omniture

CYBERSEC 2023 mengadakan pembukaan besar-besarannya hari ini.

iThome
2023-05-09 11:13 40

Menampilkan "Bawakan Keselamatan" sebagai temanya, acara keselamatan siber antarabangsa ini menghimpunkan lebih 200 pakar dan 300 syarikat di dalam dan luar negara untuk menunjukkan kehebatan keselamatan siber yang besar.

TAIPEI, 9 Mei 2023 /PRNewswire/ -- CYBERSEC 2023, dianjurkan oleh iThome buat tahun ke-9, bermula di Pusat Pameran Antarabangsa Nangang di Taipei hari ni yang dijangka dapat menarik penyertaan 18,000 ahli profesional keselamatan siber, beberapa individu berpengaruh dan syarikat yang terkenal di dalam dan luar negara mulai 9 hingga 11 Mei dengan skala yang belum pernah terjadi sebelum ini tatkala pertukaran antarabangsa disambung semula selepas pandemik.

CYBERSEC bukan sahaja merupakan sebuah acara tahunan yang tidak boleh dilepaskan oleh ahli-ahli profesional keselamatan siber, tetapi juga merupakan sebuah acara yang mana profilnya ditingkatkan dalam komuniti antarabangsa selama bertahun-tahun, kata Ann Gu, Pengarah Urusan iThome dan Pengasas CYBERSEC. Pakar-pakar keselamatan siber yang tersohor di dunia telah diundang ke CYBERSEC, termasuk Bruce Schneier, pakar keselamatan siber yang diiktiraf secara meluas. Tatkala pertukaran antarabangsa disambung semula selepas pandemik, bilangan memecah rekod peneraju dan pakar keselamatan siber yang terkenal di dunia telahpun diundang ke CYBERSEC 2023, termasuk bekas Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri dan Pengasas Berkeley Center for Security in Politics Janet Napolitano, Pengarah Kanan Threat Analysis Group (TAG) Google Shane Huntley, pencipta Cyber Defense Matrix Sounil Yu, Ketua Pegawai Strategi Teknologi Trend Micro David Chow dan Ketua Pakar Strategi Keselamatan Fortinet Derek Manky.

Menurut Gu, CYBERSEC menjadi semakin penting dalam sembilan tahun yang lalu sejak penubuhannya memandangkan kepentingan yang lebih tinggi telah diletakkan kepada keselamatan siber. Kebingkasan luar biasa pada semua peringkat di seluruh negara dalam beberapa tahun ini membolehkan CYBERSEC berlangsung semasa pandemik dan membangun menjadi persidangan dan pameran keselamatan siber berskala besar yang bertaraf dunia. Gu menyatakan bahawa skala bagi ekspo pada tahun ini meningkat sebanyak 30% berbanding tahun lalu, dengan 18,000 peserta mendaftar dan lebih 300 syarikat mengambil bahagian yang menggunakan hampir 900 reruai. Di samping itu, 15-sesi selari telahpun dirancang setiap hari semasa acara selama tiga hari itu, yang mana lebih 200 pakar keselamatan siber di dalam dan luar negara telah dijemput untuk berkongsi pandangan mereka.

Presiden Tsai Ing-wen menghadiri majlis pembukaan bersama-sama menteri-menteri dan para pegawai peringkat tinggi termasuk Setiausaha Agung kepada Presiden Lin Chia-lung, Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara Wellington Koo, Naib Perdana Menteri Cheng Wen-tsan, Menteri Majlis Sains dan Teknologi Negara Wu Tsung-tsong, Menteri Hal Ehwal Digital (moda) Audrey Tang dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Wang Mei-hua. Gu mengucapkan terima kasih kepada Presiden Tsai kerana menghadiri CYBERSEC lima tahun berturut-turut yang bukan sahaja memberi rangsangan kepada industri keselamatan siber, tetapi juga menunjukkan bahawa keselamatan siber ialah keselamatan negara. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Pemangku Pengarah American Institute in Taiwan (AIT) Jeremy Cornforth serta wakil-wakil asing di Taiwan atas kehadiran mereka, seterusnya menjadikan CYBERSEC 2023 sebagai platform terbaik untuk pertukaran antarabangsa.

CYBERSEC 2023 menampilkan "Bawakan Keselamatan kepada" ("Bring Security to") sebagai temanya. Merton Wu, Ketua Editor iThome dan Pengerusi CYBERSEC, berkata tatkala pendigitan menjadi semakin pesat di seluruh dunia, ancaman keselamatan berada di mana-mana—dalam cip, kod dan di mana adanya sambungan. Perisian tebusan yang berleluasan, maklumat palsu dan maklumat salah serta penipuan, kerentanan perisian yang tidak terkira banyaknya, serangan infrastruktur yang kerap terjadi, malah perang siber yang dicetuskan oleh Perang Ukraine-Rusia merupakan amaran. Sekiranya masa depan yang demokratik, bebas, aman dan mampan adalah apa yang ingin kita kejar, keselamatan siber harus menjadi agenda utama dalam semua sektor, seterusnya menjadikannya DNA perbadanan dan kehidupan orang ramai, demi memastikan masa depan yang selamat dan terjamin.

CYBERSEC 2023 membawakan sesi, aktiviti dan pameran yang berikut:

Lebih 30 forum keselamatan siber menumpukan kepada industri keselamatan siber dan keselamatan siber perindustrian.

Lebih daripada 30 forum telahpun dirancang pada tahun ini, termasuk pasukan biru, pasukan merah, DevSecOps & SecOps, Web3, Kepimpinan Siber, CISO, CMMC, keselamatan AI, keselamatan rantai bekalan, FINSEC, perisian tebusan, kepercayaan sifar, keselamatan perisian, keselamatan awan, tadbir urus, kajian ancaman, keselamatan kenderaan, latihan kesedaran keselamatan dan isu-isu keselamatan siber baru muncul.

Cyber Taiwan Pavilion memaparkan 48 syarikat keselamatan siber Taiwan dan memfokuskan kepada empat tema utama.

Cyber Taiwan Pavilion telah menjadi platform yang eksklusif untuk jenama-jenama keselamatan siber Taiwan mempamerkan penyelesaian mereka. Pavilion pada tahun ini menghimpunkan 48 syarikat keselamatan siber yang terkemuka dari Taiwan untuk memaparkan keupayaan R&D keselamatan siber Taiwan yang banyak serta penyelesaian yang pelbagai dan perintis yang menumpukan kepada empat tema utama: kepercayaan sifar, semikonduktor, 5G dan IoT.

Cyber Talent berfungsi sebagai platform untuk perekrutan bakat, latihan dan pembangunan kerjaya.

Cyber Talent diatur di CYBERSEC untuk membolehkan pertukaran dalam pembangunan kerjaya, latihan kemahiran, pemupukan bakat melalui Forum Bakat Siber, Hari Lesen Siber serta perekrutan di lapangan dan penilaian kemahiran.

Sidang Kemuncak Saluran Siber Asia menyokong syarikat-syarikat keselamatan siber Taiwan untuk berkembang ke luar negara dan berhubung dengan pasaran antarabangas.

Ejen-ejen keselamatan siber yang terkemuka dari Asia Tenggara telah diundang ke ekspo pada tahun ini untuk mengadakan pertukaran secara bersemuka dengan vendor-vendor keselamatan siber Taiwan yang cemerlang, mengoptimumkan pemadanan perniagaan dan membantu syarikat-syarikat Taiwan berkembang ke luar negara.

CYBERSEC 2023

https://cyber.ithome.com.tw/2023/en

Source: iThome
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Trade show news