omniture

Numergy Memilih Penyelesaian Perangkaian Tentuan Perisian Nuage Networks untuk Infrastruktur Awan Baharunya

Nuage Networks
2014-03-31 20:24 198

- Penyedia Awan Perancis Melaksanakan Penyelesaian SDN bagi Menyediakan Infrastruktur Syarikat Yang Sangat Selamat dengan Ketersediaan dan Prestasi Tinggi Secara Cekap

MOUNTAIN VIEW, California, 31 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Nuage Networks, usaha niaga Alcatel-Lucent (Euronext Paris dan NYSE: ALU) yang menumpukan usaha terhadap penyelesaian perangkaian tentuan perisian (SDN), hari ini mengumumkan penyedia awan Numergy telah memilih platform SDN mereka bagi pengaturan penggunaan dalam dan merentasi pusat datanya sambil mereka berusaha bagi menyokong sejumlah satu juta mesin maya.

Numergy ialah penyedia awan yang mengkhusus dalam pembinaan dan pengendalian infrastruktur pengkomputeran awan dalam pasaran Eropah penting. Menurut Gartner's Forecast: Perkhidmatan Awan Awam Seluruh Dunia, 2011-2017, kemas kini suku keempat tahun 2013 (Disember 2013), perbelanjaan pengguna akhir untuk Perkhidmatan Infrastruktur Sistem Awan (IAAS) di Eropah Barat sedang bertumbuh pada kadar 32.1 peratus CAGR (Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkompaun) (2012-2017), manakala saiz pasaran pula akan mencecah $5.9 bilion menjelang tahun 2017. Pada tahun ini sahaja, Numergy merancang untuk membuka dua pusat data, dengan matlamat 10 pusat data tambahan yang beroperasi dalam masa tiga tahun seterusnya, semuanya sedia didatangkan dengan penyelesaian Nuage Networks.

Numergy telah memilih untuk melaksanakan Platform Perkhidmatan Maya (VSP) Nuage Networks dan Gerbang Perkhidmatan Maya (VSG) 7850 serta Penghala Perkhidmatan 7750 Alcatel-Lucent bagi menguruskan dan turut mengautomasikan rangkaian pusat datanya agar menjadi lebih boleh diatur cara dan cekap dikendalikan. Salah satu matlamat utama Numergy adalah untuk membina infrastruktur awan mereka atas teknologi terbuka, manakala falsafah Nuage Networks untuk mewujudkan persekitaran awan terbuka yang mengelakkan pembekuan adalah sejajar dengan kemahuan dan keperluan mereka.

"Kami gembira dapat melaksanakan set produk Nuage Networks dalam infrastruktur awan kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif Numergy, Philippe Tavernier. "Teknologi SDN Nuage Networks membenarkan kami memberi perhatian terhadap keperluan prestasi dan pematuhan penting bagi pemayaan infrastruktur kami dan turut membolehkan pelbagai perkhidmatan awan yang penting bagi memenuhi keperluan pelanggan syarikat kami."

Numergy memerlukan rangkaian dengan kemampuan yang boleh diabstrakkan sejajar dengan keperluan aplikasi pelanggan yang berbeza-beza. Penyelesaian SDN Nuage Networks menyediakan pemayaan dan automasi rangkaian pusat data yang menukarkan pusat data menjadi persekitaran refleksif yang mewujudkan perkhidmatan rangkaian yang diperlukan untuk menyediakan infrastruktur awan dengan serta-merta merentasi jutaan mesin maya.

VSP Nuage Networks ialah penyelesaian SDN yang mengautomasikan sepenuhnya rangkaian pusat data, lalu mencipta "potongan" yang selamat untuk setiap kumpulan pengguna atau penyewa sementara mengurangkan masa pembekalan daripada berhari-hari menjadi beberapa saat sahaja. Ini termasuklah:

  • Pengawal Perkhidmatan Maya Nuage Networks (VSC): Bertindak sebagai satah kawalan utuh rangkaian pusat data itu, dengan mengekalkan pandangan penuh mengikut penyewa terhadap topologi rangkaian dan perkhidmatan. Melalui API rangkaian yang menggunakan antara muka seperti OpenFlow, VSC itu mengatur cara agnostik rangkaian pusat data untuk perkakas perangkaian pusat data.
  • Direktori Perkhidmatan Maya Nuage Networks (VSD): Bertindak sebagai enjin polisi, logik perniagaan & analisis untuk tentuan abstrak perkhidmatan rangkaian. Melalui API yang mematuhi REST (Pemindahan Keadaan Representasi) kepada VSD, para pentadbir boleh menentukan dan turut memperhalus rekaan perkhidmatan serta menyertakan polisi syarikat.
  • Penghalaan dan Penukaran Maya Nuage Networks (VRS): Bertindak sebagai titik hujung maya untuk perkhidmatan rangkaian. Melalui VRS, perubahan dalam persekitaran berkomputer dapat dikesan dengan serta-merta, lalu terus mencetuskan pembentukan berasaskan polisi untuk keterhubungan rangkaian dalam dan merentasi pusat data bagi memastikan keperluan aplikasi dipenuhi.

