omniture

Pameran Luar Talian Pameran Canton ke-133 Berakhir Dengan Jayanya, Menunjukkan Kebingkasan Perdagangan Asing China

Canton Fair
2023-05-09 19:55 133

GUANGZHOU, China, 9 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Pameran luar talian Pameran Canton ke-133 telahpun melabuhkan tirainya, menandakan satu peristiwa penting dari segi kembalinya kepada keadaan biasa selepas pandemik. Dengan kehadiran aktif pembeli luar negara, pelbagai pelancaran produk baharu dan transaksi eksport yang lebih baik daripada yang dijangkakan dicapai, acara berkenaan dipuji sebagai satu kejayaan. Selepas itu, platform dalam talian Pameran Canton ke-133 terus beroperasi seperti biasa.

"Melalui operasinya yang cekap, selamat, berciri digital dan hijau, Pameran Canton ke-133 berjaya berperanan sebagai daya yang positif dalam menggalakkan skala serta struktur perdagangan asing yang stabil, keterbukaan yang menyeluruh dan pewujudan corak pembangunan yang baharu," kata Xu Bing, jurucakap dan Timbalan Ketua Pengarah China Foreign Trade Centre.


Pameran Canton ke-133 menyaksikan kehadiran pembeli antarabangsa yang luar biasa dari 229 negara dan wilayah, dengan 129,006 hadirin dari 213 negara dan wilayah hadir secara luar talian. Pameran tersebut mengalu-alukan 55 organisasi perindustrian dan komersial yang pelbagai, seperti Malaysia-Chinese Chamber of Commerce yang berprestij, CCI France Chine dan China Chamber of Commerce & Technology Mexico. Lebih 100 syarikat multinasional terkemuka, termasuk Wal-Mart dari Amerika Syarikat, Auchan dari Perancis, Metro dari Jerman, mengaturkan pembeli untuk menghadiri Pameran tersebut. Platform dalam talian Pameran berkenaan menyaksikan kehadiran yang semakin meningkat iaitu 390,574 pembeli luar negara.

Peserta-peserta pameran di acara tahun ini memuat naik 3.07 juta barang pameran yang mengejutkan, termasuk lebih 800,000 produk baharu, kira-kira 130,000 produk pintar, 500,000 produk hijau dan karbon rendah serta lebih daripada 260,000 produk dengan IPR bebas. Pameran Canton, suatu kejayaan yang memberangsangkan, menampilkan lebih 300 acara sulung untuk memperkenalkan produk baharu. Bermula daripada barangan canggih hingga pintar, tersuai kepada berjenama dan karbon-rendah hijau, Pameran berkenaan mendemonstrasikan kehebatan pembuatan China dan komitmennya kepada kecemerlangan. Pembeli global kagum dengan pelbagai jenis produk yang dipamerkan, yang menonjolkan kebingkasan dan kevitalan China dalam perdagangan asing. Jelas sekali bahawa pengeluar-pengeluar utama China beroperasi dengan penuh kekuatan, menunjukkan daya kreativiti dan kepintaran yang terkini dan terhebat 

Transaksi eksport yang ditutup di Pameran Canton ke-133 di lapangan mencecah USD 21.69 bilion, satu pencapaian yang lebih baik daripada yang dijangkakan. Di samping itu, ramai pembeli juga menjadualkan lawatan kilang dan dijangka mencapai lebih banyak jalinan kerjasama pada masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut tentang Pameran Canton, sila kunjungi https://www.cantonfair.org.cn/en-US atau hubungi caiyiyi@cantonfair.org.cn.

Source: Canton Fair
Keywords: Electronic Commerce Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news