omniture

Shanghai Electric Keluarkan Laporan ESG 2022, Tonjolkan Pencapaian dalam Inovasi, Perlindungan Alam Sekitar dan Pemerkasaan Masyarakat

Shanghai Electric
2023-05-12 13:48 60

SHANGHAI, 12 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric (SEHK: 2727, SSE:601727) mengumumkan pengeluaran laporan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) 2022, laporan ketujuhnya sejak syarikat ini mula mendedahkan amalan ESGnya pada tahun 2016. Laporan tersebut mengetengahkan usaha Shanghai Electric dalam mengukuhkan ekosistem ESG korporatnya di samping menekankan komitmennya untuk mewujudkan laluan bagi mencapai kemampanan yang lebih besar untuk syarikat, komuniti di tempat mereka beroperasi dan masyarakat secara keseluruhan. Laporan berkenaan juga menonjolkan rekod prestasi syarikat dalam memperluas sektor kuasa elektrik berhubung dengan matlamat karbon-rendah China serta pencapaian yang dilihat dalam pembangunan ESGnya, dicerminkan dalam inovasi penyelesaiannya, amalan perlindungan ekologi dan inisiatif pemerkasaan masyarakat.

Shanghai Electric Mengeluarkan Laporan ESG 2022, Menonjolkan Pencapaian dalam Inovasi, Perlindungan Alam Sekitar dan Pemerkasaan Masyarakat.
Shanghai Electric Mengeluarkan Laporan ESG 2022, Menonjolkan Pencapaian dalam Inovasi, Perlindungan Alam Sekitar dan Pemerkasaan Masyarakat.

Pelopor yang memacu transformasi hijau, karbon-rendah

Sebagai pendahulu dan peneraju teknologi dalam penyelesaian boleh baharu yang berusaha untuk membantu China dan negara-negara di serata dunia beralih kepada sumber tenaga baharu, Shanghai Electric terus melaksanakan strategi serampang tiga matanya yang memfokuskan kepada penggantian tenaga, peningkatan kecekapan dan kitar semula sumber untuk memacu pembangunan karbon-rendah pada tahun 2022, membendung selanjutnya penggunaan tenaga dan emisi gas rumah hijau. Di samping itu, syarikat ini turut menggiatkan usahanya bagi mengurangkan impak alam sekitar daripada aktiviti perniagaannya, memanfaatkan kehebatan teknologinya bagi meningkatkan keupayaan pembuatan hijaunya.

Dengan gandingan berbilang tenaga sebagai teras pembangunan perniagaannya, Shanghai Electric menubuhkan sebuah syarikat subsidiari tenaga baharu pada tahun 2022, mengambil satu lagi langkah ke hadapan dalam menaik taraf perkhidmatan bersepadunya yang menggabungkan penjanaan kuasa, grid, beban dan storan. Syarikat baharu itu mengukuhkan keupayaan Shanghai Electric untuk menawarkan perkhidmatan kitaran-penuh yang meliputi angin, kuasa angin, fotovolta, storan tenaga, tenaga terma dan tenaga hidrogen serta mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam sektor tenaga yang mendorong untuk mencapai inovasi tenaga baharu.

Tahun 2022 turut menandakan perasmian Shanghai Hydrogen Shidai Technology Co., Ltd., subsidiari yang menyokong cita-cita Shanghai Electric untuk membangunkan sumber kuasa hidrogen bersih. Kedua-dua penyelesaian baharu yang dibangunkan oleh syarikat – peralatan penghasilan hidrogen air elektrolisis alkali dan peralatan penghasilan hidrogen air elektrolisis PEM – memiliki kecekapan elektrolisis yang tinggi, hayat perkhidmatan yang panjang, kos pengendalian yang rendah, ketumpatan arus yang tinggi, penggunaan tenaga yang rendah dan kelajuan tindak balas dinamik yang luar biasa. Reka bentuk modular juga membolehkan penghasilan bersepadu dan berskala besar hidrogen hijau dan mewakili inovasi yang terkemuka dalam pasaran hidrogen China.

Sepanjang tempoh pelaporan, Shanghai Electric mengoptimumkan strategi pengurusan risikonya dengan aktif dan menyempurnakan rancangan tiga tahun untuk perlindungan alam sekitar. Sementara itu, syarikat turut mewujudkan dan melaksanakan satu set langkah dan program untuk melindungi biodiversiti lokasi projeknya dan menyertai perjuangan global menentang perubahan iklim. Pada Mei 2022, Shanghai Electric melancarkan kempen bertema biodiversiti dengan matlamat untuk berinteraksi dan mendidik pekerja serta orang ramai berkenaan topik-topik seperti dekontaminasi sisa industri, teknologi penyahgaraman, penghutanan semula dan tindak balas kepada pemanasan global.

