omniture

CGTN: 'Bandar masa depan' China, Xiongan dan pertumbuhan berpandukan inovasinya

CGTN
2023-05-15 09:47 34

BEIJING, 15 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Pelbagai bangunan pencakar langit sedang dibina, kawasan kejiranan moden dipenuhi dengan tumbuhan hijau dan bas tanpa pemandu yang bersilang di jalan asfalt baharu merupakan hanya sedikit petunjuk yang mencerminkan kebangkitan Kawasan Baharu Xiongan di Wilayah Hebei, utara China.

Metropolis moden peringkat tinggi, mesra dari segi ekologi yang membawakan infrastruktur berteknologi tinggi, Kawasan Baharu Xiongan ialah salah satu projek bercita-cita tinggi China. Sangat maju di kawasan baharu sehinggakan tiada siapapun percaya segala-galanya tentang bandar impian ini dibina dari awal hanya enam tahun yang lalu.

Terletak 105 kilometer dari kedua-dua ibu kota Beijing dan metropolis pantai Tianjin, Xiongan ditubuhkan bagi mengurangkan tekanan ke atas Beijing di samping mempromosikan "pembangunan serantau yang diselaras" di wilayah Beijing-Tianjin-Hebei. Bandar berkenaan dijangka setanding dengan Zon Ekonomi Khas Shenzhen dan Kawasan Baharu Pudong Shanghai.

Dengan menaiki kereta api berkelajuan tinggi satu jam, Presiden Xi Jinping mengadakan lawatan pemeriksaan ke bandar tersebut pada hari Rabu, yang mana beliau memuji "keputusan berfasa yang penting" di bandar tersebut sambil menggesa pembangunan berkualiti tinggi dan berterusan yang melibatkan inovasi, tahap pendigitalan yang tinggi, pembangunan karbon rendah serta persekitaran mesra penduduk.

Hab inovasi

Segala-galanya akan menuju digital di Xiongan apabila pembangunan berkualiti tinggi yang menampilkan inovasi saintifik dan teknologi semakin meningkat.

Bas tanpa pemandu, yang ketika ini sedang menjalani ujian percubaan, merupakan satu contoh. Bagi meningkatkan kecekapan jaringan pengangkutan, kenderaan tersebut bukan sahaja dapat mengenali lampu isyarat dan papan tanda jalan raya, tetapi juga dapat mengurangkan kelajuan atau berhenti sekiranya terdapat halangan.

Bandar tersebut juga mempunyai 153 km "jalan raya digital", yang mana sensor pada tiang lampu dapat memantau bilangan dan kelajuan kenderaan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas. "Pembangunan bandar pintar… telah menjadi contoh bagi perancangan dan pengurusan bandar-bandar masa depan," kata Weng Mengyong, pengerusi China Highway and Transportation Society.

Semasa lawatan beliau, Presiden Xi menekankan visi beliau untuk "tanah yang subur untuk inovasi dan usaha niaga."

Presiden Cina turut menyeru dasar dan langkah perintis dalam reformasi dan keterbukaan, serta percubaan berpandangan jauh dan projek inovasi demonstrasi di kawasan tersebut.

Sejak China mengumumkan rancangan untuk menubuhkan bandar tersebut pada tahun 2017, Kawasan Baharu Xiongan telah menyelesaikan pelaburan sebanyak lebih daripada 510 bilion yuan (kira-kira $74 bilion). Khususnya, perusahaan milik negara China telah menubuhkan lebih daripada 140 subsidiari dan cawangan yang memfokuskan kepada industri-industri seperti teknologi maklumat, sains hayat moden, bioteknologi dan bahan baharu, antara lain.

Sebuah bandar untuk rakyat

"Xiongan ialah sebuah bandar baharu dengan potensi yang besar," kata Zhao Can, seorang pekerja Hebei Xiongan Urban Construction Co., Ltd. Bekas penduduk Beijing itu mengambil keputusan untuk menetap di Xiongan bersama isteri beliau.

Zhao merupakan antara ratusan ribu bakat muda yang tertarik dengan bandar ini atas dasarnya yang menggalakkan, khidmat awam yang mesra dan persekitaran hidup yang "hijau".

Semasa lawatan Presiden Xi pada hari Rabu, beliau melawat komuniti kediaman yang menempatkan lebih 5,000 penduduk yang dipindahkan dan menekankan kepentingan bagi memastikan penduduk yang dipindahkan menjalani kehidupan yang baik dan mendapat pekerjaan yang memuaskan.

Menggalakkan akses yang sama rata kepada khidmat awam asas adalah penting bagi membina sebuah bandar rakyat baik yang boleh didiami mahupun kondusif untuk menjalankan perniagaan, ujar Xi.

Pakar-pakar berkata pembangunan Kawasan Baharu Xiongan merupakan satu paradigma pemodenan China yang mempunyai kepentingan bersejarah.

"Rancangan yang lengkap dan saintifik didahulukan, diikuti oleh sistem seluruh negara bagi menyokong langkah inovatif. Bandar ini diwujudkan untuk menjadi asas bagi penemuan teknologi tempatan," kata Cong Yi, dekan Sekolah Marxisme di Tianjin University of Finance and Economics.

"Ia bukan sahaja mencerminkan di mana kekuatan ekonomi China berakar umbi, tetapi turut memainkan peranan yang boleh dijadikan teladan di dunia, menunjukkan bahawa cara pemodenan Cina tidak didorong semata-mata oleh pertumbuhan ekonomi, sebaliknya merupakan model pembangunan yang menyeluruh."

https://news.cgtn.com/news/2023-05-11/China-s-city-of-the-future-Xiongan-and-its-innovation-driven-growth-1jIrs4oCwKc/index.html

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service