharu pada penghujung tahun ini dengan penambahan pelbagai kelebihan. Malahan, UOB dan Lazada akan berusaha untuk  memperluaskan perkongsian kad kredit penjenamaan-bersama di Singapura dan Indonesia. Selain daripada menikmati ganjaran daripada Lazada yang menarik sepanjang tahun, pemegang kad tersebut juga akan mendapat akses kepada tawaran istimewa Lazada semasa acara jualan mega.

Selaras dengan usaha Lazada dalam memperluaskan pembayaran setempat dan produk perkhidmatan kewangan ke seluruh rantau ini, platform e-dagang tersebut dan UOB turut berhasrat untuk berkolaborasi bagi menawarkan perkhidmatan pengurusan tunai dan pemprosesan transaksi untuk para penjual Lazada di seluruh rantau ini.

Perkhidmatan pembiayaan dan akses yang diperbaiki untuk penjual e-dagang

Kedua-dua rakan kongsi tersebut juga sedang meneliti untuk menawarkan pinjaman kepada para penjual di platform Lazada melalui pengalaman pemberian pinjaman digital yang baharu. Memanfaatkan pemahaman penjual Lazada dan keupayaan perbankan digital UOB dengan penyelesaian pengurusan rantaian bekalan kewangan bersepadu, kolaborasi ini akan memfokus untuk memberikan akses kepada para penjual terhadap proses suai tugas, kelulusan dan pembayaran yang diperkemas untuk pinjaman dan pembiayaan bagi seluruh perniagaan mereka. Kedua-dua pihak sedang berusaha ke arah pelancaran program perintis pada tahun ini.

Penglibatan pelanggan dan pemperibadian yang dipertingkat

UOB dan Lazada komited untuk menawarkan kepada gabungan pelanggan mereka pengalaman yang lancar dan bersepadu yang disesuaikan mengikut tabiat membeli-belah para pelanggan di platform tersebut dan keperluan individu. Kerjasama ini akan memperkukuhkan keupayaan kedua-dua pihak bagi menawarkan ganjaran yang diperibadikan untuk pelanggan di seluruh Asia Tenggara, untuk berinteraksi dengan lebih baik dan  menceriakan pengalaman membeli-belah dalam talian para pelanggan.

– Tamat  –

Mengenai UOB

UOB adalah sebuah bank terkemuka di Asia. Beroperasi melalui ibu pejabatnya di Singapura dan anak syarikat perbankan di China, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam, UOB mempunyai rangkaian global sekitar 500 pejabat di 19 negara dan wilayah di Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara. Sejak penubuhannya pada tahun 1935, UOB telah berkembang secara organik dan melalui beberapa siri pemerolehan strategik. Hari ini, UOB dinilai antara bank terkemuka dunia: Aa1 oleh Moody's Investors Service dan AA- oleh kedua-dua S&P Global Ratings dan Fitch Ratings.

Selama hampir sembilan dekad, UOB telah menggunakan pendekatan berpusatkan pelanggan untuk mencipta nilai jangka panjang dengan kekal relevan melalui semangat keusahawanannya dan melakukan yang betul untuk pelanggannya. UOB memberi tumpuan kepada membina masa depan ASEAN – untuk rakyat dan perniagaan dalam, dan berhubung dengan, ASEAN.

Bank menghubungkan perniagaan kepada peluang di rantau ini dengan jejak serantau yang tiada tandingannya dan memanfaatkan data dan pandangan untuk berinovasi dan mencipta pengalaman dan penyelesaian perbankan yang diperibadikan yang memenuhi keperluan unik setiap pelanggan dan pilihan yang berubah. UOB juga komited untuk membantu perniagaan menempa masa depan yang mampan, dengan memupuk keterangkuman sosial, mewujudkan kesan alam sekitar yang positif dan mengejar kemajuan ekonomi. UOB percaya sebagai penyedia perkhidmatan kewangan yang bertanggungjawab dan teguh dalam menyokong seni, pembangunan sosial kanak-kanak dan pendidikan, melakukan yang betul oleh komuniti dan pihak berkepentingan.

Mengenai Lazada Group

Lazada Group merupakan perintis platform eDagang perintis di Asia Tenggara. Sepanjang 11 tahun yang lalu, Lazada telah memacu pembangunan di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam menerusi perdagangan dan teknologi. Kini, ekosistem tempatan yang berdaya maju menghubungkan hampir 160 juta pengguna aktif dengan lebih 1 juta para penjual yang aktif setiap bulan. Melalui proses transaksi secara selamat dan terjamin dengan saluran pembayaran yang dipercayai serta Lazada Wallet, para pelanggan boleh mendapatkan pesanan mereka menerusi rangkaian logistik terbesar di rantau ini.

Dengan visi untuk mencapai GMV tahunan sebanyak USD100 bilion, Lazada bertekad untuk menawarkan perkhidmatan kepada 300 juta pelanggan menjelang tahun 2030 dan menjadi platform eDagang terbaik yang boleh mengupayakan pelbagai jenama serta penjual untuk mendigitalisasikan perniagaan mereka.

Source: UOB
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics