omniture

Argosy Memperluas Pengaturan Pengurusan Agar Sejajar Dengan Pertumbuhan Pesat

Argosy International Inc.
2014-04-01 19:33 124

NEW YORK dan SHANGHAI, 1 April 2014 /PRNewswire/ -- Argosy International Inc., pembekal yang menerajui untuk komposit lanjutan dan bahan berkaitan kepada industri aeroangkasa Asia Pasifik, telah mewujudkan dan turut mengisi dua jawatan pengurusan baharu agar sejajar dengan pertumbuhan pesatnya; yang telah diumumkan pada hari ini oleh Paul Marks, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Argosy. Kadar pertumbuhan tahunan purata syarikat itu dalam masa 5 tahun lepas adalah 30 peratus.

Cik Michelle Chen, bekas Pengarah Sumber Manusia Asia untuk Owens-Illinois, telah dilantik sebagai Pengarah Sumber Manusia Global dan telah menyertai Pasukan Kepimpinan Eksekutif Argosy. Cik Chen akan ditempatkan di Shanghai dan bakal melaporkan diri kepada Richard Rocco, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Argosy yang berpusat di New York. Cik Chen telah mendapat ijazah sarjana Pengurusan Perniagaan beliau daripada Fakulti Pengurusan BI Norwegian di Universiti Fudan manakala ijazah sarjana muda beliau dalam Perdagangan Asing pula daripada Universiti Beijing Language. Beliau juga merupakan ahli Tali Pinggang Hitam GE Six Sigma yang diperakui.

En. S.K. Hong, bekas Pengarah Urusan pengendalian Argosy di Korea, telah dinaikkan pangkat bagi mengisi jawatan baharu Pengarah Jualan Asia Pasifik dan akan memantau pengaturan komersil Argosy di tanah besar China, Taiwan, Korea, Malaysia serta India. En. Hong akan melaporkan diri kepada Ryan Flugel, Naib Presiden Argosy, Jualan dan Pemasaran, yang berpusat di Seattle, Washington.

Argosy International Inc.
Argosy ialah pengedar eksklusif Bahan Aeroangkasa Cytec dan Bahan Pemprosesan Cytec kepada industri aeroangkasa di Asia (kecuali Jepun). Argosy menghasilkan indung madu aluminium dalam usaha sama bersama Xian Aircraft Corp. dan dilesenkan oleh Akzo Nobel untuk merumuskan salutan bagi industri aeroangkasa di China. Argosy turut mempunyai divisyen logistik yang beroperasi pada peringkat global dan mempunyai kemampuan istimewa seperti mengendalikan bahan berbahaya dan sensitif suhu.

Argosy International Inc., yang telah diasaskan di New York pada tahun 1988, mempunyai hubungan jangka panjang yang mantap dengan pengeluar bahan aeroangkasa yang menerajui di dunia bagi memastikan bekalan bahan dan perkhidmatan khusus. Argosy berkhidmat untuk pelbagai kumpulan pasaran, dengan tumpuan terhadap aeroangkasa serta barangan automotif, pengangkutan dan juga sukan. Argosy membekalkan bahan kimia dan produk komposit khusus termasuk getah peralatan, pelekat, salutan, sebatian pasu, pita khusus, pelekat filem, indung madu, penampal serta prapreg. Organisasi sedunia Argosy mempunyai cawangan dan kemudahan di Amerika Syarikat, Jepun, tanah besar China, Taiwan, Korea, Malaysia, India dan juga Eropah (Perancis). Sistem pengurusan kualiti Argosy diperakui mematuhi standard AS9120:2009, ISO 9001:2008 dan AS9100C.

SUMBER: Argosy International Inc.

Source: Argosy International Inc.
Keywords: Aerospace/Defense Personnel announcements