Sebahagian daripada pelaksanaan itu ialah VSG 7850 Nuage Networks. Bekerjasama seiring dengan VSP Nuage Networks, VSG 7850 itu turut melanjutkan faedah automasi SDN kepada aset pusat data Numergy yang bukan maya.

Kerjasama dengan Nuage Networks membolehkan Numergy melaksanakan dan turut menentukan skala rangkaian awan berautomasi merentasi infrastruktur yang tersebar secara geografi mereka. Faedah tambahan termasuklah:

  • Perkhidmatan yang membekalkan kepantasan dan kelenturan: Menyediakan rangkaian dalam SDN boleh menjadi semudah dan menepati masa seperti penciptaan mesin maya (VM). Tidak seperti rangkaian tradisional yang sangat dipacu konfigurasi dan manual, Nuage Networks membenarkan keterhubungan rangkaian berlaku dengan lancar dan serta-merta menurut polisi yang sudah ditentukan terlebih dahulu.
  • Kawalan: Penyelesaian ini menyediakan kerangka kerja polisi lazim yang membolehkan Numergy mengekalkan kawalan dan penampakan penuh untuk infrastruktur mereka, lalu meminimumkan intervensi manual sambil memastikan garis panduan prestasi dan pematuhan dipenuhi.
  • Kelenturan rangkaian dan pengurusan holistik: SDN membolehkan "eksperimentasi rangkaian tanpa impak". Nuage Networks membenarkan Numergy memintas pengehadan rangkaian pusat data tradisional dan bereksperimen secara bebas dengan konfigurasi rangkaian baharu yang boleh menyokong senario pelanggan dengan lebih baik.
  • Perbelanjaan dikurangkan: Melalui pendekatan yang lebih cekap daripada segi pengendalian, dengan menggunakan aset pusat data secara optimum serta mengurangkan kebergantungan ke atas perkakas milikan dan peralatan khusus, Numergy menjangka akan merealisasikan banyak faedah ekonomi.

"Kami teruja dapat bekerjasama dengan Numergy bagi menyokong inisiatif awan mereka, infrastruktur berbilang penyewa besar-besaran yang boleh ditentukan skala dengan lentur dan turut memberi respon dengan serta-merta melalui infrastruktur rangkaian yang boleh diprogramkan dan berautomasi," kata Sunil Khandekar, Ketua Pegawai Eksekutif Nuage Networks. "Teknologi kami dirangsang sedia untuk tugas sebegitu dan akan membolehkan infrastruktur awan mereka menjadi lebih lincah, selamat dan juga responsif, lalu memberikan Numergy kemampuan untuk menyampaikan perkhidmatan awan yang inovatif dan mendorong kepada beberapa syarikat di Perancis dan di seluruh tapak kehadiran mereka di Eropah."

LATAR BELAKANG NUAGE NETWORKS

Nu-âhj: Daripada Bahasa Perancis, bermaksud 'awan'. Nuage Networks membawakan kombinasi tersendiri teknologi pemecah kebiasaan dan kepakaran perangkaian tiada tandingan kepada industri telekomunikasi dan syarikat. Syarikat permulaan yang berpusat di Lembah Silikon itu telah mengaplikasikan pemikiran baharu yang radikal kepada masalah untuk menyediakan penyelesaian SDN yang boleh ditentukan skala secara besar-besaran dan sangat boleh diatur cara dengan keselamatan dan ketersediaan yang diperlukan oleh persekitaran yang bergantung kepada perniagaan. Nuage Networks, disokong oleh divisyen IP Alcatel-Lucent (Euronext Paris dan NYSE: ALU) yang pesat membangun, mempunyai latar belakang yang sesuai bagi memenuhi keperluan awan terbesar di dunia. Awan itu telah berjanji – misi Nuage Network adalah untuk membantu anda mengotakannya.

Bagi maklumat lanjut, sila lawati Nuage Networks di: www.nuagenetworks.net, baca nukilan terkini di blog Nuage Networks http://www.nuagenetworks.net/blog/ dan ikuti perkembangan syarikat itu melalui Twitter: https://twitter.com/nuagenetworks.

Maklumat Perhubungan Akhbar Nuage Networks
CHRIS FUCANAN chris@h3ocommunications.com T : +1-415-618-8809
CINDY BERGEVIN cindy.bergevin@alcatel-lucent.com T : +1-952-941-0692

Source: Nuage Networks
Related Stocks:
EuronextParis:ALU NYSE:ALU
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Contracts