-- Kuala Lumpur Mengalu-alukan Pembukaan Restoran Amerika Ikonik Kedua di Negara Ini
ALISO VIEJO, California, 29 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Hanya beberapa bulan selepas Malaysia mengalu-alukan pembukaan restoran Johnny Rockets yang pertama, lokasi kedua telah pun dibuka di salah satu negara yang mempunyai ekonomi paling mantap di Asia ini. Bersama rakan kongsi francais unggul AUM Hospitality (AUMH), tambahan terkini kepada pilihan restoran Malaysia tersebut bertempat di Avenue K, hab runcit dengan keluasan 360,000-kaki-persegi di Kuala Lumpur.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140204/LA59122LOGO
Johnny Rockets di Avenue K adalah antara lebih 35 pilihan tempat makan di kompleks yang baru diubah suai, yang merupakan pusat utama untuk mereka yang tinggal dan bekerja di bandar. Terletak di kawasan tumpuan yang strategik, dikelilingi beberapa menara kediaman serta berdekatan dengan sebilangan besar menara pejabat, Johnny Rockets bersiap sedia untuk menerima sejumlah pelanggan yang ingin menikmati hidangan Amerika jenama tersebut.
Cawangan Johnny Rockets terkini itu akan memuaskan selera makan penduduk Malaysia dengan hidangan burger yang dihasilkan daripada daging lembu atau ayam asli sepenuhnya, kentang goreng Amerika yang dihidangkan dengan hiasan muka senyum sos tomato terkenal jenama ikonik itu, minuman kocak dan juga sandwic klasik. Para pelayan yang memutarkan penyedut minuman dan menari mengikut irama muzik yang tak lapuk dek zaman daripada peti lagu klasik menyediakan pengalaman hidangan tersendiri dan interaktif yang mampu menarik penduduk tempatan serta para pengunjung kawasan tersebut.
"AUMH terkenal dengan pengetahuannya tentang perkara terkini yang berlaku dalam kalangan masyarakat tempatan. Dengan memilih Avenue K untuk membuka restoran keduanya di Malaysia, kumpulan francais ini telah menempatkan restorannya di kawasan yang padat dengan lebih 2 juta penduduk yang tinggal kira-kira 20 minit perjalanan ke kompleks tersebut," kata John Fuller, Ketua Pegawai Eksekutif Johnny Rockets.
Pembukaan Johnny Rockets di Avenue K menyusuli pelancaran lokasi pusat beli-belah The Curve yang baru diadakan khas untuk orang ramai pada akhir bulan Oktober 2013. Restoran Johnny Rockets di Avenue K merupakan restoran Johnny Rockets ke-11 yang dibuka di Asia Tenggara. Di samping dua lokasinya di Malaysia, Johnny Rockets turut mengendalikan enam cawangannya di Filipina dan tiga cawangannya di Indonesia.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Johnny Rockets dan peluang francaisnya, sila layari www.johnnyrockets.com.