CHICAGO, 29 Mac 2014 /PRNewswire/ -- SIRVA, Inc. ("SIRVA" atau "Syarikat"), penyedia terkemuka perkhidmatan mobiliti global, yang menyediakan penyelesaian penempatan semula dan memindah bersepadu untuk syarikat multinasional, kerajaan dan juga pengguna, hari ini mengumumkan ia telah memfailkan penyata pendaftaran pada Borang S-1 bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. ("SEC") berkaitan dengan tawaran awam awal saham biasa yang dicadangkan. Syarikat ini berhasrat untuk memohon bagi menyenaraikan saham biasa pada Bursa Saham New York atau NASDAQ Global Select Market. Bilangan saham yang akan ditawarkan dan harga bagi tawaran yang dicadangkan belum lagi ditentukan. Sebahagian daripada saham tersebut akan diterbitkan serta dijual oleh SIRVA manakala sebahagian lain akan dijual oleh pemegang saham SIRVA tertentu.
Morgan Stanley & Co. LLC, Goldman, Sachs & Co. dan J.P. Morgan Securities LLC bertindak sebagai pengurus penaja jamin bersama bagi tawaran yang dicadangkan. Tawaran yang dicadangkan itu hanya akan dibuat melalui prospektus. Apabila tersedia, salinan prospektus awal berkaitan tawaran tersebut boleh diperoleh daripada: Morgan Stanley & Co. LLC, Attn: Prospectus Department, 180 Varick Street, 2nd Floor, New York, NY 10014, melalui e-mel prospectus@morganstanley.com atau menerusi talian +1-866-718-1649; Goldman, Sachs & Co., Attn: Prospectus Department, 200 West Street, New York, NY 10282, melalui e-mel prospectus-ny@ny.email.gs.com atau menerusi talian +1-866-471-2526; dan J.P. Morgan Securities LLC, c/o Broadridge Financial Solutions, 1155 Long Island Ave., Edgewood, NY 11717 atau menerusi talian +1-866-803-9204.
Penyata pendaftaran yang berhubung dengan sekuriti tersebut telah difailkan bersama SEC namun masih belum berkuat kuasa. Sekuriti ini tidak boleh dijual, dan tawaran untuk membeli tidak boleh diterima, sebelum penyata pendaftaran tersebut berkuat kuasa. Pengumuman ini bukan menandakan tawaran untuk menjual atau percubaan mendapatkan tawaran untuk membeli, manakala tiada sebarang jualan sekuriti ini boleh dibuat di mana-mana Negeri atau dalam apa jua bidang kuasa yang mengakibatkan tawaran, percubaan mendapatkan tawaran atau jualan sebegitu akan dianggap melanggar undang-undang sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti Negeri atau bidang kuasa sedemikian.
Latar Belakang SIRVA, Inc.
Penyedia penyelesaian mobiliti sedunia yang menerajui, SIRVA, Inc. (www.sirva.com) menyediakan lebih 230,000 perkhidmatan penempatan semula pada setiap tahun untuk syarikat, kakitangan kerajaan serta pengguna individu menerusi keluarga syarikatnya. SIRVA juga merupakan penyedia yang menerajui bagi penempatan semula yang menyeluruh dan perkhidmatan memindah pada peringkat global, dengan menawarkan lebih 50 penyelesaian mobiliti di 170 negara menerusi pengurusan rantaian bekalan global yang lengkap, operasi global yang menerajui di dunia, proses pengurusan risiko yang menerajui industri dan juga kebertanggungjawaban penuh serta ketelusan kos. Keluarga syarikat SIRVA termasuklah Allied, Allied International, Allied Pickfords, DJK Residential, Global, northAmerican, northAmerican International, SIRVA Mortgage, SIRVA Relocation, SIRVA Move Management, SIRVA Global Relocation dan juga SIRVA Settlement.
Maklumat Perhubungan Media
Carissa Felger/Bryan Locke
Sard Verbinnen & Co
+1-312-895-4700