Peneraju tenaga baharu yang mengutamakan kemajuan sosial

Shanghai Electric mengutamakan tanggungjawab sosial berserta kemampanan dan pertumbuhan ekonomi. Syarikat ini giat meneruskan inisiatif yang menggalakkan penggiatan semula luar bandar dan membiayai projek-projek untuk meningkatkan mata pencarian masyarakat yang memerlukan dan meningkatkan guna tenaga tempatan.

Sebagai sebahagian daripada fokus ESGnya untuk mempercepatkan pembangunan luar bandar, Shanghai Electric memanfaatkan kepakaran teknologinya bagi mempromosikan sumber tenaga bersih termasuk kuasa angin dan arang batu bersih. Di Anhui, Loji Janakuasa Wuhe syarikat ini memproses 400,000 tan bahan api biojisim, menjana hampir 500 juta kWj elektrik dan mengurangkan emisi karbon dioksida sebanyak 150,000 tan setahun. Projek berkenaan turut meningkatkan pendapatan isi rumah luar bandar tempatan sebanyak hampir RMB 90 juta dan mencipta peluang pekerjaan untuk lebih daripada 1,500 orang.

Shanghai Electric juga terlibat dalam usaha menerusi bidang perlindungan peninggalan budaya, penjagaan komuniti, kempen hijau dan sumbangan luar negara. Pada tahun 2022, Shanghai Electric bekerjasama dengan Green Carbon Foundation untuk menanam pokok di hutan karbon rendah pertama syarikat ini di Yan'an, Wilayah Shaanxi. Hutan tersebut terdiri daripada 1,200 batang pokok sipres, dengan setiap pokok berupaya mengurangkan emisi karbon kira-kira sebanyak 96kg sepanjang hayatnya.

Pengamal Pembangunan Mampan

Pada tahun 2022, Shanghai Electric menerajui pelbagai inisiatif untuk menambah baik tadbir urus korporat secara berterusan, menyelaraskan amalan ESGnya menerusi Garis Panduan untuk Pelaporan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus bagi mengoptimumkan sistem pengurusan ESG dan berkolaborasi dengan pihak berkepentingan demi memacu penciptaan nilai yang mampan. Shanghai Electric mencapai kejayaan baharu apabila penarafan ESG syarikat dinaik taraf daripada "BBB" kepada "A" oleh Morgan Stanley Capital International (MSCI) dan diiktiraf sebagai salah satu Perusahaan Perindustrian Pembangunan Mampan 50 Teratas 2022 Forbes China.

Tahun 2022 turut menyaksikan ulang tahun ke-120 Shanghai Electric, membuka lembaran baharu yang mana syarikat ini terus meneroka dan menerima model perniagaan baharu serta menggalakkan penaiktarafan korporat, memperkasa transformasi industri tatkala ia membangunkan lebih banyak penyelesaian tenaga yang canggih, pintar dan hijau untuk pengguna global. Berpandukan prinsip keterbukaan, penyelarasan dan kerjasama yang saling menguntungkan, Shanghai Electric terus menjadikan inovasi sebagai teras strategi perniagaannya, bekerjasama erat dengan rakan-rakan kongsi merentas sektor-sektor yang berbeza untuk menyahkarbonkan ekonomi global dan membolehkan orang ramai dari seluruh dunia meraih faedah daripada sumber tenaga boleh baharu.

Untuk maklumat lanjut tentang Shanghai Electric dan laporan ESG 2022, sila kunjungi https://www.shanghai-electric.com/group_en/.

Latar Belakang Shanghai Electric

Shanghai Electric Group Company Limited (SEHK: 2727, SSE:601727), pembekal global yang terkemuka bagi penyelesaian sistem pintar mesra alam gred-perindustrian dengan kehadiran di seluruh dunia, berdedikasi terhadap tenaga pintar, pembuatan pintar dan penyepaduan kecerdasan digital. Dengan tumpuan pada pembangunan karbon-rendah dan transformasi digital dengan membuka arena baharu dan menggalakkan pemacu pertumbuhan yang baharu, Shanghai Electric akan berusaha untuk menjadi peneraju dalam usaha untuk memuncak emisi karbon dioksida sebelum tahun 2030 dan mencapai keneutralan karbon sebelum tahun 2060, pengeluaran peralatan tenaga baharu dan penyetempatan peralatan canggih, memanfaatkan peluang tanpa sempadan dalam ekosistem perindustrian yang inovatif bersama-sama rakan-rakan kongsi global.

 

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Oil/Energy Utilities