omniture

CAMON 20 Series TECNO akan Lancarkan Android 14 Beta

TECNO MOBILE
2023-05-11 08:20 33

Menyampaikan pelbagai kemas kini untuk privasi, sekuriti, prestasi dan penyesuaian pengguna, Android berjanji untuk meningkatkan lagi pengalaman pengguna CAMON 20 series.

HONG KONG, DUBAI, UAE dan ABUJA, Nigeria, 11 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Jenama inovatif global TECNO baru sahaja disahkan menjadi salah satu pengeluar telefon pintar pertama yang menawarkan keluaran Android 14 Beta Google dan akan mengoperasikannya pada CAMON 20 series yang baru dilancarkan pada musim luruh ini, membawakan pelbagai penaiktarafan dan peningkatan bagi meningkatkan pengalaman keseluruhan CAMON 20 series ke tahap yang lebih tinggi. Android 14 menyasarkan untuk meningkatkan lagi pengalaman pengguna CAMON 20 series dengan menyampaikan pelbagai kemas kini privasi, sekuriti, prestasi dan penyesuaian pengguna.

Android 14 Beta for TECNO CAMON 20 series
Android 14 Beta for TECNO CAMON 20 series

"Dipandu oleh intipati jenamanya "Stop At Nothing", TECNO komited untuk meneroka teknologi terbaik dan terbaru untuk individu-individu berpandangan jauh bermula daripada inovasi perkakasan dan reka bentuk kepada pembangunan perisian yang terkini. Justeru itu, kami gembira dapat meneruskan perkongsian jangka panjang kami bersama Google untuk membawa Android 14 Beta kepada CAMON 20 Series terbaru yang membolehkan pengguna kami menjadi antara yang pertama merasai keseronokan ciri-ciri baharu pada Android 14," kata Jack Guo, Pengurus Besar TECNO.

CAMON 20 series yang dilancarkan baru-baru ini menyampaikan kombinasi yang berjaya antara fotografi berprestasi tinggi, elemen reka bentuk unik dan pengalaman pengguna yang luar biasa. Menampilkan Teknologi Anti-Gegar OIS Anjakan-Sensor 5000 kali/saat dan Sensor Ultra Sensitif RGBW 50MP, CAMON 20 Premier 5G merupakan pakar bagi fotografi waktu laman mahupun video potret stabil. Sementara itu, Reka Bentuk Dekonstruksionis CAMON PUZZLE yang memenangi MUSE Design Award TECNO menyaksikan CAMON 20 series mencabar estetika minimalis tradisional industri ini, Magic Skin beralur tiga dimensi dan bahan seramik termaju pada penutup belakang yang inovatif.

Menyampaikan pelbagai penaiktarafan untuk privasi, sekuriti, prestasi dan penyesuaian pengguna, Android 14 Beta akan membantu meningkatkan lagi pengalaman pengguna CAMON 20 series melalui cara seperti -

  • Tahap Privasi Lebih Tinggi - Bermula dengan Android 14, aplikasi dengan Versi Sdk sasaran lebih rendah daripada 23 tidak boleh dipasang, menjadikannya lebih sukar untuk perisian hasad mengelakkan peningkatan sekuriti dan privasi sedemikian. Akhirnya, ia berfungsi untuk membantu meningkatkan sekuriti dan privasi untuk pengguna telefon pintar.
  • Hayat Bateri Lebih Lama - Fungsian Android 14 yang dikemas kini membolehkan sistem mengendalikan dengan lebih baik tugas latar belakang, muat turun, muat naik dan sebagainya yang hasilnya dapat meningkatkan kecekapan sistem untuk mengurangkan susutan kuasa demi hayat bateri yang lebih lama.
  • Fon Lebih Besar dan Penskalaan Lebih Pintar - Bagi menyediakan kepada pengguna penglihatan-rendah dengan pilihan kebolehcapaian yang lebih baik, Android 14 membolehkan penskalaan fon yang lebih besar. Strategi lengkung penskalaan bukan-linear memastikan elemen teks besar dan teks kecil menskala pada kadar yang berbeza untuk mengelakkan elemen besar menskala terlalu banyak, di samping turut mengekalkan hierarki berkadar antara elemen-elemen dengan saiz yang berbeza.

Untuk maklumat lanjut tentang Android 14 Beta bagi CAMON 20 series, sila kunjungi: https://spot.shalltry.com/#/detail?tid=252415

Untuk sebarang pertanyaan media yang berkaitan, sila hubungi pr.tecno@tecno-mobile.com 

Latar Belakang TECNO

TECNO ialah jenama teknologi inovatif dengan operasi di lebih 70 negara dan wilayah merentas lima benua. Sejak pelancarannya, TECNO telah merevolusikan pengalaman digital dalam pasaran global baru muncul, mendorong tanpa henti penyepaduan yang sempurna antara reka bentuk estetika kontemporari dengan teknologi terkini. Hari ini, TECNO membangun menjadi peneraju yang diiktiraf dalam pasaran sasarannya, menyampaikan inovasi termaju melalui pelbagai jenis telefon pintar, peranti boleh pakai pintar, komputer riba dan tablet, sistem operasi HiOS dan produk rumah pintar. Berpandukan intipati jenamanya "Stop At Nothing", TECNO komited untuk meneroka teknologi terbaik dan terbaru untuk individu-individu berpandangan jauh. Dengan mencipta produk pintar yang bergaya, TECNO memberi inspirasi kepada pengguna seluruh dunia agar tidak pernah berhenti menjadi diri mereka yang terbaik dan mengejar masa depan mereka yang terbaik. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang rasmi TECNO: www.tecno-mobile.com.

Source: TECNO MOBILE
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Mobile Entertainment Telecommunications New products/services