Perkongsian ini membuka perkhidmatan yang pertama seumpamanya untuk pelanggan farmaseutikal Hello Health Group, membolehkan mereka menyasarkan HCP dengan jitu dan cekap
NEW DELHI, 11 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Doceree, platform global terkemuka yang membangunkan penyelesaian yang belum pernah terjadi sebelum ini untuk golongan profesional penjagaan kesihatan (HCP) melalui pemesejan programatik dengan alatan data proprietari, hari ini mengumumkan perkongsian jangka panjangnya dengan Hello Health Group. Kolaborasi ini dijangka mempercepatkan pertumbuhan untuk kedua-dua syarikat dengan menggabungkan keupayaan penyasaran dan capaian HCP bertaraf dunia Doceree dengan penyelesaian capaian dan penglibatan pesakit serta pengguna Hello Health yang utama dan juga kehadiran geografinya yang kukuh di rantau Asia Tenggara.
Perkongsian ini mengukuhkan lagi jejak global Doceree dengan memberi akses kepadanya untuk lapan pasaran utama – Vietnam, Indonesia, Malaysia, Kemboja, Myanmar, Singapura, Filipina dan Taiwan.
"Kami terus mencari perkongsian inovatif yang dapat membantu kami memperluaskan jejak geografi kami dan berada di barisan hadapan pemesejan HCP programatik dalam kategori pemasaran farmaseutikal. Menjadi komitmen kami untuk memperkasa rakan-rakan kongsi kami dengan keupayaan untuk menyasarkan dan mendekati HCP dengan berkesan di seluruh dunia menerusi kepakaran teknologi kami yang mendalam dan inovatif. Kolaborasi Doceree-Hello Health merupakan kolaborasi yang mantap di rantau Asia Tenggara, membuka peluang untuk syarikat-syarikat farmaseutikal berhubung dengan pakar perubatan dengan cara yang paling berkesan dan mematuhi peraturan," kata Harshit Jain MD, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Global - Doceree.
Teknologi pengenalpastian HCP proprietari Doceree akan membolehkan Hello Health memperluaskan keupayaannya untuk menyasarkan dan mencapai pakar perubatan dengan cekap dalam aliran kerja digital mereka untuk menunjukkan kepada mereka mesej daripada jenama-jenama farmaseutikal.
"Ini merupakan satu perkongsian perintis dan kami gembira dapat memperkenalkan, buat julung kalinya di rantau Asia Pasifik, penyelesaian berasaskan teknologi yang revolusioner untuk mendekati HCP. Selain daripada penyelesaian penyasaran, capaian dan penglibatan digital pesakit dan pengguna kami, bekerjasama dengan Doceree membuka saluran pemesejan dan penglibatan yang benar-benar baharu dengan HCP bersasar untuk pelanggan farmaseutikal dan CHC kami. Platform programatik Doceree dibina dengan cara yang membolehkannya beradaptasi kepada kehendak dan keperluan pasaran-pasaran yang berbeza. Selain itu, paling penting, ia mematuhi peraturan yang wujud dalam pasaran-pasaran berkenaan. Sebagai sebuah pasukan, kami akan membuka potensi penuh pemesejan dan penglibatan programatik dengan HCP di SEA dan membawakan ROI terbaik kepada pelanggan kami dalam ekosistem penjagaan kesihatan digital baharu yang semakin berkembang," kata Bertrand Sauvageon, Ketua Pegawai Eksekutif - Hello Health Group.
Doceree telah meningkatkan keupayaan teknologinya dan perkongsian yang terkini ini bertujuan untuk mencipta nilai yang hebat untuk kedua-dua syarikat serta pemegang saham mereka dan mewujudkan laluan kejayaan serta pertumbuhan untuk pelanggan dan rakan kongsi masing-masing.
Latar Belakang Doceree
Doceree, jaringan global pertama dunia bagi platform pakar perubatan sahaja, menawarkan penyelesaian canggih untuk mencapai HCP secara pengaturcaraan yang mana mereka menggunakan maklumat pada platform profesional, termasuk jurnal perubatan, platform pendidikan dan jaringan pakar perubatan.
Teknologi resolusi identiti pakar perubatan proprietari mereka, ESPYIANTM, membolehkan jenama-jenama memaparkan maklumat yang betul kepada pakar perubatan yang tepat pada waktu yang paling sesuai berdasarkan kepada kepakaran, lokasi dan minat profesional mereka.
Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi doceree.com.
Latar Belakang Hello Health:
Cita-cita Hello Health adalah untuk mengaturkan ekosistem utama penyelesaian kesihatan digital di Asia Tenggara, memperkasa berjuta-juta orang mengurus kesihatan mereka dengan cara yang berkesan kos dan amat mudah.
Dengan lebih 34 juta pengguna bulanan yang unik, 93% trafik organik/langsung, 12 juta pengikut media sosial dan lebih 100,000 kandungan yang disemak dari segi perubatan, relevan dan menarik dalam 9 bahasa tempatan, Hello Health merupakan peneraju yang jelas bagi pembangunan kandungan kesihatan & kesejahteraan demi memacu penglibatan pengguna & pesakit.
Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi https://hellohealthgroup.com/