omniture

Diskaun 25% Kereta Api Malam Thello untuk Pengguna Eurail

Eurail Group G.I.E.
2014-04-01 19:25 140

Selain itu, SNCF Bergabung Semuladengan Portfolio Pas Terpilih Eurail yang Diperbaharui

UTRECHT, Netherlands, 1 April 2014 /PRNewswire/ -- Berita baik untuk semua pengguna Eurail pada musim bunga ini! Di samping promosi Tawaran Mediterranean istimewa yang masih berjalan, kereta api Perancis ini akan bergabung semuladengan Pas Terpilih yang diperbaharui dari1 April 2014,manakalaEurail turut mengumumkan Thello sebagai rakan kongsi bermanfaat baharunya.

Bermula pada 1 April 2014, Thello akan menjadi rakan kongsi bermanfaat untuk Eurail dengan menawarkan diskaun istimewa sebanyak25 peratus untuk para pemegang pas. Thello yang beroperasi di Perancis dan Itali, menghubungkan pelbagai destinasi Eropah yang terkenal di dunia seperti Paris, Milan dan juga Venice menerusi perjalanan kereta api malam (http://www.thello.com). Perjalanan kereta api pada waktu malam memberikan nilai tambahan kepada para penumpang daripada segi penjimatan wang dan masa, sambilmenikmati perjalanan yang amat selesa agar para penumpangbersedia untuk melakukan pengembaraan di bandar baharu pada keesokan harinya.

Thello merupakan syarikat kereta api Perancis-Itali yang ditubuhkan hasil perkongsianantara Trenitalia dan Transdev. Mereka menawarkan perjalanan yang berlepas pada waktu malam dari Paris dan Dijon di Perancis, manakaladi Itali dari Venice, Padova, Vicenza, Brescia sertaMilan. Di Itali, para penumpang dapat meneruskan perjalanan menerusi hubungan rangkaian Frecciarossa berkelajuan tinggi; yang mengambil masa hanya tiga jam bagi perjalanan sejauh 576 kilometer (358 batu) antara Milan dan Rom. Para pemegang pas juga boleh menebus diskaun istimewa ini daripada kebanyakan Ejen Jualan Eurail serta titik jualan Thello dan Trenitalia.

Di samping itu, perjalanan di Perancis boleh dilakukan sekali lagi denganPas Terpilih Eurail. Setelah satu tahun menyepikan diri, SNCF, syarikat kereta api kebangsaan Perancis bergabung semuladengan Pas Terpilih Eurail yang diperbaharui pada 1 April 2014. "Kami amat mengalu-alukan penyertaan semula SNCFdenganPas Terpilih Eurail. Perancis merupakan destinasi kegemaran para pelancong yangberkepentingan strategik untuk rangkaian kereta api Eropah,makadianggap sangat pentinguntuk produk Pas Eurail kami," kata Silvia Görlach, Pengurus Jualan & Pemasaran Eurail Group. Daripada memberi tawaran untuk memilih sama ada tiga, empat atau lima negara kunjungan, Eurail Group menawarkan Pas Empat Negara sahaja. Para pelanggan boleh menyesuaikan pas mereka sendiri dengan memilih empat daripada 26 negara, dengan syarat negara tersebut berhubung secara langsung dengan kereta api Eurail atau syarikat pelayaran yang mengambil bahagian. Pas Terpilih Tiga atau Lima Negara tidak lagi ditawarkan.

Selain itu, para pelancong masihberoleh manfaat menerusi promosi "Tawaran Mediterranean", yang kini sedang ditawarkan sehingga 30 April 2014. Promosi istimewa ini menawarkan perjalanan sehari secara percumakepada pengguna yang bukan penduduk Eropahmenerusi sebarang pilihan Pas Satu Negara Itali dan Pas Serantau seperti berikut: Perancis-Itali, Perancis-Sepanyol sertaItali-Sepanyol. Dengan ini, Eurail menawarkan lebih pilihan menarik untuk para pelanggannyamenikmati rangkaian kereta api Perancis, Itali dan juga Sepanyol yang luas dan modendan turutmemberikan pengalaman percutian yang selesa, santai sertalancar.

Pas Eurail boleh didapati menerusi rangkaian Ejen Jualan Berdaftar di seluruh dunia. Sila layari: http://www.eurailgroup.org/eurail-vendors.

Bagimaklumat lanjut, sila hubungi:

Laman web korporat Eurail Group dan ruangan akhbar: http://www.eurailgroup.org

E-mel: pressinfo@eurailgroup.org
Tel: +31-(0)30-7516-500

Sumber: Eurail Group G.I.E.

Source: Eurail Group G.I.E.
Keywords: Transportation Travel Trucking and Road Transportation Joint ventures Licensing/marketing agreements