omniture

Strategi Tenaga Baharu GWM Rangsang Lonjakan Jualan

GWM
2023-05-15 09:12 72

BAODING, China, 15 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Pada 8 Mei, GWM mengeluarkan data jualan yang terkini. April ini, GWM menjual 93,107 buah kenderaan, dengan peningkatan 73.14% berbanding tahun sebelumnya. Bilangan kenderaan tenaga baharu (NEV) yang terjual mencecah 14,863, meningkat 284.06% berbanding tahun sebelumnya (YoY).

Strategi Tenaga Baharu GWM Rangsang Lonjakan Jualan
Strategi Tenaga Baharu GWM Rangsang Lonjakan Jualan

Di bawah trend untuk mempercepatkan transformasi tenaga baharu dalam industri automobil global, GWM, sebuah syarikat teknologi pintar global, bersepadu dengan pantas ke dalam trend NEV pintar. Hasilnya, jumlah jualan GWM untuk NEV terus berkembang dengan mantap.

GWM melancarkan barisan produk tenaga baharu yang berbeza dalam pasaran global, seperti HAVAL H6 PHEV, H6 HEV, JOLION HEV, GWM TANK300 HEV, GWM TANK500 HEV dan WEY Coffee 01. Model-model berkenaan telah menarik minat pengguna menerusi prestasinya yang luar biasa dan pengalaman berasaskan kecerdasan.

Kepelbagaian produk yang beraneka dalam matriks produk GWM, digabungkan dengan kelebihan NEV, memacu jumlah jualan GWM dalam pasaran luar negara. Pada bulan April, GWM menjual 21,814 buah kenderaan di luar negara, meningkat 182.09% YoY, menyumbang sebanyak 23.43% daripada jumlah jualan keseluruhan.

Menurut data terkini yang dikeluarkan oleh National Association of Automobile Manufacturers of South Africa (NAAMSA), jumlah jualan GWM HAVAL melangkaui BMW dan Mazda dalam senarai kedudukan jenama-jenama automobil tempatan, memperoleh tempat sebagai antara 10 teratas.

Dalam pasaran Australia, HAVAL H6 HEV dan JOLION HEV membawa pengalaman mobiliti baharu kepada pengguna tempatan menerusi teknologi pintar NEV. Menurut laporan jualan kereta-baharu Federal Chamber of Automotive Industries VFACTS, jumlah jualan GWM melonjak sebanyak 63.8% dalam bulan April.

Sebagai respons kepada permintaan terhadap kehidupan mobiliti hijau dan pintar pengguna di wilayah-wilayah berbeza, GWM terus memperluaskan barisan produk tenaga baharunya. Semasa Auto Shanghai 2023, GWM mempamerkan lebih 15 NEV sebagai penampilan sulungnya kepada orang ramai. SUV tenaga baharu medium baharu GWM HAVAL (digelar "Naga Garang MAX dalam pasaran Cina), GWM TANK400 dan POER Shanhai HEV diperkenalkan buat julung kalinya di peringkat global. Dalam pada itu, GWM mengadakan Persidangan Global 2023, memperkenalkan pengembangan globalnya, Ekosistem Hutan serta perancangan strategik tenaga baharu masa depan.

Dalam bidang tenaga baharu, GWM sentiasa meningkatkan pelaburan secara berterusan dalam R&D teknologi baharu bagi mendorong penaiktarafan produk. Tahun lalu, GWM melabur sebanyak CNY 12.181 bilion dalam R&D, meningkat 34.34% berbanding tahun sebelumnya. Menjelang tahun 2025, GWM akan melabur sejumlah CNY 100 bilion dalam R&D tenaga baharu dan teknologi pintar.

Ketika ini, GWM mewujudkan penyelesaian tenaga baharu yang meliputi elektrik tulen, tenaga hidrogen dan hibrid. Bagi memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai, baru-baru ini GWM melancarkan banyak teknologi canggih termasuk Hi4 (Hybrid intelligent 4WD) dan seni bina hibrid super luar-jalan Hi4-T. Pelancaran teknologi dan produk baharu GWM yang kerap telah mengukuhkan imejnya sebagai pembuat kereta tenaga baharu dan pintar.

Menuju ke hadapan, GWM akan memajukan strategi transformasi tenaga baharunya secara berterusan dan tetap mengukuhkan Ekosistem Hutan. GWM akan memperkenalkan lebih banyak model tenaga baharu yang pintar di peringkat global bagi menyediakan pengalaman yang "Lebih Hijau, Lebih Tinggi, Lebih Selamat" dengan teknologi canggih.

 

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Alternative Energies Auto Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation Utilities Corporate Expansion Corporate Social Responsibility Environmental Issues New products/services Sales reports Future Events