omniture

Hujung Minggu Perlumbaan Formula One Dimulakan Dengan Persembahan Mr & Mrs Rampling di Marini's On 57 Kuala Lumpur

Marini's on 57
2014-04-01 11:12 110

KUALA LUMPUR, Malaysia, April 1, 2014 /PRNewswire/ -- Danny Rampling, terkenal sebagai salah satu pengasas dan peneraju arena kelab British serta mantan Penyiar BBC Radio 1 dan Kiss FM, bersama isteri beliau Ilona Rampling, telah membuat persembahan di Marini's on 57, bar atas bumbung, restoran dan juga ruang istirehat tertinggi di Malaysia di majlis Sambutan Perlumbaan Formula One (F1) tahunan yang berlangsung semalam, bagi meraikan Perlumbaan Grand Prix Malaysia.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140329/HK93056 

Modesto Marini, pemilik Marini's on 57 berkata, "Pelanggan kami datang dari serata dunia, terutamanya ketika hujung minggu perlumbaan Formula One di sini, dan kami amat berbangga dapat menyediakan hiburan istimewa daripada para penghibur yang jarang dilihat di sini. Sama ada dianggap layanan istimewa atau penyeri majlis; para pelanggan bakal merasai pengalaman yang sukar dilupakan bersama pasangan Mr & Mrs Rampling."

Danny merupakan DJ yang amat disegani pada peringkat global yang terkenal dengan muzik 'deep vocal house' dan 'garage sound' selama lebih 20 tahun. Beliau telah berjaya menghasilkan sebanyak lebih 40 adunan semula lagu (remix) dan turut membuat persembahan di pelbagai majlis eksklusif F1 di serata dunia. Pada akhir tahun 80-an, Danny telah menghasilkan rangka tindakan untuk sambutan hangat dan kemeriahan muzik elektronik di United Kingdom (UK).

Bersama isteri beliau yang berbangsa Amerika, Ilona, mereka muncul sebagai 'Mr & Mrs Rampling' pada tahun 2013. Ilona merupakan kegemaran arena Kelab London Timur yang bergaya dan telah menjadi DJ tetap untuk pereka fesyen UK yang menerajui, Basso + Brooke untuk Minggu Fesyen London.

Setelah diasaskan oleh Modesto yang merupakan penerima anugerah Ikon Terbaik HAPA, tempat yang memenangi pelbagai anugerah ini merupakan bar, restoran serta ruang istirahat tertinggi di Malaysia. Ia telah disiarkan menerusi rancangan pelancongan Asian Times saluran Travel Channel dan juga merupakan lokasi terkenal untuk rancangan realiti rantau itu seperti Asia's Next Top Model dan The Apprentice Asia.

Sejak pembukaannya pada tahun 2012, para selebriti seperti Jimmy Choo, Tiger Woods, Dwight Yorke, Glenn Hoddle, Valentino Rossi, Benedict Cumberbatch, Daniel Bruhl, Eric Cantona, Nico Rosberg, Lewis Hamilton dan juga Nicole Scherzinger telah dilihat mengunjungi Marini's on 57. Mantan pelumba Formula One, Jarno Trulli sendiri telah mengacarakan majlis 'wine pairing' di restoran ini untuk melancarkan rangkaian wain beliau di Asia.

Source: Marini's on 57
Keywords: Entertainment Food/Beverages Music Restaurants Sporting Events