omniture

Acara Komunikasi Antarabangsa Dalam Talian 'Daka China Memahami Laluan Cina Menuju Pemodenan--Helo, Henan!' 2023 Berlangsung

CRIOnline
2023-05-11 08:06 68

BEIJING, 11 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Pada 9 Mei, Acara Komunikasi Antarabangsa Dalam Talian "Daka China Memahami Laluan Cina Menuju Pemodenan—Helo, Henan" ("Daka China Understanding the Chinese Path to Modernization—Hello, Henan!") 2023 bagi tahun 2023 telahpun dilancarkan di Bandar Shangqiu. Acara berkenaan ditaja secara bersama oleh Pejabat Penerangan Kerajaan Rakyat Wilayah Henan, Pentadbiran Alam Siber Wilayah Henan dan CRI Online daripada China Media Group, serta dianjurkan oleh Pentadbiran Alam Siber Perbandaran Zhengzhou, Pentadbiran Alam Siber Perbandaran Kaifeng dan Pentadbiran Alam Siber Perbandaran Shangqiu dan juga CRI Online Wilayah Henan. 

Daka China 2023 menumpukan kepada pelbagai topik, termasuk ulang tahun kesepuluh Inisiatif Jalur dan Jalan, pembangunan berkualiti tinggi, penggiatan semula luar bandar serta pemuliharaan dan pembangunan ekologi. Semasa acara tersebut, pempengaruh dalam talian asing akan dijemput ke Henan, Liaoning, Jiangxi, Anhui, Shaanxi dan wilayah-wilayah lain untuk memperoleh ilmu pengetahuan langsung tentang laluan Cina menuju pemodenan dan mereka akan berkongsi perspektif mereka dengan jelas bersama dunia tentang kandungan dan erti lanjutan daripada laluan Cina menuju pemodenan yang dapat menggalakkan interaksi, pertukaran, kepercayaan bersama dan kerjasama antara China dan dunia.

Di acara tersebut, para pemimpin Pentadbiran Alam Siber Perbandaran Zhengzhou, Pentadbiran Alam Siber Perbandaran Kaifeng dan Pentadbiran Alam Siber Perbandaran Shangqiu memperkenalkan laluan lawatan yang dirancang di ketiga-tiga bandar ini dan memberi pengenalan tentang bandar. Bagi memulakan perjalanan mereka dalam masa terdekat, pempengaruh internet asing dan tuan rumah berbilang bahasa ini akan melawat ketiga-tiga bandar yang disebut di atas bagi menikmati pemandangan luar bandar yang indah dan membongkar rahsia di sebalik pembangunan berkualiti tinggi penggiatan semula luar bandar China. Mereka juga akan melawat pelbagai tempat pelancongan budaya di Kaifeng, ibu kota purba yang sebelum ini dikenali sebagai Dongjing semasa Dinasti Song Utara, bagi merasai kemakmuran yang berkekalan di sana. Tambahan pula, mereka dijadualkan untuk melawat perusahaan berciri tempatan bagi memahami dengan lebih mendalam tentang daya saing jenama-jenama Cina. Perjalanan tersebut akan menunjukkan kepada mereka sumbangan Henan terhadap laluan Cina menuju pemodenan dari pelbagai perspektif.


 

Source: CRIOnline
Keywords: Art Banking/Financial Service Entertainment Publishing/Information Service Travel