omniture

CRIF LANCAR PROGRAM KEAHLIAH PREMIUM PERTAMA DALAM INDUSTRI CRIF PLUS

CRIF
2023-05-10 11:00 31

SINGAPURA, 10 Mei 2023 /PRNewswire/ -- CRIF, peneraju global bagi penyelesaian biro kredit, maklumat perniagaan dan risikokredit, hari ini mengumumkan pelancaran CRIF PLUS, program keahlian maklumat perniagaan premium untuk pelanggannya di Asia.

Pengubah keadaan untuk industri maklumat perniagaan, CRIF PLUS ialah program keahlian premium untuk pelanggan CRIF di Asia
Pengubah keadaan untuk industri maklumat perniagaan, CRIF PLUS ialah program keahlian premium untuk pelanggan CRIF di Asia

Menyedari kepentingan untuk terus kekal mendahului keluk, CRIF telah membangunkan CRIF PLUS yang direka bentuk khusus untuk menyampaikan pengalaman yang benar-benar eksklusif untuk pelanggannya. Selari dengan nilai-nilai bertumpukan pelanggan CRIF, CRIF PLUS menyasarkan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan luar biasa dan dalam masa yang sama memenuhi kehendak yang semakin meningkat terhadap data perniagaan dan pandangan analitis yang komprehensif.

Program keahlian premium yang ditawarkan melalui CRIF PLUS termasuk pelbagai faedah ahli-sahaja. Ahli-ahli boleh menerima perkhidmatan diperibadikan daripada bahagian kerja rencam khusus di negara asal mereka, mempercepatkan penghantaran laporan maklumat perniagaan melebihi masa standard, mengakses alatan pemantauan dan analisis portfolio yang eksklusif untuk mengurus risiko serta diskaun ahli-sahaja ke atas produk dan perkhidmatan CRIF.

Novi Rolastuti, Pengarah Jualan Serantau, Perkhidmatan Maklumat Perniagaan di CRIF berkata: "Kami percaya CRIF PLUS merupakan satu pengubah keadaan untuk pelanggan kami. Ia direka bentuk untuk memenuhi permintaan yang tinggi terhadap penyelesaian risiko kredit suai manfaat dan dalam masa yang sama meningkatkan standard keresponsifan, perkhidmatan dan kemudahan. Dengan meletakkan kuasa maklumat di tangan pelanggan kami pada kadar yang lebih pantas, kami mengupayakan mereka untuk membuat keputusan yang lebih tangkas."

Memenuhi keperluan terhadap kelajuan dengan penghantaran pantas

CRIF telahpun melabur untuk mengoptimumkan seluruh proses penghasilan laporan untuk CRIF PLUS, bermula daripada penyumberan data hingga penghantaran, lalu membolehkannya mengurangkan masa pusing ganti selama sehari dalam setiap pasaran. Ini membolehkan ahli-ahli CRIF PLUS menikmati penghantaran laporan maklumat perniagaan yang pantas, sehari lebih awal berbanding masa penghantaran standard.

Saluran kerja rencam dan komunikasi khusus

CRIF PLUS menyediakan kepada pelanggannya dengan akses kepada bahagian kerja rencam khusus - CRIF Advanced Research Assistant ("CARA") – di negara asal mereka yang melaluinya mereka boleh meminta laporan maklumat perniagaan dengan mudah. CARA menawarkan titik hubungan tunggal dan menyediakan perkhidmatan diperibadikan untuk menawarkan perkhidmatan dengan lebih baik kepada pelanggan.

Pelanggan boleh menghubungi CARA melalui emel atau sistem pemesejan langsung yang baru diperkenalkan yang menggunakan Line di Taiwan dan WhatsApp di seluruh pelosok Asia. Sistem pemesejan langsung adalah praktikal, cekap dan menjimatkan masa, seterusnya meningkatkan pengalaman pelanggan keseluruhan.

Alatan eksklusif untuk pengurusan risiko

Ahli-ahli CRIF PLUS akan mendapat akses eksklusif kepada alatan analisis portfolio yang menyediakan analisis kumpulan pelanggan mereka, lalu membolehkan mereka memahami dengan lebih baik kesihatan dan kestabilan perniagaan mereka. Dengan mengenal pasti pelanggan terbaik dan paling berisiko, mereka boleh memfokuskan sumber mereka, dengan lebih strategik dan optimum. Di samping itu, perkhidmatan pemantauan menghantar makluman tentang perubahan maklumat syarikat melalui emel.

Rangkaian alatan analitis dan pemantauan ini menyediakan kepada pelanggan CRIF PLUS dengan gambaran holistik tentang risiko kredit mereka, lalu membolehkan mereka membuat keputusan yang lebih bijak dan lebih bermaklumat untuk mengurangkan risiko.

Menurut Rolastuti: "CRIF PLUS menawarkan proposisi nilai unik yang akan dapat dikaitkan dengan pelanggan. Sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk menawarkan pengalaman pelanggan yang hebat, CRIF PLUS mencapai kejayaan penting terhadap objektif kami untuk menjadi peneraju industri dalam bidang penyelesaian maklumat perniagaan di seluruh Asia."

Untuk maklumat lanjut tentang CRIF PLUS, kunjungi www.crifasia.com.

Latar Belakang CRIF

CRIF ialah peneraju global bagi penyelesaian biro kredit, maklumat perniagaan dan risiko keselamatan. Ditubuhkan pada tahun 1988 di Bologna, Itali, CRIF beroperasi di 40 negara merentasi empat benua. Lebih 10,500 bank dan institusi kewangan, 82,000 pelanggan perniagaan dan 1,000,000 pengguna menggunakan perkhidmatan CRIF pada setiap hari. Sejak tahun 2016, CRIF telah dimasukkan ke dalam Senarai Kedudukan 100 Teratas FinTech IDF yang berprestij.

CRIF memiliki kehadiran yang kukuh di Asia dengan ibu pejabat serantau di Hong Kong dan Singapura serta di bandar- bandar utama termasuk Beijing, Bishkek, Cebu, Dushanbe, Hanoi, Bandar Raya Ho Chi Minh, Jakarta, Kaohsiung, Kuala Lumpur, Manila, Mumbai, Pune, Shanghai, Shenzhen, Taipei, Taichung, Tashkent dan Zhongli. Untuk maklumat lanjut tentang CRIF Asia, sila kunjungi www.crifasia.com.

 

Source: CRIF
Keywords: Banking/Financial Service New products/services